Tuesday, September 10, 2013

INDIA - 31 Maut dalam Pergaduhan Muslim-Hindu

Muzaffarnagar: Keganasan merebak ke kawasan baru di utara India semalam walaupun tentera mengumumkan perintah berkurung selepas pertembungan maut hujung minggu meletus antara penduduk Hindu dan Islam. 

Tembakan dan pertempuran jalanan yang meletus Sabtu lalu di perkampungan di sekitar bandar ini di Uttar Pradesh mengorbankan sekurang-kurangnya 31 orang dan menyebabkan lebih ramai hilang, kata polis. 
Tentera diarah tembak perusuh 


Tentera dikerah di rantau itu diberi arahan menembak perusuh yang kelihatan, kata pegawai kerajaan tempatan Kamal Saxena. 

Polis menahan 90 orang, namun keganasan merebak ke daerah berjiran di Shamli dan Meerut. 

Berpuluh-puluh perusuh menyerang tentera yang memindahkan penduduk malam kelmarin dari perkampungan musnah di Wazidpur, kata Saxena. 

Tentera membalas dengan melepaskan tembakan amaran ke arah perusuh, katanya. 
Keganasan bermula malam Sabtu lalu selepas satu pertemuan dihadiri ribuan petani Hindu yang meminta keadilan selepas tiga lelaki muda dari perkampungan Kawal maut kerana membantah seorang wanita dimaki hamun. 
AP sumber

No comments: