Friday, September 20, 2013

LIBYA - Anak Gaddafi Dengar Dakwaan

Tripoli: Proses untuk membicarakan anak bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, Seif al-Islam bermula semalam, apabila dia dihadapkan di depan hakim atas tuduhan mengancam keselamatan negara. 

Seif yang dilaporkan akan dibawa dari bandar Zintan ke ibu negara kemudian mendengar hakim memutuskan untuk menangguhkan perbicaraan sehingga 12 Disember depan. 
Sesi di Zintan berasingan daripada prosiding lain kerana membabitkan tuduhan membunuh dan jenayah lain ketika perang lapan bulan pada 2011. 


Sesi pendakwaan 

Prosiding lain akan dilangsungkan di ibu negara dan akan membabitkan pendakwaan terhadap 37 lagi bekas anggota pentadbiran Gaddafi. 

Ketua pendakwa raya, Abdulqader Radwan memberitahu wartawan bahawa sesi di Zintan hanya membabitkan sesi mengemukakan dakwaan dan bukannya permulaan perbicaraan. 

Antara yang bakal didakwa, termasuk bekas ketua perisikan, Abdullah al-Senussi yang dituduh melakukan jenayah ketika pemberontakan berlangsung. 
Orang lain, termasuk bekas Perdana Menteri, Baghdadi al-Mahmudi dan Mansur Daw yang mengetuai Pengawal Rakyat. 

“Kami sudah hantar arahan pemindahan orang yang didakwa dalam kes nombor 630, termasuk Seif,” kata Radwan. - AFP sumber

No comments: