Thursday, September 26, 2013

MALAYSIA - Agong dan Permaisuri Ziarah Jenazah Azizan

ALOR SETAR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah menziarah jenazah bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang meninggal dunia hari ini, di Masjid Nurul Ihsan, Jalan Langgar dekat sini. 

Seri Paduka berdua tiba di masjid itu jam 3.50 petang dan turut serta, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah. 
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong turut berjumpa dengan keluarga Allahyarham di masjid itu untuk mengucapkan takziah. 


Azizan, 69, yang menjadi menteri besar Kedah sejak Mac 2008 hingga pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Mei lalu, disahkan meninggal dunia jam 11.05 pagi, berikutan jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai, selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius. 

- BERNAMA sumber

No comments: