Wednesday, September 11, 2013

PERANCHIS Terus Sasarkan Islam

PARIS: Perancis kelmarin menyiarkan piagam baru menguatkuasakan peraturan melarang unsur agama wujud di sekolah, isu yang sering menyebabkan ketegangan dengan penduduk Islam dan penganut ajaran lain.

‘Piagam Amalan Sekular di Sekolah’ akan ditampal di setiap sekolah yang dibiayai kerajaan yang diperkenalkan oleh Menteri Pendidikan, Vincent Peillon. 
Kenyataan 15 perkara dalam piagam tidak mengandungi unsur baru dari segi istilah undang-undang. 


Dasar antiagama 

Peillon berkata, ia cubaan mempromosi pemahaman lebih baik dan penguatkuasaan lebih konsisten, prinsip yang wujud sekian lama berasaskan dasar antiagama sejak revolusi Perancis dan penguatkuasaan undang-undang 1905 mengenai pemisahan gereja dan kerajaan. 

Inisiatif Peillon disambut dingin oleh pemimpin Islam Perancis yang mewakili lima juta penganut. sesetengah menganggap promosi agresif sekular itu serangan terhadap budaya mereka. 
AFP sumber

No comments: