Friday, September 13, 2013

SYRIA - Tentera Bom Hospital

Pesawat tempur Syria telah mengebom salah satu hospital utama di wilayah utara Syria, wilayah yang dikuasai oleh Mujahidin, menurut laporan aktivis Syria dan rakaman video.
Sebelas orang awam, termasuk dua doktor, gugur dalam serangan pengecut tersebut yang terjadi pada Rabu (11/9/2013) di kota al-Bab, sekitar 30 km dari timur laut Aleppo, lapor Aleppo Media Centre pada Khamis (12/9).
Rakaman video yang diposting di YouTube menunjukkan tubuh lemas seorang remaja yang dibawa keluar dari hospital oleh seorang lelaki.  Gambar lainnya memperlihatkan anak-anak terletak di lantai, darah di kepalanya dan debu menutupi tubuhnya.
Dalam video itu, debu memenuhi udara.  Puing-puing bangunan berserakan dan beberapa unit AC tergeletak di lantai.
Aleppo Media Centre melaporkan bahawa unit kecemasan dan bahagian radiologi hancur dalam serangan itu.
sumber

No comments: