Tuesday, October 1, 2013

2 Jeneral AS terpaksa Bersara kerana Gagal di AFGHANISTAN

WASHINGTON: Pasukan Marin Amerika Syarikat (AS) hari ini mengarahkan dua jeneral di Afghanistan supaya bersara kerana gagal mempertahankan markas tentera daripada diserang Taliban, tahun lalu. 

Jeneral berpangkat dua bintang itu didakwa bertanggungjawab menyebabkan dua askar marin AS terbunuh dengan beberapa pesawat musnah. 
Komandan Pasukan Marin AS, Jeneral James Amos, berkata beliau membuat keputusan itu selepas menilai hasil siasatan selama empat bulan yang dijalankan terhadap kes berkenaan. 


Lima belas pejuang Taliban menyerang dan mengambil alih Kem Bastion di barat daya Afghanistan pada September 2012. 

Amos berkata beliau meminta Mejar Jeneral Charles M. Gurganus dan Mejar Jeneral Gregg A. Sturdevant supaya bersara dan mereka bersetuju berbuat demikian. 

Gurganus adalah komander tentera bersekutu di barat daya Afghanistan manakala Sturdevant adalah komander Marin Udara AS di wilayah sama. - AP  sumber

No comments: