Wednesday, October 16, 2013

AM - Labu 900 Kg

Labu 900kg juara pertandinganSeorang budak memeriksa buah labu yang memenangi pertandingan labu terbesar di Half Moon Bay, California. - Foto AFP
Napa: Seorang penduduk tempatan yang berjaya menghasilkan labu seberat 900.4 kilogram(kg) menang dalam acara tahunan pertandingan labu terberat dunia Safeway di Half Moon Bay, kelmarin. 

Buah labu itu milik Gary Miller yang memenangi hadiah AS$11,910 (RM38,469). Berat buah labu itu juga adalah yang terberat dalam tempoh 40 tahun, kata jurucakap pertandingan, Tim Beeman. 
Firma Safeway juga menawarkan bonus AS$30,000 (RM96,900) jika berat labu itu memecah rekod dunia 911.3kg. 


Pemenang tahun lalu ialah Thad Starr dari Pleasant Hill, Oregon yang membawa buah labu seberat 805.1kg. 

Acara menimbang berat buah labu itu bermula pada 7 pagi waktu tempatan yang disertai penanam seluruh Amerika. 

Turut menang RM3,230 

Miller juga menang kategori labu terberat di California, membolehkan dia menang tambahan AS$1,000 (RM3,230). 
Tempat kedua labu terbesar pula dimenangi penanam dari San Mateo County, Eda Muller, yang membawa labu seberat 500.8kg sekali gus membolehkan dia menang hadiah wang tunai AS$500 (RM1,615). 

Labu paling cantik 

Satu lagi hadiah diberi kepada pemenang labu paling cantik yang dinilai berdasarkan warna, bentuk dan saiz yang dimenangi Vince Zunino dari Los Altos Hills yang turut menang hadiah AS$500. - AGENSI sumber

No comments: