Friday, October 4, 2013

FILIPINA - Misuari Hadapi 2 Tuduhan

Misuari hadapi dua tuduhan
Manila: Polis Filipina semalam memfail-kan aduan pemberontakan dan pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa ke atas Nur Misuari (gambar), berikutan pertempuran tiga minggu antara tentera kerajaan dan pemisah Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF). 

Lebih 200 terbunuh dan hampir 10,000 rumah dibakar dalam pertem-puran menyusul cubaan pemisah menyerang Zamboanga 9 September lalu. 
Pendakwa Peter Medalle berkata, beliau memfailkan aduan ke atas Misuari dan 80 pengikutnya. Setakat ini lebih 200 pemberontak sudah didakwa. - AP  sumber

No comments: