Wednesday, October 23, 2013

LIBYA - Balu Minta Mayat Gaddhafi

Tripoli: Balu bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Kesatuan Eropah (EU) membantunya mendapatkan semula mayat suaminya dan anak lelaki mereka, Mutassim. 

Dalam suratnya yang disiarkan laman Web Voice Of Russia, Ahad lalu, Safia Farkash juga menggesa Kesatuan Eropah (AU) menyiasat kematian mereka. 
Gaddafi dan anak lelakinya ditawan sebelum dibunuh pemberontak pada 20 Oktober 2011. Pemberontak kemudian menggulingkan kerajaan pimpinan Gaddafi. 



Mayat mereka ditunjukkan di pelabuhan Misrata sebelum dikebumikan di lokasi sulit. 

Mahu lakukan pengebumian 

“Semua anggota Majlis Keselamatan, EU dan sesiapa saja yang ada hubungan secara langsung dan tidak langsung dengan pembunuhannya mesti memberitahu di mana mayat mereka berada dan membenarkan keluarga mereka melakukan pengebumian sewajarnya,” kata Safia sempena ulang tahun ke-2 kematian Gaddafi. 
Beliau juga merayu masyarakat antarabangsa membantunya menghubungi anak lelaki mereka, Seif Al-Islam yang ditawan pemberontak pada November 2011. - AFP sumber

No comments: