Monday, October 14, 2013

MALAYSIA - The Herald Tak Boleh Guna Kalimah "Allah"


Foto
ORANG ramai hadir di pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya, pagi ini bagi mendengar keputusan Mahkamah Rayuan mengenai pengunaan kalimah 'Allah' akhbar mingguan Katolik The Herald dalam versi bahasa Malaysia. - Foto Mohd Fadli Hamzah
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini sebentar tadi memutuskan Gereja Katolik dilarang menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguannya The Herald.

Keputusan sebulat suara itu dibuat tiga hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali dalam mahkamah yang penuh sesak pagi ini. 
Ini bermakna keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009 yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan pihak Roman Katolik adalah dibatalkan. 


Dalam penghakimannya, Mohamed Apandi berkata mahkamah mendapati penggunaan perkataan Allah bukan sebahagian daripada aspek penting dalam kepercayaan dan amalan agama Kristian.

Beliau berkata, dengan itu mahkamah mendapati tiada alasan mengapa gereja Katolik berkeras untuk menggunakan kalimah itu dalam penerbitannya.

Katanya, penggunaan kalimah itu, jika dibenarkan akan menyebabkan kekeliruan dalam masyarakat. sumber

No comments: