Wednesday, October 16, 2013

SYRIA - Bom, 27 Maut

Di Damsyik, sekurang-kurangnya 27 orang maut akibat letupan bom kereta di kawasan kubu pemberontak di barat laut Syria.

“Letupan di bandar Darkush turut mengorbankan sekurang-kurangnya tiga kanak-kanak dan seorang wanita,” kata Pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia.

Ia juga menyatakan bahawa angka kematian mungkin meningkat kerana banyak mangsa dalam keadaan tenat.

Aktivis berkata, letupan menyasarkan kawasan pasar bandar itu, yang terletak beberapa kilometer dari sempadan Turki di Sungai Orontes.

Selain itu, kumpulan disyaki pemberontak membebaskan empat daripada tujuh pekerja bantuan, yang diculik di rantau yang semakin bergolak.

Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) tidak mengulas warga negara mangsa culik, tetapi berkata kebanyakannya adalah rakyat tempatan. - AFP sumber

No comments: