Wednesday, October 16, 2013

SYRIA - Ulama Halalkan Anjing dan Kucing untuk Pelarian

Para sukarelawan program Korban 2013 Masjid Kota Damansara melaksanakan tugas masing-masing.

PETALING JAYA: Para jamaah Masjid Kota Damansara menyumbang lebih RM30,000 bagi membantu umat Islam saudara seaqidah di Syria yang mengalami kepungan dahsyat oleh rejim Bashar al-Asad.

Sumbangan itu termasuk seutas gelang emas dihulurkan oleh mereka selepas menunaikan solat sunat Hari Raya Haji di masjid berkenaan, pagi ini.

Anggota Syria Care, Ustaz Mohd Nazmi Abdul Karim yang melancarkan sumbangan derma itu ketika menyampaikan khutbah berkata, ulama Syria menghalalkan daging kucing dan anjing kepada para pelarian negara itu yang menghadapi sekatan makanan.

Facebook Syria Care melaporkan kanak-kanak Palestin dan Syria di kem pelarian Yarmouk telah mula memakan daging anjing dan kucing.

Ini berikutan pengepungan oleh rejim pemerintah negara itu yang tidak membenarkan sebarang bentuk makanan dibawa masuk untuk penduduk di kem pelarian terbabit supaya mereka menyerah kalah kepada Syiah.

Sementara itu, para jamaah Masjid Kota Damansara turut mengorbankan 20 ekor lembu dan seekor kambing untuk aqiqah sempena Hari Raya Qurban hari ini.

Muslimat bergotong-royong memasak daging aqiqah. sumber

No comments: