Friday, October 4, 2013

THAILAND - Pemisah Bunuh 4 Askar

Yala: Empat anggota tentera yang menjaga keselamatan guru terbunuh manakala tiga orang awam cedera ringan dalam kejadian serangan bom tepi jalan, di Krong Pinang, Yala, kelmarin. 

Dalam kejadian itu, tentera daripada pasukan khas 13 sedang menjalankan tugas memantau kawasan terbabit sebelum bom dipercayai meletup sehingga menyebabkan trak yang dinaiki mangsa terbalik dan rosak teruk. 
Dua anggota terbunuh di tempat kejadian manakala dua lagi disahkan meninggal di hospital Krong Pinang. 


Kerajaan menyerahkan pampasan 500,000 baht (RM51,194) kepada empat keluarga mangsa nahas. 

Kanak-kanak cedera 

Sementara itu, orang awam yang cedera adalah seorang gadis berusia 12 tahun dan kanak-kanak berusia lima tahun, kini dirawat di hospital sama. 

Laporan menyatakan, penyerang bersembunyi di tepi jalan menunggu kenderaan peronda lalu sebelum meletupkan bom buatan sendiri dengan berat 30 hingga 50 kilogram. 
Penyiasat turut memaklumkan bahawa penyerang adalah daripada kumpulan pemberontak pimpinan Aba Cheali yang dipercayai bergerak aktif di kawasan terbabit. - AGENSI SUMBER

No comments: