Tuesday, November 19, 2013

BANGLADESH - Mogok, 140 Kilang Tekstil Ditutup

DHAKA: Kira-kira 140 kilang tekstil di Bangladesh ditutup hari ini apabila ribuan melancarkan tunjuk perasaan terhadap pelaksanaan gaji minimum yang baru sehingga bertempur dengan polis di ibu negara itu. 

Kejadian itu menyebabkan sekurang-kurangnya dua maut setakat ini. 


Tunjuk perasaan terhadap kadar gaji yang rendah dan keadaan di tempat kerja bermula daripada tragesi Kompleks Kilang di Rana Plaza, di pinggir Dhaka, yang runtuh April lalu yang mengorbankan 1,135 pekerja kilang. 

Polis berkata, keganasan meletus di Ashulia, iaitu pusat tekstil terbesar Balhadesh yang membuat pakaian untuk pemborong dari Barat, seperti Walmart, di dalam kawasan zon industry Gazipur, di utara Dhaka. 

Saksi memberitahu, pekerja yang maut itu disebabkan tembakan polis apabila mereka keluar dari kilang GMS Composite Knitting Industry du Gazipur. - AFP  sumber

No comments: