Thursday, November 21, 2013

BURMA - Cubaan Bom Masjid Digagalkan

YANGON: Polis Myanmar berkata pihaknya menahan tiga orang disyaki merancang serangan bom terhadap masjid, ketika negara itu berhadapan dengan ketegangan agama selepas kebangkitan anti Islam. 

Semua suspek adalah lelaki Buddha dari negeri barat Rakhine, yang dilanda dua rusuhan tahun lalu menyaksikan berpuluh maut dan 140,000 hilang tempat tinggal, kebanyakan mereka adalah penduduk Islam Rohingya. 

“Mereka merancang untuk memasang bom di masjid selepas menghadiri latihan di negeri sempadan Karen,” kata seorang pegawai polis di Yangon kepada AFP, merujuk kepada sempadan timur negara itu. 


Beliau berkata pihak berkuasa meneruskan siasatan terhadap kes berkenaan. Myanmar terus dilanda ketegangan selepas tercetusnya konflik agama yang membunuh kira-kira 250 penduduk. 

Satu laporan dalam New Light of Myanmar semalam berkata satu serbuan di sebuah rumah tumpangan di kawasan Yangon mendapati seorang lelaki berusia 34 tahun sedang membuat bom menggunakan serbuk bahan letupan dan bahan berkaitan pada 13 November. 

Katanya siasatan lanjut membawa polis kepada penahanan dua lagi suspek berusia 31 dan 28 tahun pada awal Sabtu. – AFP sumber

No comments: