Thursday, November 21, 2013

INDONESIA - Polis Wanita Dibenarkan Bertudung

Polis wanita boleh  berhijabSeorang anggota polis wanita di daerah Malang mengenakan tudung ketika menjalankan tugas.
Jakarta: Polis Republik Indonesia memberi kebenaran kepada anggota wanitanya memakai hijab atau tudung kepala, selepas menerima permohonan mereka.

“Ia adalah hak. Saya sudah tegaskan perkara ini kepada semua kakitangan. Jika polis wanita mahu memakai tudung, mereka boleh lakukannya tetapi kami tiada bajet khas untuk pakaian itu,” kata Ketua Polis Negara Jeneral Sutarman ketika diminta mengulas mengenai perkara itu, semalam. 
Mula berhijab 

MUI terus menerima laporan daripada polis wanita yang mendakwa tidak dibenarkan menjalani sesi latihan kerana mereka memakai tudung’” Tengku Zulkarnain, Setiausaha Agung MUI

Beliau berkata, terdapat sebilangan anggota polis wanita di Aceh, mula memakai hijab ketika menjalankan tugas.

Jabatan Polis Indonesia sebelum ini mengeluarkan peraturan pemakaian seragam anggota polis pada 2005 yang melarang anggota wanitanya memakai tudung kepala ketika bertugas.

Bagaimanapun, jurucakapnya Komander Kanan, Agus Rianto, menafikan perkara berkenaan dan menegaskan tidak ada sebarang fasal khusus yang melarang polis wanita daripada memakai tudung ketika mereka menjalankan tugas.

Beliau berkata, kod etika berpakaian itu mengecualikan polis wanita di Aceh, kerana wilayah itu ditadbir oleh undang-undang syariah. 
Cetuskan bantahan

Larangan berkenaan bagaimanapun mencetuskan bantahan beberapa pertubuhan Islam termasuk Majlis Ulama Indonesia (MUI) apabila Timbalan Setiausaha Agungnya, Tengku Zulkarnain, berkata polis wanita perlu dibenarkan memakai tudung ketika bertugas.

“Tiada alasan untuk larangan itu. Ramai polis wanita yang menyatakan mereka lebih suka dan selesa memakai tudung ketika bertugas,” katanya.

Tengku Zulkarnain berkata, di sebalik pemansuhan larangan itu MUI terus menerima laporan daripada polis wanita yang mendakwa tidak dibenarkan menjalani sesi latihan kerana mereka memakai tudung.

Beliau berkata, kebenaran memakai tudung akan memulihkan imej polis yang tercalar akibat beberapa skandal termasuk seks dan gambar tidak senonoh anggotanya. - AGENSI sumber

No comments: