Wednesday, November 20, 2013

LEBANON - Bom, 23 Maut Berhampiran Kedutaan IRAN

23 maut  kena bomKeadaan di sekitar Kedutaan Iran di Beirut selepas dua letupan berlaku. Gambar kecil seorang anggota pertahanan awam memeriksa mayat mangsa serangan. - Foto AFP/Reuters]
Dua letupan berlaku di luar Kedutaan Iran 

Beirut: Dua letupan bom di luar Kedutaan Iran di ibu kota Lubnan membunuh 23 orang, mencederakan 146 lagi dan menyebabkan kemusnahan besar di kawasan yang menjadi kubu kuat pergerakan Hizbullah. 
Kementerian Kesihatan Lubnan memberi angka korban dan cedera itu. Antara yang maut termasuk pegawai penasihat kebudayaan kedutaan, Sheikh Ibrahim Ansari. “Beliau masuk ke dalam kedutaan apabila letupan berlaku. Beliau cedera parah dan menghembuskan nafas terakhir di hospital,” kata sumber. 



Letupan kuat itu berlaku bertentangan kedutaan sembilan tingkat di selatan Beirut yang mencetuskan keadaan kelam kabut selain menyebabkan kerosakan di bangunan berdekatan dan menyebabkan kenderaan terbakar. 

Satu lagi sumber mengesahkan dua letupan menjadi punca semua itu. 

Keadaan mengerikan 
“Maklumat yang kami perolehi ialah sebuah motosikal meletup diikuti letupan sebuah kereta 30 meter dari situ menyebabkan sekurang-kurangnya 15 kematian,” kata sumber itu yang menganggap kedutaan Iran ‘mungkin’ sasarannya. 

Duta Iran, Ghazanfar Rokn-Abadi, berkata petugas dalam kedutaan selamat.

Media Lubnan menyiarkan keadaan mengerikan di kawasan kejadian dengan mayat rentung, ada yang masih terbakar dengan kenderaan terbakar di sepanjang jalan penuh dengan sisa letupan. 

Kereta dan pokok juga hangus dan sekumpulan lelaki berusaha membawa mangsa yang cedera keluar dari situ menggunakan pengusung. 

Tentera dan anggota keselamatan Lubnan sudah berada di kawasan kejadian manakala penduduk dilihat mundar mandir dalam keadaan masih terkejut. 

Di hospital Rasul Aazem berdekatan, yang menerima tujuh mayat korban serangan, ramai yang menunggu untuk mendengar berita, ada yang menitiskan air mata. 
Tehran menuduh Israel melancarkan dua serangan bom itu. - AFP sumber

No comments: