Tuesday, November 19, 2013

MALAYSIA - Kristian Boleh Guna Kalimah Allah Pulak?

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini mengesahkan turut bersama-sama jemaah menteri memutuskan untuk membenarkan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak menggunakan kalimah Allah.

Pengesahan tersebut diakui Jamil ketika sesi penggulungan perbahasan bagi Rang Undang-undang Perbekalan di bawah Jabatan Perdana Menteri setelah dibangkitkan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, pagi tadi.

Bercakap kepada Harakahdaily, Mahfuz berkata pengesahan itu menunjukkan seorang yang alim tentang agama seperti Jamil turut membuat keputusan membenarkan penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di Sabah dan Sarawak di dalam Bible.

"Pengakuan Jamil itu jelas apabila jemaah menteri membuat keputusan untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di Sabah Sarawak. Maknanya, orang alim, yang tahu pasal agama pun sepertinya juga telah memutuskan boleh menggunakan kalimah Allah itu," tegas beliau.

Dalam perbahasan pagi tadi, Mahfuz membangkitkan soal peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam isu penggunaan kalimah Allah, yang dilihat sekarang menjadi tidak ketentuan.

Mahfuz ketika mahu penjelasan, meminta menteri terbabit menyatakan sama ada jemaah menteri memutuskan untuk membenarkan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak menggunakan kalimah Allah, sedangkan Mufti Johor, Datuk Noh Gadut pernah menyatakan sesiapa yang menyokong penggunaan kalimah Allah boleh jatuh murtad.

Sebelum ini, penggunaan kalimah Allah kepada orang bukan Islam dijadikan isu oleh BN untuk menentang DAP dan Pakatan Rakyat.

Namun bertindak menutup mata dengan tindakan jemaah menteri sendiri yang memutuskan untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di Sabah dan Sarawak dalam Bible mereka. sumber

No comments: