Tuesday, November 19, 2013

MESIR - RUSIA Meterai Perjanjian Pembelian Roket

MOSCOW: Sebuah firma milik kerajaan Russia hari ini berkata, Moscow sudah mencapai perjanjian untuk membekalkan sistem pertahanan udara untuk tentera Mesir. 

Ketua Eksekutif Rostec, Sergey Chemezov membuat kenyataan itu susulan lawatan kerja Mneteri Luar Russia, Sergei Lavrov dan Menteri Pertahanan Russia, Sergei Shoigu ke Kaherah, minggu lalu. 

Lawatan kerja dua menteri kanan Russia itu dalam rangka untuk mengeratkan lagi hubungan diplomatik dan ketenteraan kedua-dua negara. 


Chemezov memberitahu agensi berita Russia, RIA Novosti, bahawa beberapa kontrak sudah ditandatangani berkaitan sistem pertahanan udara. 

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan sebarang butiran mengenai aspek kewangan dan tidak menyatakan secara spesifik jenis misil atau reket yang terbabit dalam pembekalan itu. 

Chemezov juga berkata, kedua-dua pihak turut membincangkan mengenai pembeliau pesawat tempur dan helicopter buatan Russia. 

Bagaimanapun, akhbar ekonomi Vedomosti melaporkan Jumaat lalu, perjanjian itu dianggarkan mencecah lebih AS$2 billion. - AFP sumber

No comments: