Tuesday, November 19, 2013

PAKISTAN - Mahkamah Setuju Bicarakan Musharraf

ISLAMABAD: Mahkamah Pakistan hari ini menerima permohonan kerajaan untuk menubuhkan tribunal membicarakan bekas pemimpin tentera, Jeneral Pervez Musharraf kerana menderhaka, satu tuduhan yang boleh membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup. 

Jurucakap Mahkamah Agung Pakistan dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa mahkamah menerima surat daripada kerajaan meminta penubuhan satu mahkamah khas untuk membicarakan Musharraf mengikut Seksyen 2, Akta Kesalahan Penderhakaan Tertinggi seperti termaktub dalam Perlembahaan. 

Selepas menerima surat rasmi itu, Ketua Hakim, Iftikhar Muhammad Chaudhry, memerintahkan semua Mahkamah Tinggi dari empat wilayah negara itu memberikan nama hakim yang untuk menganggotai tiga panel tribunal khas itu, Rabu ini. - AFP  sumber

No comments: