Saturday, November 9, 2013

PALESTIN - Askar Israel Membunuh Lagi

2 orang warga Palestin dilaporkan terbunuh setelah askar Israel memberodong mereka dengan timah panas sepanjang hari Jumaat ini.
Seorang pemuda Palestin bernama Fuad Al Atrash (23 tahun) warga kota Hebron, ditembak tentera Israel setelah berupaya menerobos sebuah pos pemeriksaan ‘Kontainer ‘di sebelah timur laut dari kota Jerusalem.
Kejadian ini selang beberapa jam setelah tentera Israel juga menembak mati warga Palestin di pos pemeriksaan Zatara sebelah selatan kota Nablus kerana dituduh membawa senjata api.
Sumber keamanan Palestin melaporkan bahawa tentera Israel masih menahan jasad al- Atrash, sementara jasad Bashir Sami Hananin dari desa Marka, selatan Jenin ,telah diserahkan militer Israel kepada pihak berkuasa Palestin.
Tuduhan pihak militer Israel yang menembak mati Hanain kerana membawa senjata api dibantah langsung oleh pihak keluarga korban, menurut mereka tidak ada yang percaya tuduhan ini, “anak mereka yang adalah seorang profesor di Universiti Khuduri,” ujar keluarga korban.
Pihak keluarga juga mengecam tindakan militer Israel yang membiarkan jasad Hanain membeku selama beberapa jam di luar, tanpa dipindahkan ke hospital terdekat.  sumber

No comments: