Monday, November 4, 2013

PALESTIN - Hamas Berjaya Jatuhkan Drone Israel

Briged Izzuddin Al Qassam, Palestina, mengumumkan keberhasilan mereka mengambil alih sebuah pesawat pengintai Israel pada hari Ahad (03/11) semalam.
Dalam wawancara dengan Sky News Arabia, saksi mata mengungkapkan “sebuah Drone milik Israel yang sedang diterbangkan untuk memantau dan fotografi jatuh di sebelah Timur Laut Jalur Gaza.”
Pejabat berita Arrisalah Net menyatakan “belum jelas bahawa pesawat tersebut apakah ditembak jatuh atau jatuh akibat kesalahan teknikal .”
Brigade Qassam mengumumkan dalam akaun Twitter rasminya bahawa mereka bertanggung jawab atas jatuhnya pesawat tersebut, sementara pihak berkuasa Israel membantah hal tersebut dan mengatakan ” pesawat tersebut jatuh pada satu hari sebelumnya di Jalur Gaza kerana kesalahan teknikal.”
Israel telah melancarkan serangan udara pada hari Jumaat (01/11) lalu ke wilayah Jalur Gaza, setelah pada Khamis malam terjadi pertempuran bersenjata yang mengakibatkan gugurnya 4 orang pejuang Palestin dan mencederakan 5 askar Israel. sumber

No comments: