Saturday, November 9, 2013

PALESTIN - Israel Tutup Yayasan yang Bantu Hamas

Pemerintah Israel pada hari Khamis ini telah menutup sejumlah yayasan di Jerussalem Timur, dan menekankan bahawa sejumlah yayasan tersebut telah bekerjasama dengan Hamas, seperti yang dilaporkan oleh badan Intelijen dalam negeri Israel (GSS) dalam sebuah pernyataannya hari Khmis ini.
Pernyataan itu menegaskan bahawa Intelijen dan Polisi telah menutup pejabat yayasan yang bernama ‘Imarah Al-Aqsa dan Al-Quds At-tanmiyah di kota Yerussalem Timur selama satu tahun, kerana aktivitinya selama ini telah membantu gerakan Hamas.
Penjajah sebelumnya telah mengumumkan bahawa Gerakan hamas termasuk dalam kategori Organisasi teroris pada tahun 1996. Dan sejak itu semua pejabat Hamas di tutup dan diharamkan.
Menurut Intelijen, yayasan – yayasan tersebut ditutup kerana adanya bukti-bukti bahawa yayasan telah mendanai dan membantu Hamas dalam aksi-aksi kekerasan terhadap Israel. sumber

No comments: