Friday, December 6, 2013

BANGLADESH - Bekar Pemimpin Ancam Bunuh Diri


Ershad ugut bunuh diri
Bekas pemimpin Bangladesh dikepung anggota keselamatan 

Dhaka: Bekas pemimpin Bangladesh, Hussain Muhammad Ershad (gambar) mengancam membunuh diri semalam selepas pasukan keselamatan mengepung rumahnya berikutan keputusannya memboikot pilihan raya bulan depan. 

“Saya sudah isi peluru dalam empat pistol dan sudah maklumkan kerajaan jika mereka guna muslihat, saya akan bunuh diri,” kata Ershad kepada krew televisyen ketika ditemubual di rumahnya awal daripada itu. 


“Saya akan mati di hadapan anggota RAB (Batalion Gerak Khas) jika polis cuba tahan saya,” katanya sebelum membuat pergerakan seperti melepaskan tembakan di kepalanya. 

Boikot pilihan raya 

Tokoh berusia 83 tahun itu yang mengetuai Parti Jatiya berkata, beliau tidak akan ambil bahagian dalam pilihan raya 5 Januari, melemahkan kredibiliti pilihan raya yang turut diboikot parti pembangkang utama, Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) dan sekutunya. 

Ramai anggota pasukan keselamatan kemudian berkumpul di luar kediamannya di Baridhara, yang mencetuskan spekulasi bahawa bekas jeneral itu akan ditahan. 
Bagaimanapun Timbalan Pesuruhjaya Polis Dhaka, Lutful Kabir memberitahu, pegawainya dikerah ke kawasan kejiranan itu untuk meningkatkan keselamatan di sekitar kedutaan asing di Baridhara. 

Setiausaha Ershad, Khaled Akhter berkata anggota RAB dan pegawai polis berpakaian biasa masih berada di luar kediaman jeneral itu pagi semalam walaupun bilangan mereka semakin berkurangan. 

Walaupun boikot berkenaan oleh parti Jatiya dan BNP, selain keganasan politik yang merebak, Liga Awami sehingga kini menegaskan pilihan raya akan diteruskan seperti yang dijadualkan pada 5 Januari. 

AS gesa tolak ansur 

Tetapi, Amerika sudah mendesak semua pihak di Bangladesh bertolak ansur untuk membolehkan pilihan raya ditunda. 

BNP dan sekutunya daripada parti lebih kecil menuntut Perdana Menteri, Sheikh Hasina menyerah kuasa dan membenarkan kerajaan berkecuali memantau pengundian. - AFP sumber

No comments: