Friday, December 6, 2013

BRITAIN - Bukti Kekejaman di Iraq Cuba Dimusnahkan

LONDON: Seorang askar Britain membuang sebuah komputer mengandungi gambar asal mayat warga Iraq yang mati dalam keadaan dicurigai dengan melontarnya ke dalam laut dari sebuah feri.

James Rands muncul sebagai saksi dalam siasatan kes Al-Sweady mengenai tuduhan bahawa askar Britain menyeksa dan membunuh warga Iraq selepas pertempuran terhenti dekat bandar Majar al-Kabir di sein southern Iraq on May 14, 2004. 

Tuduhan itu akan mengesahkan sama ada ia adalah pembunuhan terburuk dalam Perang Iraq, jika disahkan. 

Saya tidak sangka kesan foto itu atau akan dituduh mengubah waktu foto itu," James Rands, Tentera Britain

Rands memegang pangkat kapten pada masa itu adalah pegawai perisikan di di Kem Abu Naji, markas tentera menempatkan 20 mayat warga Iraq dibawa selepas pertempuran.

Rands mengambil gambar mayat itu yang menjadi bukti penting dalam siasatan kes dan ia masih ada selepas Rands melontar laptop ke Selat Inggeris pada 2006.

Ia menjadi isu sensitif kerana peguam Britain mewakili plaintif Iraq menuduhnya membuang alat itu untuk mengubah suai fail asal bagi mengubah masa gambar di dalamnya.

Rands, bagaimanapun, menolaknya dan menyifatkannya teori tak masuk akal. Katanya, pada 2006, laptop itu sudah rosak dan dia tidak yakin foto itu masih ada di dalam.

Katanya, dia membuangnya kerana naik pangkat yang melarang pegawai menyimpan bahan sensitif dalam laptop peribadi.

“Saya tidak menjangka kesan foto itu atau tuduhan bahawa saya mengubah waktu foto itu,” katanya lagi.

Masa yang ditunjukkan gambar itu penting kerana saksi Iraq berkata, ada yang ditahan hidup-hidup dan kemudian dibunuh manakala Britain berkata mereka terbunuh ketika perang. - AFP sumber

No comments: