Saturday, December 7, 2013

JORDAN Ganti SAUDI dalam Majlis Keselamatan

NEW YORK: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini memilih Jordan untuk menganggotai kerusi Majlis Keselamatan selepas Arab Saudi menolaknya. 

Jordan dipilih untuk menganggotai Majlis Keselamatan untuk tempoh penggal dua tahun dengan memperoleh undi 179 daripada 193 anggota perhimpunan PBB. Arab Saudi pula hanya memperoleh satu undi. 
Jordan dipilih oleh negara-negara Arab selepas dicadangkan oleh Negara Asia. 


Arab Saudi mengejutkan dunia diplomatik apabila menolak keanggotaannya dalam Majlis Keselamatan pada 17 Oktober, kurang 24 jam selepas dipilih. 

Menteri Luar Arab Saudi menuduh Majlis Keselamatan gagal untuk menamatkan konflik di Syria dan Israel-Palestin dan mahu badan dunia itu melaksanakan zon bebas senjata pemusnah di Asia Barat. 

Jordan akan menyertai empat anggota baru dalam majlis itu bermula 1 Januari depan iaitu Chad, Nigeria, Lithuania dan Chile. - AP sumber

No comments: