Thursday, December 5, 2013

MALAYSIA - Lelaki Berusia 160 Tahun

Pasir Mas: Seorang lelaki dari Kampung Gelugur, Bukit Panau di sini, mendakwa berusia lebih 160 tahun dan dilahirkan pada tahun sama dengan pejuang Tok Janggut atau Mat Hassan Panglima Munas, iaitu pada 1850.

Jika dakwaannya benar, Mat Salleh Ali (gambar kecil), mampu mencipta nama orang paling tua dalam Guinness World Records. 
Ketika ini, orang paling tua di dunia ialah dari Jepun, Jirouemon Kimura, berusia 114 tahun. 



Bagaimanapun, tarikh kelahiran pada kad pengenalan Mat Salleh ialah 18 Disember 1919. 

Ini bermakna, dia berusia 94 tahun, tetapi menjelaskan bahawa usianya lebih daripada itu kerana tiada sebarang dokumen dibuat ketika kelahirannya.

Tiada dokumen jadi bukti
“Saya mengakui tiada dokumen dapat dijadikan bukti bahawa saya sudah berusia lebih 160 tahun kerana ketika dilahirkan tiada sebarang usaha untuk mendokumentasikan tarikh kelahiran.

“Namun, apa yang boleh dikatakan ialah saya dilahirkan sezaman dengan Tok Janggut walaupun pada kad pengenalan mencatat dilahirkan pada 1919,” katanya ketika ditemui di rumah anaknya, Othman, 59, di Kampung Gelugur, semalam.

Mat Salleh yang berkahwin sebanyak 30 kali, mempunyai 12 anak dengan lima sudah meninggal dunia.

Dia mampu berjalan lebih empat kilometer dan matanya masih boleh melihat dengan jelas termasuk membaca al-Quran.

Ditanya rahsianya yang masih sihat, Mat Salleh berkata, dia selalu ingat pada Allah dengan solat dan membaca al-Quran serta menjaga pemakanannya.

Dia akan memastikan apa yang dimakan tidak akan memberi kesan kepada perkembangan kesihatan.

Sentiasa berjalan kaki

“Sejak dari muda lagi saya sentiasa berjalan walaupun ke mana saja pergi, selain mengamalkan minum air telaga serta mengelak dari minum ais atau minuman yang mempunyai susu,” katanya.

Mengenai perkahwinannya sebanyak 30 kali itu, Mat Salleh berkata, dia berkahwin empat dan apabila berlaku perceraian, kekosongan itu akan diisi dengan isteri baru.
Sementara itu, Othma
n mengakui tiada dokumen yang boleh mengesahkan bapanya sudah berusia lebih 160 tahun, tetapi percaya kerana abang sulungnya berusia lebih 80 tahun.

“Bapa mempunyai banyak ilmu sehingga ada yang datang ke rumah untuk belajar ilmu agama dan pada masa yang sama ada juga yang datang untuk meminta air tawar bagi menyembuh penyakit tertentu,” katanya. sumber

No comments: