Thursday, December 26, 2013

MESIR - Bekas PM Ditahan

KAHERAH: Pasukan keselamatan Mesir menahan bekas Perdana Menteri kepada Presiden yang digulingkan, Mohammed Morsi, selepas beliau dijatuhi hukuman penjara selama setahun kerana gagal mematuhi perintah mahkamah untuk mengambil alih sebuah syarikat tekstil swasta.

"Pasukan keselamatan berjaya menahan Hisham Kandil, dalam menjalankan perintah mahkamah yang dikeluarkan terhadapnya. Beliau ditahan di kawasan pergunungan bersama penyeludup ketika cuba untuk melarikan diri ke Sudan," kata Menteri Dalam Negeri Mesir dalam satu kenyataan. 

Kes berkenaan berhubung kait dengan penjualan syarikat milik kerajaan kepada pelabur swasta semasa pemerintahan bekas Presiden Hosni Mubarak. - REUTERS  sumber

No comments: