Thursday, December 26, 2013

MESIR - Rakyat MALAYSIA Selamat

Kuala Lumpur: Tiada rakyat Malaysia terbabit dalam kejadian letupan bom dekat bandar Mansoura, Mesir, yang mengorbankan 14 orang dan 130 cedera, awal pagi semalam. 

Menurut kenyataan Education Malaysia Egypt (EME), semua penuntut Malaysia keadaan selamat kerana penempatan mereka jauh dari lokasi kejadian. 

“Keadaan terkawal dan kuliah juga berjalan seperti biasa,” kata EME menerusi laman Facebook (FB), semalam. 


Berikutan itu, katanya, Duta Besar Malaysia ke Mesir, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari dan Pengarah EME, Prof Madya Dr Mohd Radhi Ibrahim, mengadakan lawatan untuk memastikan tahap keselamatan penuntut di sana. 


Taklimat keselamatan 

“Turut diadakan satu perjumpaan dan taklimat keselamatan bersama penuntut Malaysia Mansurah di Kompleks Terengganu,” katanya. 
Sementara itu, Persatuan Pelajar Perubatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN) Cawangan Mansurah dalam akaun FB semalam, memaklumkan ada demonstrasi di pintu Galak Universiti Mansurah, pada jam 10.30 pagi (waktu tempatan). 

Sehubungan itu, rakyat Malaysia dinasihat tidak terbabit dengan demonstrasi itu. sumber

No comments: