Monday, December 2, 2013

SAUDI - Latihan Tentera PERANCHIS Berhampiran Makkah

Perancis dan Arab Saudi telah mengadakan latihan tentera bersama berhampiran kota suci Makkah dalam apa yang didakwa oleh kedua negara tersebut sebagai langkah mendekatkan diri satu sama lain setelah sikap keras Perancis terhadap negara saingan Arab Saudi, Iran, dalam pertemuan P5+1 pada 3 minggu lalu, siar WB.
Menteri Luar Negeri Perancis Laurent Fabius mendakwa mengambil pendekatan keras terhadap negara-negara yang terlibat dalam negosiasi mengenai program nuklear Iran, dengan beberapa laporan yang berspekulasi bahwa negara sekular Perancis mengambil keuntungan dari menegangnya hubungan antara salibis AS dan sekutunya zionis “Israel” dan Arab Saudi.

Arab Saudi dan “Israel”, meskipun biasanya terdengar bertentangan satu sama lain mengenai Palestin, namun mereka mendakwa bersatu dalam protes mereka terhadap perundingan antara Iran dan AS.
Menurut laporan media setempat, Menteri Pertahanan Saudi Salman bin Abdulaziz turut menyaksikan latihan yang diadakan pada pada Kamis (14/11/2013) tersebut.
Selain melibatkan sebuah pesawat tanpa pemandu untuk pengawasan, latihan tersebut juga dilaporkan melibatkan helikopter Black Hawk dan Apache.
sumber

No comments: