Penjual terbabit dikatakan meminta sehingga 150,000 Turki lira (RM236,602) untuk sebelah buah pinggang, dan sering kali berbangga dengan keadaan kesihatan mereka yang baik. 


Mahu langsai hutang 

“Saya mahu menjual buah pinggang dengan segera kerana menanggung hutang,” kata satu iklan di internet yang disiarkan oleh akhbar Haberturk. Malah penjual terbabit turut menyatakan : “Saya tidak pernah mengambil alkohol sepanjang hidup saya.” 

“Saya ingin menjual hati, buah pinggang dan tulang sum-sum,” kata seorang yang lain pula. 

“Saya bersenam dan berjalan setiap hari.” 
Ketua sindiket penyeludupan organ biasanya mengambil sehingga AS$35,000 (RM112,559) daripada penerima organ, lapor Haberturk. - AGENSI