Sunday, December 8, 2013

UAE - Jutawan Diperintah Bayar Nafkah

Dubai: Seorang ahli perniagaan diperintahkan membayar nafkah sebanyak 10,000 dirham (RM8,800) kepada bekas isteri dan anak-anaknya selepas mahkamah mendapatinya seorang jutawan. 

Mahkamah juga mendapati defendan bukan saja seorang hartawan malah mempunyai pendapatan bulanan melebihi 100 juta dirham (RM88 juta) sebulan. 
Ahli perniagaan terbabit mengahwini seorang wanita Arab sebagai isteri keduanya. 


Perkahwinan mereka bertahan selama beberapa tahun dan dikurniakan dua orang anak. 



Pendapatan 100 juta dirham 

Selepas mendengar tuntutan cerai di Mahkamah Syariah Dubai, lelaki terbabit diperintahkan membayar nafkah 3,500 dirham (RM3,080) sebulan kepada bekas isterinya untuk membesarkan anak walaupun wanita terbabit menuntut 10,000 dirham. 
Lelaki berkenaan pada awalnya mendakwa hanya mampu membayar 2,000 dirham (RM1,760) sebulan kepada plaintif. 

Oleh sebab mereka tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah, ahli perniagaan terbabit serta bekas isterinya membuat rayuan semula penghakiman. 

Mahkamah Rayuan akhirnya mendapati ahli perniagaan terbabit adalah seorang jutawan dan mempunyai pendapatan sehingga 100 juta dirham sebulan. 

Mahkamah kemudian mengarahkan defendan membayar sejumlah 10,000 dirham sebulan kepada bekas isterinya. - AGENSI sumber

No comments: