Sunday, May 26, 2013

SYRIA - Hizbullah Yakin Menang


Pemimpin Hizbullah Hassan Nasrallah pada hari Sabtu llau berjanji meraih  ”kemenangan” dalam perang melawan pejuang pembangkang Syria, ia mengatakan kelompoknya berkomitmen untuk memilih terlibat  dalam konflik dan akan menerima semua pengorbanan atas konsekuensi dari hal itu.
“Saya mengatakan kepada semua orang terhormat, untuk mujahidin, untuk para pahlawan: Saya selalu menjanjikan sebuah kemenangan dan sekarang saya berjanji untuk anda kemenangan di Syria”, katanya pada upacara menandai ulang tahun ke-13 penarikan militer Israel dari Lebanon.
Nasrallah mengatakan anggota Hizbullah yang berjuang di Syria melawan ekstremis Islam akan menimbulkan bahaya bagi Lebanon.
Ucapan Nasrallah pada Sabtu kelmarin menandai pertama kalinya di depan umum ia menegaskan dihadapan milisinya untuk bertempur di Syria.
Ia mengatakan puluhan ribu ekstrimis Islam dari seluruh dunia telah dikirim ke Syria untuk melawan rejim, tetapi Hizbullah mengirimkan “beberapa” pejuang  saja dan sudah dituduh campur tangan dalam konflik. (Arby/Dz)

SYRIA - 12 Pejuang Chechen Terbunuh


Seramai 12 pejuang dari Chechnya syahid insyaAllah  pada akhir minggu ini di wilayah Hama di Syria, kata beberapa pemerhati.
Para pejuang tersebut terbunuh, ketika dua roket menghentam  Desa Al-Hamra di pinggiran timur Hama, kata pengamat  Syria bagi Hak Asasi Manusia.

Pemerintah Syria telah lama menuduh militan asing bergabung bersama pemberontak, dan menuduh negara regional, seperti Turki, memfasilitasi arus gerilawan tersebut ke dalam wilayah Syria, Xinhua melaporkan.

Sebaliknya pejuang pembangkang menuduh milisi Hizbullah, bergabung bersama perajurit Pemerintah Syria di Kota Al-Qussair di Suriah Tengah, lokasi pertempuran strategik yang menentukan telah berkecamuk sejak minggu sebelumnya.(Xinhua/ant/KH)

Melayu Lebih Ramai Tidak Undi BN Berbanding Cina


Abdul Aziz Mustafa,26 Mei 2013

KUALA LUMPUR: Umno bukan lagi suara untuk majoriti Melayu kerana 3.57 juta orang Melayu tidak mengundi parti itu dalam pilihan raya umum yang lalu, kata Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz.

Beliau berkata, di Semenanjung, lebih ramai pengundi Melayu yang menolak BN berbanding pengundi Cina.

"Berapa ramai orang Cina tidak menyokong Umno? 80 peratus dari 2.84 juta? Itu hanya 2.27 juta. 2.84 juta adalah 30 peratus dari pengundi di Semenanjung seramai 9.45 juta.

"Orang Melayu yang menolak Umno dalam PRU13 ini lagi ramai. Di Semenanjung jumlah pengundi ialah 9.45 juta. 70 peratus darinya Melayu yakni sekitar 6.62juta.

"Umno dan BN memperolehi 4.35 juta undi. Jika 70 peratus dari nya Melayu, pengundi Melayu berjumlah 3.05 juta. Ini bermakna di Semenanjung sahaja, 3.57 juta orang Melayu tidak menyokong Umno!" tulis beliau dalam blognya,sakmongkol.blogspot.com.

Beliau yang juga bekas Ketua Penerangan Umno Pekan seterusnya mempersoalkan, mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan para pemimpin Umno marahkan Cina?

"Kerana mahu menutup pekong sendiri?" soal beliau lagi.

Mohd Ariff menyelar Najib yang menyalahkan "tsunami Cina" kerana kegagalannya mendapat undi popular.

Dalam pilihan raya lalu, ketika Pakatan Rakyat mendapat 5.489 juta undi atau 50.3 peratus sokongan, BN hanya mendapat 5.220 undi sahaja atau 46.8 peratus sokongan.

Beliau mempersoalkan, adakah tindakan menyalahkan "tsunami Cina" itu merupakan langkah pertama Najib mahu menonjolkan dirinya lebih Melayu dari Melayu lain?

"(Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri) Muhyidin (Yassin) sudah nampak Melayunya dari awal lagi dengan menyatakan bahawa dia Melayu dahulu baru Malaysia. Najib yang kian terdesak nampaknya mesti menonjolkan dirinya lebih Melayu dari Melayu yang lain.

"Sebab itu dia membisu seribu bahasa sementara dikeliling nya, satu persatu munculnya kenyataan-kenyataan perkauman dari penyokong-penmyokong Umno", katanya.

Friday, May 17, 2013

SYRIA - Assad Takut Jadi Seperti Saddam


Akhbar “Turki” menyebutkan bahawa Presiden Bashar Assad merancang untuk melarikan diri dari Syria menuju Cina, Akhabr tersebut menambahkan bahawa Assad telah memindahkan aset dan sejumlah emas jongkong melalui sepupunya yang merupakan seorang pengusaha, Rami Makhlouf.
Akhbar itu juga menyebutkan bahawa situasi di Syria memburuk dengan meningkatnya kekerasan di negara tersebut, terutama bersamaan dengan Internasional yang semakin meningkat dan kemungkinan akan adanya intervensi asing.
Perlu di ketahui bahawa saat ini Assad khuatir dirinya mengalami nasib akhir yang  sama seperti yang dialami oleh Saddam Husein, dan Pemimpin Libya Muammar qaddafi, oleh kerana saat ini ia sedang mencari tempat aternatif yang aman untuk dirinya besarta keluarganya.
Selain itu Assad yang disebut telah “menyeludupkan” isteri dan anak-anaknya ke Iran saat ini juga sedang berusaha mendapatkan suaka di Rusia dan venezuela, namun permintaan tersebut belum mendapatkan jawaban. sumber

Erdogan dan Obama Desak Assad Berundur


Presiden AS Barack Obama dan Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan telah berjanji untuk meningkatkan tekanan terhadap Presiden Syria Bashar al-Assad untuk berundur.
Obama mengatakan dalam sebuah sidang media dengan Erdogan di Rumah Putih pada hari Khamis bahwa satu-satunya cara untuk menyelesaikan krisis Syria adalah  Assad segera menyerahkan kekuasaan kepada pemerintah transisi (Pro Barat). Ia mengatakan Turki akan memainkan peranan penting dalam proses tersebut.
“Kita akan terus meningkatkan tekanan terhadap rejim Assad dan kami bekerja sama dengan pembangkang Syria,” kata Obama.
“Kami berdua sepakat bahwa Assad mesti pergi.” tambahnya.
Obama telah memperingatkan bahwa penggunaan senjata kimia oleh rejim Syria akan menjadi “garis merah” yang akan memerlukan tindakan oleh masyarakat internasional.
Erdogan mengatakan bahawa ada bukti penggunaan senjata kimia di Syria tetapi mereka memerlukan  ”informasi yang lebih spesifik” untuk mengesahkan hal ini sebelum memutuskan bagaimana untuk bertindak-balas.
Obama mengatakan ia terus-menerus meninjau Syria, kerananya AS telah mendaftarkan empat menteri Syria dan kelompok Jabhat al-Nusra, Pemimpin Al-Qaidah, kelompok pemberontak Muhammad al-Jawlani, ke daftar hitam terorisme. AS juga menempatkan Syrian Arab Airlines dan Televisi swasta Al-Dunya ditambahkan ke daftar sanksi , kerana membantu rejim Assad.
“Saya mempertimbangkan pilihan untuk mengambil langkah-langkah tambahan, baik diplomatik dan militer,” kata Obama. (Aljazeera/Dz) sumber

MALAYSIA - Siapa Timbalan Menteri Pelajaran?



0
Bagi yang fobia agenda Kristian -Terimalah kenyataan ini: Presiden Persekutuan Majlis Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia dilantik Timbalan Menteri Pelajaran

Sudahkah kita meneliti senarai Menteri Kabinet yang diumumkan semalam.

Saya nak sentuh tentang jawatan Timb Menteri Pelajaran iaitu YB Mary Yap Kain Ching. Beliau adalah MP Tawau dan merupakan Presiden Persekutuan Majlis Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia.

Beliau bukan sahaja seorang yang beragama Kristian, yang tidak menjadi isu pun kerana negara ini negara berbilang bangsa dan agama bahkan seorang mubaligh (Missioney Christian) bahkan Presiden kpd Sekolah Mubaligh Kristian. Cuma saya hendak mengajak adek-adek (mungkin memujuk lebih tepat) yang sering menbangkitkan tentang ancaman Kristianisasi kpd saya. Hati hati dalam menyokong gagasan politik tertentu kerana ia akan menjayakan agenda Kristian di negara kita, tulis mereka. 

Nah! Sekarang bagaimana? Saya bukan hendak memulangkan paku buah keras. Tetapi inilah akibat dari berfikir dalam kerangka teori konspirasi. Kita dah ingatkan proses demokrasi Pilihanraya bukan hendak menjayakan agenda Kristian, atau agenda plural, liberal, LGBT, atau agenda kaum Cina, agenda DAP. Pilihanraya adalah proses untuk memilih kepimpinan negara bagi memastikan pentadbiran dan pemerintahan yang lebih baik untuk masyaarakat sipil (civil).

Ada yang buat kenyataan mujur depa kalah, kalau tidak DAP (orang Cina) akan jadi PM. Kenyataan tidak berasas ini sangat tidak bertanggungjawab dan terang-terangan memperbodohkan orang melayu bahkan seluruh rakyat Malaysia. Bukan sahaja tidak munasabah bahkan mustahil untuk perkara ini berlaku dari sudut undang-undang, Perlembagaan, kedudukan dan hak keistimewaan orang melayu, bahkan tidak tabii pun. 

Sekarang seorang Presiden mubaligh Kristian dilantik menjadi Timb Menteri Pelajaran. Apakah beliau akan menggunakan kedudukannya untuk menjayakan agenda Kristian di sekolah-sekolah? Sebagai seorang rakyat yang rasional saya tidak berfikir seperti itu. Beliau walaupun Presiden Persatuan Sekolah mubaligh Kristian (yang melahirkan paderi, nun dan sisters) akan menghormati Perlembagaan Malaysia dan akan menjaga sensitiviti umat Islam dan orang melayu di negara ini. Bagi anda yang risau tidak berpenghujung terhadap agenda Kristianisasi ini, anda akan terus dicengkam oleh rasa kebimbangan.
 

Nak undi PR serbasalah,undi BN ini pula jadinya! Jadi selepas ini asingkan isu pilihanraya dengan isu menangani ancaman Kristianisasi. Jangan campur adukkan. Nak tangani ancaman Kristian, bagunkan agenda dakwah. Nak tangani agenda liberal dan plural atau LGBT bangunkan agenda dakwah. 

Ini adalah sedutan dari mesy meja bulat yang di pengerusikan oleh TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 4 Disember yang lalu yang dihadiri oleh YB Mary Yap: 
--------------------------------------------------------------------
"Muhyiddin berkata sekolah mubaligh tidak akan diketepikan dan akan menikmati keistimewaan yang sama seperti sekolah kebangsaan.

"Sekolah mubaligh melaksanakan kurikulum kebangsaan dan oleh itu, ia diberikan status yang sama," kata Yap.

Beliau berkata, Muhyiddin juga yakin sekolah mubaligh akan terus menerima pembiayaan untuk penyelenggaraan bangunan dan program pembangunan profesional.

Ketika membentangkan Bajet 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk menaik taraf sekolah mubaligh.

Yap berkata: "Kami amat berterima kasih kepada Muhyiddin dan Tan Sri Bernard Dompok, yang menyelaraskan mesyuarat "


Sumber:  Hafidzi Mohd Noor

Saturday, May 11, 2013

BANGLADESH - Hidup Walau Tertimbus 17 Hari

Dhaka: Seorang wanita yang tertimbus 17 hari di bawah runtuhan kilang pakaian di Bangladesh diselamatkan semalam ketika 1,000 lagi sudah maut.

Reshma diselamatkan dan dalam keadaan baik selepas hanya makan makanan kering yang kebetulan ada dekat dengannya selain minum sedikit air.
Dia ditemui pada tingkat 2 bangunan lapan tingkat Rana Plaza oleh anggota penyelamat yang sebenarnya ditugaskan mengumpul mayat.


Saya dengar suara pekerja penyelamat sejak beberapa hari lalu. Saya selalu memukul tembok dengan kayu dan besi bagi mendapatkan perhatian mereka, katanya kepada televisyen Somoy sambil dirawat.

Tiada orang dengar laungan saya. Memang teruk keadaan saya. Saya bermimpi untuk lihat langit sekali lagi, katanya.

Ada sedikit makanan kering dekat saya jadi saya memakannya selama 15 hari, pada dua hari terakhir saya hanya minum air. Ada beberapa botol air dekat saya, katanya.

Sebaik saja Reshma berjaya mendapat perhatian mereka, kru terbabit mengarahkan jentolak segera berhenti sebaliknya menggunakan peralatan menggali untuk melepaskannya.
Mereka memberikannya air, oksigen dan air suling sebelum mengeluarkannya.
Apabila Reshma bebas selepas 40 minit, mereka yang menunggu bersorak gembira.
Reshma dihantar ke hospital tentera dalam ambulans. Anggota penyelamat terkejut keadaannya yang baik sekalipun tertimbus begitu lama.

Pegawai waran, Abdur Razzak yang ada pengalaman bertugas di jabatan kekejuruteraan menjadi orang pertama melihat Reshma yang tiada masalah bercakap.

Dia sihat, tiada kecederaan. Dia hanya terperangkap. Ruang tempat dia terperangkap agak luas, kata pegawai tentera, Lt Kol Moyeen.

Ibu Reshma dan kakaknya, Asma berkejar ke hospital untuk menemuinya.
Perdana Menteri, Sheikh Hasina, menghubungi Reshma di hospital yang kemudian menangis kerana terharu.
AP\\sumber

Masjid Al-Aqsa Dikelilingi Bendera Zionis


bendera israel di masjid aqsaSyeikh Raid Shalah, pemimpin harakah Islamiyah di Palestina yang dikenal dengan sebutan syeikh al-Aqsa telah menyebarkan sebuah foto masjid Al-Aqsa yang dikelilingi banyak bendera Zionis dalam akun jejaring sosial facebook.(8/5)

Syeikh Shalah mengomentari foto tersebut,” saat ini para penjahat sedang sibuk membantai rakyat Syria… dan Zionis memanfaatkan hal tersebut dengan mengibarkan bendera Zionis di tembok al-Aqsa. Dan ia menambahkan,”jika anda tidak terpengaruh dengan gambar ini, ketahuilah bahwa hati nurani anda telah mati.”

Sebelumnya Syeikh Raid menyebut  bahawa serangan yang terjadi di kota suci bertujuan untuk membahagi masjid Al-Aqsa.

Menurut Syeikh, zionis sejak lama telah merancang pendudukan Palestin yang berada di jantung Arab dan orang tua kita dulu menyangka bahwa pendudukan Palestin adalah mustahil….namun kenyataannya Zionis saat ini berhasil menduduki Palestin, dan hari ini Zionis merancang untuk menghancurkan Masjid Al-Aqsa dan membangun tempat suci bagi mereka , dan beberapa dari kita berpikir bahwa hal tersebut tidak mungkin, dan bertanya apakah Zionis akan berhasil menghancurkan Al-Aqsa???? Dan kita jawab: “ jika kita tidak bergerak maka Zionis akan berhasil…..tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah.” (hr/IS )

sumber

Qardhawi : Islam Akan Menang di PALESTIN

Dr. Yusuf Qardhawi, Ketua Persatuan Ulama Kaum Muslimin mengungkapkan keyakinannya akan kemenangan Gaza dan Palestin, serta jatuhnya penjajah zionis, menurutnya umat dan ulama Islam terus memberikan dukungan terhadap Palestin.

Qardhawi menyampaikan sambutannya dalam pertemuan ulama dengan pemerintah Palestin di Gaza, Khamis (9/5) llau, beliau menyatakan, “Saya yakin bahwa kita akan menang, Gaza, Palestin dan Syria serta semua yang terdzalimi di bumi, semua pihak yang berperang di jalan Allah, memperjuangkan kebenaran dan keadilan akan meraih kemenangan, bukan jalan para thagut, ini merupakan sunah Allah pada makhlukNya.

Qardhawi menegaskan, para ulama datang untuk menyatakan kami bersama dan berjuang bersama kalian, dan akan terus demikian sampai kita bertemu dengan Allah Ta’ala. Dengan pertemuan ini kita merasakan sebagai satu umat yang baru, umata yang seakan baru terlahir kembali, tegas Qardhawi.

sumber

Ucapan Ahmad Said Berbaur Dendam


KUALA LUMPUR: Adun Batuk Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahamd Nawawi menyifatkan ucapan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berbaur politik dendam.

Sebaik selesai majlis angkat sumpah Menteri Besar dan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu di Istana Maziah, Ahmad enegaskan mereka tidak bercadang meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang BN kalah dalam pilihan raya umum ke-13 Ahad lepas.

Jelas Ahmad Said, rakyat di kawasan Parlimen dan Dun berkenaan perlu meminta bantuan daripada wakil rakyat yang mereka pilih.

Mengulas perkara itu, Syed Azman begitu kecewa dengan kenyataan sedemikian daripada mulut seorang menteri besar kerana di dalam kerajaan setiap menteri besar bukan mewakili parti dan harus membela ke semua rakyatnya tidak kira parti mana sekali pun.

"Misalnya saya mewakili rakyat di Dun Batu Buruk, saya perlu mewakili seluruh penduduk saya, semua kena bagi sama rata, kena bagi pembelaan tanpa mengira kaum dan fahaman politik.

"Begitu juga MB, dia (Ahmad Said) bukan mewakili MB Umno, dia adalah MB Terengganu sepatutnya berjiwa besar berikan pembelaan kepada seluruh rakyat Terengganu tanpa mengira parti dan agama. Ucapan Ahmad Said menyerlahkan siapa dirinya sebenar," tegas Syed Azman kepada Harakahdaily.

Katanya, PAS membantah tindakan yang kontra daripada apa yang diamalkan oleh kepimpinan Terengganu.

Lebih-lebih lagi keputusan PRU13 di Terengganu, katanya lebih menampakkan satu referedum rakyat kepada Ahmad yang dilihat gagal mentadbir negeri itu.

"Misalnya, perbelanjaan lebih RM10 billion antara yang paling tinggi dalam Semenanjung malaysia, sehingga kini beliau masih gagal membela nasib rakyat negerinya," katanya.

Bagaimanapun, tegas Syed Azman PAS Terengganu akan terus berjuang memberi pembelaan kepada rakyat khususnya perjuangan anak muda yang begitu menyerlah pada PRU  kali ini.

Tegasnya, PAS akan terus memberi khidmat tanpa mengira parti berbeza dengan Ahmad yang lebih utamakan politik.

"PAS Terengganu akan menjadi pembangkang yang kuat dan akan sentiasa membuka pintu seluasnya tanpa mengira parti, dengan segala kekurangan yang ada kita sedaya upaya akan memberi khidmat yang terbaik.

"Bagi kita rakyat Terengganu wajar dibela tanpa kira parti hatta kita perintah tidak ada diskriminasi kepada rakyat Terengganu," katanya.

Syed Azman yang mendapat 13,679 undi pada PRU13 berjaya mempertahankan Dun Batu Buruk dengan majoriti 2,273 berbanding 1,162 pada PRU12.

sumber

Thursday, May 9, 2013

PALESTIN: Israel lulus pembinaan 296 unit rumah dekat Ramallah


BAITULMAQDIS 9 Mei - Israel hari ini meluluskan pembinaan hampir 300 buah rumah di kawasan penempatan Beit El dekat Ramallah, tindakan yang bakal meningkatkan ketegangan dengan Palestin ketika Amerika Syarikat (AS) berusaha mencari jalan untuk mengajak kedua-dua pihak menyambung semula rundingan damai.
Seorang jurucakap rejim Zionis berkata, Pentadbiran Awam Israel meluluskan pembinaan 296 buah rumah di Beit El yang merupakan peringkat pertama sebelum kerja-kerja pembinaan dijalankan.
Pengumuman terbabit dikeluarkan hanya dua hari selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dilapor mengarahkan pembekuan tender penempatan baharu sebagai usaha memberi peluang kepada AS untuk mengetuai rundingan damai dengan Palestin. - AFP

PALESTIN: Mufti Besar Baitulmaqdis ditahan


Sheikh Mohammed Hussein
BAITULMAQDIS 8 Mei - Polis Israel menahan Mufti Besar Baitulmaqdis, Sheikh Mohammed Hussein di rumahnya di sini, hari ini sehari selepas berlaku satu kekacauan antara penduduk Palestin dan Israel di luar Masjid al-Aqsa, semalam.
Jurucakap polis, Micky Rosenfeld berkata, Sheikh Mohammed ditahan bagi membantu siasatan tentang kaitannya dengan kejadian itu yang berlaku di pekarangan yang menempatkan Masjid al-Aqsa.
Beliau dibawa daripada rumahnya oleh pasukan penyiasat Israel ke balai polis untuk disoal siasat.
Menurut Rosenfeld, insiden itu bermula selepas polis Israel menahan seorang lelaki Arab yang mahu memasuki kawasan kompleks berkenaan, namun dia enggan menunjukkan kad pengenalannya ketika diminta berbuat demikian.
Beliau mendakwa, berlaku pergelutan selepas itu dengan orang Islam mula membaling kerusi ke arah pengunjung Yahudi di situ.
Sementara itu, Pejabat Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dalam satu kenyataan mengutuk tindakan Israel yang menahan Sheikh Mohammed.
Abbas pada masa sama menuntut Israel segera membebaskan Mufti Besar Baitulmaqdis itu dan menyifatkan penangkapan Sheikh Mohammed merupakan satu cabaran terhadap kebebasan beragama.
Penahanan Sheikh Mohammed dilakukan ketika penduduk Israel sedang merayakan Hari Baitulmaqdis yang menandakan ‘penyatuan semula’ bandar itu selepas Israel menawan bahagian timur Arab tersebut dari Jordan semasa Perang Enam Hari pada 1967. - REUTERS/AFP

Tuesday, May 7, 2013

Data SPR Tentang Keputusan PRU13

KUALA LUMPUR: Data yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam menunjukkan Pakatan Rakyat mendapat sokongan hampir 50 peratus daripada pengundi berdaftar, 3.4 peratus lebih tinggi daripada Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) kali ini.


Daripada 11,257,147 pengundi berdaftar, sejumlah 5,623,984 (49.96%) pengundi memilih PR di peringkat persekutuan berbanding 5,237,699 undi (46.53%) yang diperolehi BN.


Di peringkat DUN yang mempunyai keseluruhan 505 kerusi yang dipertandingkan, PR menerima undi yang lebih tinggi berbanding BN, iaitu 4,879,699 undi  berbanding 4,513,997 undi kepada BN.


Dalam dalam sistem demokrasi Malaysia, jumlah undi popular tidak mempunyai makna, kerana parti mana yang berjaya mendapat kerusi parlimen terbanyak akan membentuk kerajaan.


Walaupun PR mempunyai kelebihan 386,285 undi di peringkat parlimen, BN tetap berjaya membentuk kerajaan dengan memenangi 133 kerusi berbanding 89 yang diperolehi PR.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata ‘Tsunami Cina’ telah menyebabkan keputusan BN semakin merosot.


Namun begitu, telahannya disangkal bekas ketua editor News Straits Times A. Kadir Jasin (gambar).

“Apakah keputusan PRU kali ini berupa “Chinese tsunami” seperti yang Mohd Najib ungkapkan atau ia adalah sesuatu yang lebih besar dan menyeluruh iaitu ramai pengundi tidak lagi menerima BN dan Kerajaan BN seperti yang wujud sekarang?


"Adakah tidak mungkin bahawa ini bukan tsunami Cina atau cauvinisme kaum, tetapi tsunami Malaysia yang berpaksikan aspirasi dan realiti baru, khasnya di kalangan pengundi muda?” tulis beliau di blognya.


Kadir juga berkata walaupun BN berjaya merampas semula Kedah, tetapi hakikatnya, kekuatan BN dalam semua DUN merosot.


“Ia hampir-hampir kehilangan Terengganu dan menyerahkan banyak kerusi kepada PR di semua negeri,” kata beliau.


Penasihat DAP Lim Kit Siang turut menyangkal dakwaan Najib. Beliau berkata kerusi Kuala Terengganu, Alor Setar, Lumut, Sepang dan Penampang tidak mungkin dimenangi PR jika Melayu tidak berubah bersama PR.


Penganalisa politik pula berkata PRU13 ini memperlihatkan pengundi Melayu luar bandar berpihak pada BN, akan tetapi rakyat pelbagai kaum di bandar memihak kepada PR.


“BN menang di kawasan parlimen yang kecil pengundinya dan mempunyai peratusan Melayu yang lebih besar, terutamanya di kawasan pedalaman,” kata beliau.


Bagi keputusan 222 kerusi Dewan Rakyat, BN memenangi 133 kerusi, PKR (30), PAS (21) dan DAP (38), manakala bagi kerusi DUN, BN memperoleh 275 kerusi, DAP (95), PAS (86) dan PKR (49).

sumber

Sunday, May 5, 2013

Pengundi Tak Tahu Lagu Negaraku




Di tangkap Mengundi di SM Agama Sultan Ismail Dungun, Terengganu. Mengundi Untuk dun Sura dan Perlimen Dungun. Yang hebatnya 2 kali menggundi, kiri dan kanan calit dengan dakwat kekal SPR.



Negaraku sekali....xingat
No ic sekali.......xingat
Dh natang ape ingatnye...??
.......saluran 2,
mari ngan van td..
tu je bang ingat.....huhuhu
 

Hishamuddin Hussein dan Keluarga Kini di Hospital

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, isteri, Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah, anak dan menantunya yang terselamat dalam nahas helikopter kini berada di Hospital Angkatan Tentera Sungai Besi akibat trauma.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan identiti mangsa ketika nahas helikpter yang terbalik ketika hendak mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada kira-kira jam 3.50 petang itu.
Ketika kejadian, rombongan menteri berkenaan dalam perjalanan pulang dari Johor apabila cuaca dan angin kencang menyebabkan pesawat terbabit tergelincir.

sumber

12 Myanmar dan Bangladesh Ditahan di Lembah Pantai


KUALA LUMPUR: Enam warga Myanmar dan sebuah van yang dipenuhi enam warga Bangladesh di'ajak minum teh' oleh orang ramai setelah cuba memasuki tempat mengundi.

Mereka dibawa keluar dari kawasan itu untuk diajak minum teh dan tidak dibenarkan oleh orang ramai pergi ke pusat pengundi.

12 mereka itu didapati cuba memasuki pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Sri Pantai, Pantai Dalam dalam Parlimen Lembah Pantai.

Di Sekolah Kebangsaan Sri Suria, Bangsar pula Harakahdaily diberitahu, beberapa buah kenderaan bercermin gelap memasuki kawasan pengundian itu melalui pintu belakang.

Tidak diketahui apa tujuan tetapi kejadian yang berlaku ketika pengundian sedang berjalan menimbulkan kekecohan di sekolah itu.

Naib Presiden  PKR, Nurul Izzah Anwar mempertahankan kerusi itu dengan dicabar oleh Datuk Seri Raja Nong Chik dari BN. Turut serta mencuba nasib adalah calon Bebas, Rusli Baba.
 
sumber

Dakwat - Haron Din Buat Laporan kepada Polis dan SPR





KANGAR: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menuntut supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan memberikan penjelasan bagaimana dakwat yang dikatakan kekal sebenarnya tidak kekal.

Beliau yang merupakan calon PAS di Arau, Perlis membuat laporan rasmi kepada Pengarah SPR Perlis, Ahmad Ibrahim Mohd Taib di Pejabat SPR Perlis jam 2.30 petang ini.

Sebelum itu beliau membuat laporan polis di Balai Polis Kangar kira-kira jam 12. 15 tengahari tadi.

"Pegawai SPR itu gagal menjawab segala persoalan yang saya kemukakan walaupun dia berjanji untuk mendapatkan penjelasan dari pegawai atasannya.

"Sehingga sekarang saya tidak mendapat jawapan itu," kata Dr Haron kepada Harakahdaily.
Datuk Dr Haron Din yang mengundi pada jam 8.25 pagi tadi di saluran 1 SJK (C) Simpang Empat mendapati dakwat kekal yang dicalit pada jarinya tidak kekal.

Sekitar jam 9.00 pagi beliau pulang ke rumah dan membersihkan jarinya dengan sabun biasa (bukan sebarang “solvent chemical) dan mendapati jarinya bersi-sebersihnya.


"Kalau begini saya ingin satu, siapa yang menipu siapa," kata Dr Haron ketika menghubungi Harakahdaily.

"Ada dua kemungkinan yang boleh berlaku," kata Dr Haron.

Pertama, pembekal menipu SPR dengan membekalkan dakwat yang tidak kekal.

Kedua, BN melalui SPR menipu rakyat dengan menyediakan dakwat yang tidak kekal untuk membolehkan penipuan berlaku dalam pilihan raya ini.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta semua pihak bersedia untuk menghadapi akibat dari penipuan ini.

Israel Bom Sistem Senjata di SYRIA

WASHINGTON: Israel melancarkan satu serangan udara di Syria menyasarkan penghantaran senjata kepada kumpulan militan Hizbullah dari Lubnan.

Serangan itu dilakukan pada waktu malam Khamis dan Jumaat, kata agensi perisikan Amerika Syarikat dan Barat yang membuat rumusan itu berdasarkan maklumat bahawa pesawat Yahudi banyak membuat penerbangan ketika itu, lapor Cable News Network (CNN).
Pada masa sama, Amerika percaya bahawa jet tempur Israel tidak memasuki ruang udara Syria untuk melakukan serangan itu.


Seorang pegawai kanan Amerika memberitahu NBC News, serangan udara itu ada kaitan dengan usaha menghantar peralatan melancarkan senjata kimia.

Tidak percaya Israel serang

CNN menyebut, pegawai berkata, mereka tidak percaya Israel menyerang kemudahan simpanan senjata kimia.

Pegawai Rumah Putih dan Pentagon enggan mengulas laporan itu.
Tetapi, Senator Carolina Selatan, Lindsey Graham dari Parti Republikan dipetik mengesahkan Israel melakukan pengeboman di Syria.

“Israel mengebom Syria malam ini,” kata Graham yang dipetik halaman berita Politico, tanpa memberikan sebarang maklumat lanjut.

Graham yang berkhidmat dalam jawatankuasa perkhidmatan senjata api Senat bercakap pada majlis makan malam tahunan ‘Silver Elephant’, Parti Republikan. - AGENSI

sumber

Saturday, May 4, 2013

BANGLADESH - 500 Korban Bangunan Runtuh

DHAKA: Lebih 500 mayat ditemui dari sebuah bangunan kilang pakaian yang runtuh di sini minggu lalu, kata pihak berkuasa semalam selepas menahan seorang jurutera yang memberi amaran bangunan itu tidak selamat namun turut dituduh membantu pemilik menambah tiga lagi tingkat secara haram kepada struktur bangunan itu.

Abdur Razzak Khan bekerja sebagai perunding di Rana Plaza apabila pemiliknya membuat tambahan struktur secara haram kepada bangunan lima tingkat miliknya, kata pegawai polis Ohiduzzaman. Khan ditahan kelmarin atas tuduhan cuai.
Pemilik Rana Plaza, Mohammed Sohel Rana memanggil Khan memeriksa bangunan itu selepas ia merekah pada 23 April lalu, lapor media tempatan.


Malam itu, Khan muncul dalam sebuah stesen televisyen swasta mengatakan selepas pemeriksaan, dia memberitahu Rana untuk mengosongkan bangunan kerana ia tidak selamat diduduki.

Khan, seorang bekas jurutera di Universiti Jahangirnagar berhampiran Savar, berkata dia menarik perhatian jurutera kerajaan supaya bangunan itu diperiksa lebih lanjut.

Polis mengarahkan bangunan itu dikosongkan, namun saksi mengatakan Rana memberitahu pekerja yang berkumpul di luar pagi berikutnya bahawa bangunan itu selamat dan pengurus kilang pakaian memberitahu pekerja untuk masuk ke dalam. Bangunan itu bagaimanapun runtuh beberapa jam kemudian.

Datuk Bandar perbandaran Savar yang dipilih, Mohammad Refatullah juga digantung tugas kerana dakwaan cuai dalam meluluskan reka bentuk dan pelan bangunan runtuh itu, kata Abu Alam, seorang pegawai atasan dalam kementerian kerajaan tempatan.
Alam berkata satu siasatan rasmi mendapati datuk bandar itu tidak mengendahkan peraturan dalam meluluskan reka bentuk dan pelan.

Datuk bandar itu adalah daripada parti pembangkang utama Bangladesh, Parti Nasionalis (BNP) dan pembangkang BNP mengkritik penggantungan itu sebagai bermotif politik. -AP

http://www.bharian.com.my/articles/KorbanbangunanruntuhBangladeshkini500orang/Article/

Imigresen Terima Maklumat Warga Asing Ejen PRU13

Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen mengesahkan ada menerima maklumat pihak tertentu mempergunakan warga asing di negara ini sebagai ejen dan jentera kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Serentak itu, Ketua Pengarahnya, Datuk Alias Ahmad, memberi amaran akan mengambil tindakan tegas mengikut Akta Imigresen 1993 termasuk menyenarai hitam warga asing terbabit yang boleh mengganggu ketenteraman awam.
“Imigresen mengingatkan semua pelancong, pekerja, pelabur, pembantu rumah, pelajar, pemegang pas penduduk tetap dan sesiapa saja supaya tidak membabitkan diri dengan sebarang aktiviti PRU-13,” katanya.

Penganjur atau majikan yang mengatur aktiviti berkaitan PRU-13 akan dikenakan tindakan undang-undang” Alias Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen

Perketat kawalan keselamatan

Alias berkata, kawalan keselamatan di laluan darat diperketat untuk memastikan PRU-13 berjalan secara aman serta mencegah unsur luar yang cuba mengambil kesempatan dan mengganggu proses pengundian.

“Pemeriksaan teliti bagi memastikan dokumen tulen dan tujuan kemasukan adalah seperti tercatat dalam visa. Kita juga memperketatkan pemeriksaan kegunaan pas sempadan yang mana pemegang mesti mengikut peraturan ditetapkan.

“Pemegang pas sempadan tidak boleh memasuki lebih dari 25 kilometer dari sempadan. Tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka yang melanggar peraturan ini,” katanya.
Di Tumpat: Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata pihaknya meningkatkan kawalan di semua pintu sempadan, termasuk meminta bantuan tentera Thailand sejak tiga hari lalu bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kemasukan pengundi luar supaya memaklumkan kepada polis sebelum sebarang tindakan diambil.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ImigresenterimamaklumatwargaasingejenPRU-13/Article

Perak Dijangka Ditawan PR dengan Mudah

PERAK Tidak sampai 24 jam lagi sebelum hari pengundian esok, Pakatan Rakyat dijangka kembali menguasai Perak dengan majoriti muda di samping menambah beberapa kerusi Parlimen.

Perak mempunyai 24 kerusi Parlimen dan 59 Dewan Undangan Negeri (DUN). Pada 2008, Pakatan memenangi 11 kerusi Parlimen dan 31kerusi DUN di negeri itu.

Bagi kerusi DUN, pemerhati berpendapat, bersandarkan faktor pengundi muda, Pakatan dijangka menambah bilangan kerusi dengan memenangi kawasan yang kalah dengan majoriti tipis dalam pilihan raya umum lalu, iaitu Pengkalan Baru, Rungkup, Sungai Rapat, Manjoi dan Selama.

Sementara itu, bagi kerusi yang menang dengan majoriti tipis seperti di Changkat Jering ( 899 undi), Pakatan dilihat akan terus kekal bagi kerusi DUN itu kerana kekuatan calonnya.
Di Changkat Jering, bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (lihat gambar, kanan sekali) sebagai mampu memberi kredit kepada Pakatan memandangkan beliau sebelum ini merupakan ahli parlimen Bukit Gantang.

Selain itu, bagi kerusi yang sebelum ini mengalami masalah calon lompat iaitu Malim Nawar dan Jelapang, Pakatan juga dijangkakan mengekalkan kemenangan di kawasan itu tetapi tidak di Behrang memandangkan berlakunya pertandingan empat penjuru di kawasan itu.

Bagi kerusi Parlimen pula, di Kuala Kangsar, PAS dilihat yakin di kerusi itu memandangkan berlakunya pertandingan tiga penjuru antara Datuk Kamilia Ibrahim (Bebas), Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (BN) dan Khalil Idham Lim Abdullah (PAS). 
Di Kuala Kangsar dijangka akan berlakunya perpecahan undi BN memandangkan Kamilia (kiri) yang sebelum ini merupakan naib ketua wanita Umno dan ketua wanita Umno bahagian sebelum bertanding sebagai calon Bebas.

Begitu juga di Parlimen Lumut yang sebelum ini dimenangi oleh BN dengan majoriti 298 undi, kawasan yang majoriti penduduknya merupakan askar Tentera Laut Diraja (TLDM) dijangka akan bertukar tangan berdasarkan faktor calon yang bertanding di kawasan itu, iaitu Laksamana Pertama (B) Abdul Imran Abd Hamid - bekas ketua staf logistik Markas Armada TLDM.

Untuk kerusi Parlimen Bagan Datok, Padang Rengas, Grik dan Tambun, pemerhati berpendapat ia akan kekal kepada BN memandangkan kawasan itu merupakan kubu kuat Umno.

Bagaimanapun, terdapat juga kerusi Parlimen yang "50-50" kerana sukar untuk dijangkakan siapa akan menang seperti di Parlimen Larut dan Sungai Siput berdasarkan persaingan sengit antara BN dan Pakatan.
 

Di Sungai Siput, walaupun PKR menang dengan majoriti sebanyak 1,821 undi pada 2008, ia masih dilihat goyah memandangkan calon BN pada pilihan raya kali ini, SK Devamany mendapat sokongan penuh daripada bekas calon di kawasan itu Datuk Seri S Samy Vellu (kiri Devamany, kanan Samy Vellu) .

Penyandang kerusi itu sebelum ini, Dr Micheal Jayakumar Devaraj dari PKR dilihat bekerja keras di Sungai Siput bagi mengekalkan kemenangannya di kawasan itu.

Di Larut pula, walaupun PAS meletakkan bekas pengarah siasat jenayah Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari, ia masih tidak menjamin kemenangan Pakatan di kawasan 89 peratus pengundi Melayu itu.

Fauzi yang akan berdepan dengan penyandang kawasan itu Datuk Hamzah Zainuddin yang sebelum ini menang dengan majoriti 1,911 undi dilihat bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangannya di kawasan itu apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut serta turun padang di kawasan itu pada minggu pertama berkempen.MK/-


sumber 

100 Bas Sewa Khas ke Kelantan Tidak Muncul

KOTA BHARU: Campur tangan pihak tertentu menyebabkan 100 bas sewa khas yang ditempah anak-anak Kelantan di Lembah Klang tidak muncul malam tadi.

Bas-bas tersebut disewa khas mereka untuk balik mengundi, sepatutnya bertolak malam tadi, namun bas yang ditempah tidak tiba.

Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Wan Nik Wan Yusoff berkata, disyaki kemungkinan pemilik bas terbabit ditekan pihak tertentu menggunakan kuasa politik bagi menghalang bas tersebut mengangkut anak-anak perantau.

Sedangkan katanya, ketika tempahan dibuat pemilik bas terbabit sudah menyatakan persetujuan untuk mengangkut anak-anak Kelantan balik mengundi.

“Namun pada saat-saat akhir bas yang ditempah mereka tidak muncul. Ini menyebabkan mereka mengesyaki ada campur tangan pihak yang memiliki kuasa bagi menghalang perantau pulang mengundi.

“Ekoran itu mereka berpakat mencari kenderaan lain termasuk menyewa van dan kereta secara berkumpulan. Ada yang sudah sampai dan sebahagian lagi masih dalam perjalanan,” katanya.

Wan Nik berkata, kemungkinan besar ada pihak yang berada di belakang tabir menekan pemilik bas supaya membatalkan tempahan dipersetujui sebelum ini.

Menurutnya, anak-anak Kelantan melahirkan rasa kesal sehingga menyebabkan semangat untuk menolak Umno pada pilihan raya esok semakin membuak-buak.

Kata beliau juga sebahagian anak-anak perantau yang tiba di Kelantan semalam menyebabkan program-program ceramah yang diadakan malam tadi semakin melimpah.

sumber

DAP Pertahan Islam Agama Rasmi dan Hak Istimewa Melayu


KUALA LUMPUR: DAP tetap menjunjung Perlembagaan Persekutuan yang mendaulatkan Raja-Raja Melayu, memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera, mempertahankan Islam sebagai agama rasmi dan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Demikian kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar) dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Menurutnya, oleh kerana fitnah yang ditabur oleh para pemimpin Umno dan Barisan Nasional yang disebarkan pula oleh media arus perdana, sama ada akhbar harian, TV dan radio semakin menjadi-jadi terhadap DAP dan Pakatan Rakyat, beliau tampil untuk menjelaskan hakikat yang sebenar serta mendedahkan pembohongan Umno-BN yang amat berbahaya itu.

Katanya, DAP adalah parti politik yang sah yang menerima dan menghormati keluhuran Perlembagaan Persekutuan 1957 yang menjadi kontrak sosial untuk kita rakyat Malaysia.
Inilah pendirian DAP sejak parti ini ditubuhkan pada tahun 1966, dan sejak dahulu hingga sekarang tetap berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan.

Malah, untuk menjelaskan sekali lagi pendirian DAP, pada tahun lalu, iaitu pada 8 Januari 2012, Persidangan Kebangsaan DAP telah meluluskan DEKLARASI SHAH ALAM 2012 yang dengan terang dan jelas menghasratkan impian bangsa Malaysia yang beteraskan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam usaha untuk mengecapi impian ini, DAP antara lain telah mengulangi komitmen untuk:

1. Mempertahankan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. DAP komited untuk menjunjung Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai undang-undang yang paling agung negara dan meluhurkannya dalam semangat Merdeka 1957 dan Perjanjian Malaysia 1963.

2. Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra serta hak-hak kaum-kaum lain, seperti yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

3. Memastikan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta kebebasan untuk mengamalkan agama-agama lain dengan aman dan damai, seperti yang termaktub dalam Artikel  3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan.

4. Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan seperti yang termaktub dalam Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan, serta menggalakkan penggunaan dan pengajian bahasa-bahasa ibunda lain untuk membentukkan masyarakat yang cemerlang dan berbilang bahasa.

Justeru, tegasnya, deklarasi dan pendirian serta prinsip DAP selama ini tetap kekal untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Ia juga dengan jelas mendedahkan fitnah, pembohongan dan penipuan para pemimpin UMNO-BN serta para pecacai mereka, termasuk cybertroopers UMNO-BN, yang sering mmenyemarakkan api perkauman dengan menuduh kononnya DAP adalah anti-Melayu dan anti-Islam, tegas beliau,

"Semoga semua pengundi Malaysia, khususnya orang Melayu dan Islam, menolak fitnah dan menerima kebenaran. Mari kita ubah. Ambil yang jernih, buang yang keruh. Masanya sudah tiba untuk menerima yang benar dan menolak yang batil," katanya.

sumber

Wednesday, May 1, 2013

MESIR Tarik Diri dari Rundingan Nuklear

Geneva: Mesir kelmarin bertindak menarik diri daripada rundingan nuklear global sebagai bantahan, berkata negara lain tidak bertindak cepat untuk menjadikan Asia Barat sebagai zon bebas senjata nuklear.

Kenyataan Kementerian Luar Mesir berkata, negara itu menamatkan pembabitannya dalam rundingan dua minggu di Geneva kerana kecewa berikutan zon itu belum ditubuhkan. Rundingan berlangsung sepanjang minggu. - AP

sumber

Identiti 35,425 Pengundi di Perak Gagal Dikesan


IPOH: PAS Perak telah mengenalpasti  sebanyak 35,425 pengundi di negeri itu yang gagal dikesan identitinya.


Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Perak, Salman Saleh (gambar) berkata, jentera disemua peringkat di seluruh negeri Perak telah berusaha untuk mencari serta mengenalpasti identiti tersebut.

Salman berkata, PAS gagal mengesan ke semua individu tersebut walaupun sudah mencuba dengan beberapa kaedah.

Beliau menjelaskan, pengundi yang tidak dikenalpasti itu terdapat di semua Dun dan parlimen yang ditandingi oleh PAS.

“Kami agak bimbang dengan angka yang besar ini dan kemungkinan ianya menjadi penentu kemenangan di beberapa Dun.

“PAS meragui kewujudan kesemua individu itu dan kemungkinan ianya adalah pengundi hantu,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, hari ini.

Turut hadir ialah Ahli Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin dan Safarizal Saleh.

Jelas beliau, 1,600 daripada 35,425 pengundi yang dikesan itu berada di Dun Sungai Rapat.

Angka itu katanya begitu besar dan sangat meragukan lebih-lebih lagi Dun tersebut berada di kawasan bandar dan sepatutnya pengundi tersebut lebih mudah dikesan.

“Kami masih ada masa mengenalpasti individu dalam baki beberapa hari sebelum pilihanraya ini dan kami akan berusaha sedaya upaya,” jelasnya.

Tegas beliau, PAS akan mengarahkan semua jentera paca dapat mengenalpasti individu yang gagal dikesan ini pada hari pengundian nanti dan memastikan mereka tersebut bukan pengundi hantu.

sumber

Memfitnah Nik Aziz, Ibrahim Ali Diberi Tempoh 24 Jam


KOTA BHARU: Pengerusi Lajnah Guaman dan Hak Asasi PAS Kelantan, Hisham Fauzi berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap calon Bebas di parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali (gambar) kerana mengeluar dakwaan fitnah terhadap Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata, tempoh 24 jam yang diberi semalam bagi membolehkan Presiden Perkasa itu memohon maaf dan menarik balik fitnah sudah berakhir.

“Tanah tersebut adalah milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz hanya sebagai pemegang amanah sahaja kepada tanah yang dimilik agensi berkenaan,” katanya.

Sebelum ini Ibrahim mendakwa Tuan Guru Nik Aziz dan isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak memiliki 27 lot tanah di sekitar Kota Baru yang bernilai lebih RM10 juta.

sumber

Perutusan IKRAM kepada Pengundi PRU13





PERUTUSAN IKRAM KEPADA PARA PENGUNDI PRU-13
30 April 2013 bersamaan 19 Jamadil Akhir 1434 H
Para pengundi yang budiman!

Setelah sekian lama menanti, akhirnya tarikh 5 Mei 2013 diisytiharkan sebagai tarikh pembuangan undi bagi Pilihanraya Umum Malaysia ke-13 (PRU-13).
Seramai lebih 13 juta pengundi berdaftar yang layak mengundi akan berpeluang memilih wakil mereka ke Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat, sekaligus menentukan penubuhan kerajaan  Negeri dan Persekutuan.

IKRAM mengajak semua umat Islam dan rakyat Malaysia yang prihatin untuk menjalankan tanggungjawab terhadap negara dengan serius dan bersungguh-sungguh.  Rakyat perlu bijak memilih peribadi pemimpin yang sihat serta kuat fizikalnya dan beramanah bagi menerajui pemerintahan negara. Pemimpin ini mestilah berupaya mengurus perjalanan negara dan kehidupan rakyat dengan satu bentuk pengurusan yang paling baik, bersih, adil dan bijaksana.

Kepentingan penglibatan politik

IKRAM berpandangan penglibatan politik adalah sebahagian daripada tuntutan Islam sebagai ad-din yang syumul.  Kuasa pemerintahan diperlukan bagi menjayakan agenda penegakan syariah dan pelaksanaan amar makruf nahi mungkar. Justeru, penglibatan  umat Islam di dalam PRU kali ini adalah amat penting dan dianggap kritikal untuk memilih wakil pemimpin yang mampu membantu merealisasikan cita-cita dakwah tersebut.

Matlamat penglibatan kita dalam dalam PRU 13

Matlamat  utama penglibatan PRU-13 ialah untuk memastikan:
1. Parti terbaik menguasai majoriti kerusi parlimen serta menubuhkan kerajaan baru yang bertanggungjawab dan berwibawa. Pemegang tampuk pemerintahan adalah satu kedudukan yang paling tinggi dalam Islam, ولاية عامة (wilayah ammah). Lantaran itu, ia sepatutnya diserahkan kepada peribadi-peribadi yang layak dan mempunyaiالقوى الأمين (kebolehan dan integriti).
2. Penegakan sistem dua (2) parti yang kuat, sistem ‘check dan balance’ yang berkesan.

Penglibatan ummah dan rakyat dalam PRU 13 mestilah dilihat sebagai  sebahagian daripada inisiatif untuk memperbaiki urustadbir negara dan taraf kehidupan rakyat. Ia juga meletakkan perjalanan negara di atas landasan yang betul menerusi pelantikan pemimpin yang berkebolehan serta mampu melaksanakan tanggungjawab dengan cekap.

Usaha ini adalah sebahagian daripada usaha yang wajib dilakukan oleh ummat Islam khususnya bagi menegakkan maslahah manusia di dunia dan akhirat sejajar dengan matlamat-matlamat syariah yang menuntut diwujudkan situasi yang akan melindungi perkara-perkara berikut:

1. Nilai kehidupan manusia (human values):
a. Pemeliharaan agama
b. Pemeliharaan kemanusiaan manusia:
i. Fitrahnya
ii. Kemuliaan dirinya
iii. Halatuju hidupnya (peranannya dalam kehidupan dunia)
iv. Kebebasannya

2. Diri manusia (human person):
a. Tubuh dan nyawanya
b. Rohani dan jiwanya
c. Aqal dan pemikirannya

3. Masyarakat manusia (human society):
a. Pemeliharaan keturunan dan maruahnya
b. Pemeliharaan institusi masyarakat dan hubungan kemasyarakatannya

4. Persekitaran (Environment):
a. Pemeliharaan harta benda
b. Pemeliharaan persekitaran kehidupan manusia

Semua perkara penting di atas merupakan matlamat-matlamat syariah yang mesti dipelihara dan dilindungi.

Pertimbangan dan Perbandingan

Di dalam senario PRU 13, nyata terdapat persaingan ketara di antara kedua-dua blok parti, iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).
Untuk memilih blok yang paling hampir dengan hasrat rakyat, ciri-ciri berikut mestilah dipertimbangkan oleh rakyat:

1. Kedua-dua blok merupakan satu perikatan (tahaluf / alliance) yang mewakili masyarakat majmuk Malaysia. Rakyat hendaklah memilih blok manakah yang lebih memenuhi hasrat semua kelompok masyarakat majmuk Malaysia.

2. Kedua-dua blok ditubuhkan di atas asas perkongsian. Adalah wajar diketahui bentuk perkongsian di kalangan mereka: adakah wujud dominasi satu komponen ke atas komponen yang lain atau kesemua komponen sama rata berasaskan gagasan warga negara Malaysia? Perlu difikirkan apakah pulangan kepada semua komponen telah ditetapkan atau ia masih terletak pada perundingan dan tawar menawar.

3. Persepsi dan sikap kedua-dua blok terhadap isu-isu berkaitan bangsa Melayu, pengamalan agama Islam dan institusi Raja berpelembagaan adalah perkara yang penting dalam usaha mereka memerintah negara.  Rakyat sentiasa mahu mengetahui adakah kedudukan orang Melayu, agama Islam dan insitusi raja-raja akan tetap terpelihara dan terjamin di bawah pemerintahan mana-mana blok yang diberi mandat ini. Di samping itu kedudukan orang bukan Melayu dan bukan bumiputra serta agama-agama selain Islam mestilah mendapat perhatian yang wajar.

4. Sikap dan amalan kedua-dua blok dalam konteks urustadbir negara dan pembelaan kehidupan rakyat adalah satu perkara yang penting. Rakyat hendaklah memilih blok yang lebih telus, bersih, jujur dan bertanggungjawab kepada rakyat dan dilihat menyebelahi rakyat.

5. Realiti penglibatan kaum dalam keahlian komponen kedua-dua blok ini mestilah dilihat sebagai satu realiti yang meyakinkan rakyat. Rakyat mestilah memilih blok manakah yang lebih mewakili kepelbagaian kaum dalam keahlian setiap komponen.

Rumusan

IKRAM merumuskan bahawa memilih wakil dari blok Pakatan Rakyat dalam PRU-13 kali ini adalah satu kewajaran yang lebih berasas dan menguntungkan negara dan rakyat jelata.
Rumusan ini berdasarkan kaedah dan prinsip ‘kemudharatan yang lebih ringan’.

أحسن الخيارين , أخف الضررين وأهون الشرين
(Pilihan terbaik di antara dua pilihan, pilihan yang lebih ringan kemudaratannya dan kurang kejahatannya)

IKRAM menganggap pemilihan tersebut sebagai satu kecenderungan atau pilihan yang pragmatis yang dijangka akan lebih menyebelahi rakyat, lebih adil kepada semua, lebih bermanfaat kepada negara, lebih jujur kepada Islam dan bangsa Melayu serta lebih memantapkan institusi Raja berperlembagaan.

Pilihan ini akan membuka lebih banyak ruang dialog, perbincangan, perundingan dan permuafakatan bagi melaksanakan agenda perubahan dan pembersihan pentadbiran dan pengurusan perjalanan negara, supaya tiada berlaku lagi salah laku dan penyelewengan pegawai-pegawai pemerintah, sekaligus menghapuskan kemungkinan rasuah.

Para pengundi yang budiman!

IKRAM menyeru agar ummah tidaklah perlu takut, jika pendirian politik ummah kali ini membawa kepada perubahan kerajaan di peringkat pusat.  Kejatuhan kerajaan BN tidak akan melucutkan kuasa pemerintahan daripada genggaman Ummat Islam. Ummat Islam tetap memiliki jumlah kerusi parlimen yang cukup selesa. Penguasaan ummah akan terus terpelihara dengan kewujudan berbagai-bagai institusi dan badan yang sedia ada bagi menjamin kelangsungan kekuasaan ummah. Institusi Raja berperlembagaan, institusi angkatan bersenjata, tentera dan polis, jabatan pentadbiran awam, badan-badan berkanun seperti Majlis-majlis dan Jabatan-jabatan Agama Negeri-negeri, dan kesemua NGO akan terus berperanan mempertahankan survival dan kelangsungan kekuasaan ummah di bumi Malaysia.

Para pengundi yang budiman!

Ingatlah, golongan yang takut kepada perubahan atau yang tidak ingin kepada perubahan hanyalah sebahagian daripada rakyat yang masih belum jelas dan golongan yang memperjuangkan kepentingan peribadi, kroni atau kelompok masing-masing.

Sebenarnya negara ini dilimpahkan oleh Allah SWT dengan  kekayaan potensi dan sumber manusia serta alam. Ia terletak di laluan strategik dunia antarabangsa.  Ia merupakan daerah pertemuan pelbagai peradaban, bangsa dan agama di dunia. Negara ini mempunyai potensi untuk diangkat ke tahap negara maju.  Ia boleh terus menggalakkan rakyatnya untuk berdaya maju dan bersaing.  Negara ini mampu membangunkan sebuah tamadun dan peradaban kemanusiaan yang menjunjung nilai-nilai kehidupan yang mulia.

Lantaran itu, rakyat diseru untuk berani mengorak langkah baru, membangun inisiatif politik yang berupaya mewujudkan perubahan yang kita inginkan untuk negara dan ummah di bumi Malaysia ini.

Para pengundi yang budiman!

Alangkah indahnya perjalanan sebuah negara dan kehidupan rakyatnya sewaktu ia dipayungi sebuah sistem politik yang adil, budaya politik yang sihat dan bersih.  Rakyat boleh mengangkat pemimpin yang terbaik dari kalangan mereka. Setiap pemimpin boleh datang dan pergi menerusi proses pilihan rakyat yang telus, bersih, dan aman, tanpa perlu menggunakan kekerasan atau paksaan, tanpa menabur fitnah siang dan malam, sama ada oleh rakyat atau pemerintah.

Alangkah baiknya jikalau sistem politik yang diguna pakai akan membolehkan rakyat mengangkat peribadi-peribadi terbaik untuk menerajui kepimpinan negara, dan melaksanakan undang-undang dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan dalam pemilihan para pemimpin.

Budaya dan pendekatan politik baru yang bersih dan sihat untuk masyarakat dan negara perlu diusahakan segera. Negara mempunyai keupayaan untuk merubah keadaan yang sedia ada kepada keadaan yang lebih baik dengan berpaksikan ketinggian akhlak, kebenaran, ketelusan, sikap prihatin kepada kepentingan umum, dan memperjuangkan matlamat-matlamat syariah serta maslahat Islam.

Negara juga berkeupayaan mengangkat peribadi-peribadi yang sesuai untuk kedudukan yang sesuai dalam usaha mereka memimpin rakyat dan negara. Kita mesti memilih wakil rakyat dari kalangan rakyat yang cerdas, berjiwa besar dan berakhlak mulia.  Mereka ini merupakan satu golongan rakyat yang berupaya membuat keputusan dan polisi terbaik buat pengurusan negara.  Dengan itu rakyat berpeluang menyahut cabaran-cabaran besar serta merebut pelbagai peluang yang terhampar pada tahun-tahun mendatang.

Untuk memilih pemimpin terbaik, rakyat memerlukan maklumat yang tepat.  Dalam kebanjiran maklumat dan berita yang diperolehi dari pelbagai sumber, rakyat harus bijak menyaring isi kandungan berita yang boleh dipercayai.  IKRAM menasihatkan rakyat agar berusaha mendapatkan maklumat dan informasi daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai, bertanggungjawab dan berintegriti. Maklumat dan berita yang mengandungi unsur dakwaan fitnah, pembohongan dan pemujaan pemimpin yang diragui integritinya sewajarnya diketepikan.

Marilah kita sama-sama berdoa agar perjalanan PRU-13 berlangsung dengan aman dan sejahtera, terhindar dari segala keburukan.
Sekian, selamat mengundi. Negara sejahtera, rakyat bahagia. Wassalam.

Ustaz Dr. Mohd Parid bin Sheikh Hj. Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
 

PM SYRIA Hampir Terbunuh



Damsyik: Perdana Menteri Syria, Wael al-Halqi dipercayai menjadi sasaran bunuh selepas sebutir bom meletup dekat konvoinya dalam serangan terbaru menyasarkan pegawai kanan kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Bagaimanapun, enam orang terbunuh dalam serangan itu, lapor pertubuhan Pemerhati Syria bagi Hak Asasi Manusia.

Seorang pegawai kerajaan Syria berkata, satu bahan letupan diletak di bawah kenderaan yang sudah diletak di kawasan berkenaan dan diletupkan sebaik konvoi Halqi lalu.

Disember lalu, serangan bom mencederakan Menteri Dalam Negeri Syria, Mohammed al-Shaar.

Halqi tak pegang kuasa

Halqi tidak memegang kuasa besar tetapi serangan itu menunjukkan pemberontak semakin berupaya menyerang simbol kuasa Bashar.

Konflik di Syria lebih dua tahun lalu sudah mengorbankan 70,000 nyawa, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Serangan berlaku di kawasan kawalan keselamatan ketat, Mazzeh dan kira-kira 100 meter dari kediaman duta Switzerland.

Seorang pegawai kerajaan Syria berkata, satu bahan letupan diletak di bawah kenderaan yang sudah diletak di kawasan berkenaan dan diletupkan sebaik konvoi Halqi lalu.

Stesen televisyen, Al-Ikhbariya, melaporkan Halqi dalam perjalanan menghadiri mesyuarat mingguan satu jawatankuasa ekonomi selepas serangan itu dan menunjukkan beliau duduk bersama beberapa orang lain.

Televisyen menyiarkan rakaman itu sebagai bukti Halqi tidak cedera.

Rakaman diragui

Tetapi, rakaman itu diragui sama ada dibuat sebelum atau selepas serangan bom itu kerana beliau tidak membincangkan letupan itu ketika ditanya media.

Halqi mengutuk letupan itu dan menyifatkan penentang kerajaan sudah habis idea selepas tentera kerajaan mara ke kubu mereka di seluruh negara.

Awal bulan ini, Ketua Perhubungan Awam di Kementerian Hal Ehwal Sosial, Ali Ballan, ditembak mati ketika sedang makan di sebuah restoran di Mazzeh.
Halqi mengangkat sumpah jawatan tahun lalu menggantikan Riad Hijab yang belot ke Jordan.

Halqi adalah bekas Menteri Kesihatan Syria, antara orang kanan Parti Baath dan berasal dari bandar Daraa, tempat kelahiran pemberontakan Syria. – AP

sumber