Saturday, August 31, 2013

XINJIANG - 22 Muslim Terbunuh

Seramai 22 orang muslim Uigur meninggal akibat operasi militer  keamanan Cina di wilayah Xinjiang/ Turkistan Timur hari Khamis lalu.
Selain mengorbankan 22 orang awam, seorang pegawai keamanan bernama Yan Txiaofa (32 tahun) juga dilaporkan terbunuh akibat huru-hara ketikat operasi.
Menurut kesaksian seorang saksi mata kepada Radio Free Asia, bahawa dirinya melihat pihak keselamatan membawa 22 begg plastik berisi mayat ke lokasi yang tidak diketahui.
Dia menambahkan, “polis mengatakan kepada penduduk bahawa mereka yang tewas adalah teroris, tanpa yang menjelaskan alasan mengapa mereka melakukannya.”
Sudah sejak lama pihak berkuasa Cina menuduh para aktivis Uighur melakukan gerakan teroris, akan tetapi tuduhan tersebut tidak dapat dibuktikan sama sekali oleh pemerintah Cina.
Perlu diketahui, Xinjiang merupakan salah satu provinsi miskin di Cina yang memiliki kekayaan sumber daya alam yang besar. Penduduk Xinjiang kebanyakan beragama Islam, mereka menolak adanya usaha pemindahan besar-besaran bangsa Han Cina ke wilayah mereka.
Muslim Uighur diperkirakan berjumlah sembilan juta orang di provinsi Xinjiang, mereka telah lama mengalami penindasan agama dan budaya. (skynewsarabia/Zhd) sumber

MESIR - Jumaat Berdarah Lagi

Mesir -  tekanan represif pemerintahan kudeta memakan korban, Jumaat, puluhan peserta demonstrasi kembali gugur , dan ratusan cedera, angka sebenar jumlah  pendemo yang gugur dan cedera masih belum dapat dipastikan.
Di kawasan Kota  Nasr , ribuan rakyat berbaris memegang gambar orang orang yang gugur  dalam   kekerasan dengan polis di sepanjang bulan Ogos atas tindakan keras keamanan Mesir kepada golongan Islamik , AFP melaporkan .
Pemerintah boneka yang didukung militer telah menangkap sebahagian besar para pemimpin Ikhwanul sejak Mursi digulingkan oleh militer pada 3 Julai .
Pendemo pada hari Jumaat lalu tampaknya telah memilih lokasi demonstrasi secra terpisah-pisah  agar menghindari Kota Kaherah sebagai pusat demonstrasi  , di mana di kota itu  polis dan unit kereta kebal dikerahkan  , dan meminimalisasi terjadinya  huru-hara seperti  sebelumnya  di mana pasukan keamanan telah membunuh  lebih dari 2000 orang pada 14 Ogos
Tepat setelah solat Jumaat kelmarin , sekitar ribuan pendemo berangkat dari Masjid  Sahib Rumi , Kaherah sambil melantunkan seruan  , “Bangun , jangan takut , tentera mesti pergi ! , ” ” Kementerian Dalam Negeri adalah preman ! ” dan ” Mesir adalah Islam , bukan sekular ! ”
Pada petangnya , ribuan orang berbaris di beberapa pinggiran kota Kaherah menyerukan kembalinya pemerintah Mursi yang terpilih oleh rakyat , menurut laporan Reuters .
Tentera yang dilengkapi  helmet dalam seragam hitam serta bau kalis peluru , dipersenjatai dengan senjata gas air mata dan senapang semi-auto , berbaris di sekitar pendemo  . Mereka menyekat laluan ke  jambatan di atas Sungai Nil .
Dalam sebuah pernyataan , Aliansi Anti Kudeta menyerukan pembebasan tahanan dan menuntut penyelidikan atas kekerasan yang membawa maut sepanjang bulan Ogos .
Pada hari Khamis , kementerian dalam negeri mengatakan, polis telah menangkap Mohamed Beltagi , seorang ahli politik Ikhwan  , bersama dengan Khaled al – Azhari ,  seorang mantan menteri di kabinet Mursi . (Arby/Dz) sumber

Thursday, August 29, 2013

Sasaran AS di SYRIA

Para ahli strategi dan pengamat militer barat memprediksi serangan gabungan ke Syria yang dipimpin oleh tentera Amerika Syarikat, akan lebih berfokus menggunakan peluru berpandu jelajah Tomahawk yang ditempatkan di kapal-kapal perang Amerika Syarikat di laut Mediteranian.
Sedangkan pesawat tempur milik pasukan gabungan, hanya akan melakukan serangan dari luar wilayah udara Syria menggunakan peluru berpandu jelajah jarak jauh.
Rancangannya pasukan sekutu akan mensasarkan markas umum tentera, serta pusat intelijen dan komando yang bertanggung jawab untuk operasi militer di wilayah ibukota.
Selain itu, kesatuan pasukan Garda Republik menjadi sasaran penting dalam operasi militer, kesatuan ini dinilai sebagai pasukan elit berbahaya yang dimiliki oleh rejim Bashar Assad. Kesatuan ini dipimpin oleh Maher Al-Assad, saudara Presiden Syria, mereka bertugas menjaga pertahanan dan keamanan ibukota.
Sedangkan menurut Jeffrey White, pengamat strategi militer dari Pusat Tindakan Timur Dekat, Washington bahawa “sasaran serangan akan mengarah ke markas umum di daerah Damsyik dan markas divisyen kenderaan berperisai keempat, serta markas tentera Garda Republik.”  sumber

MESIR - Ikhwan Bukan Pengganas

Kaherah: Seorang pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin yang sedang diburu pihak berkuasa menafikan pergerakannya melakukan keganasan selepas tentera menyingkirkan Presiden Mohamed Morsi. 

Pandangan itu disuarakan oleh Mohammed el-Beltagy kelmarin, ketika Ikhwan merancang bantahan baru, mencabar pasukan keselamatan yang sudah menahan dan memenjara ramai anggota kanan dan pertengahannya. 
Antaranya termasuk warga Amerika Syarikat, Mohamed Soltan, 25, anak pemimpin Ikhwan yang lantang bersuara, Salah Soltan. 


El-Beltagy dikehendaki atas tuduhan menghasut keganasan dan sudah diburu hampir tiga minggu. 

Buru Yusuf al-Qaradawi 

Sementara itu, pihak berkuasa lapangan terbang juga memberitahu mereka akan menahan pendakwah terkenal Mesir, Yusuf al-Qaradawi, jika masuk ke negara itu dari ibu pejabatnya di Qatar, kerana dia menyatakan tentangan terhadap pemimpin tentera yang menyingkirkan Morsi. 

El-Beltagy berkata, pihak berkuasa cuba mengubah krisis politik kepada krisis keganasan. 
Media Mesir yang hampir semua anti-Ikhwan selepas penutupan stesen televisyen lain menyifatkannya sebagai perang menentang keganasan. 

Jangan tertipu dengan penipuan dan pembohongan ini yang bertujuan melabel kami pengganas, suka mengganas dan membunuh ketika tangan pemerintah sendiri penuh darah, katanya. 

El-Beltagy bersembunyi awal bulan ini selepas pihak berkuasa menggunakan kekerasan bagi merobohkan perkhemahan penyokong Morsi yang digulingkan pada 3 Julai lalu oleh tentera. 

Beratus-ratus orang terbunuh dalam operasi itu termasuk anak perempuan El-Beltagy. 

Sebagai membalas tindakan itu, penyokong Morsi menyerang balai polis, bangunan kerajaan dan gereja. 
AP  sumber

SYRIA - AS dan BRITAIN akan Serang Segera

London: Amerika Syarikat dan Britain akan melakukan serangan peluru berpandu dalam tempoh 48 hingga 72 jam seawal hari ini terhadap Syria jika pemimpin negara itu memberi arahan bagi menghukum penggunaan senjata kimia.

Serangan ditujukan terhadap ibu pejabat kawalan tentera, pusat penghantaran senjata, markas perisikan dan kem latihan ketenteraan, lapor akhbar The Telegraph. 
Pemimpin tentera Amerika dan sekutu serantau di Asia Barat mencapai persetujuan itu dengan pembangkang Syria dalam sidang dua hari yang tamat di Amman, kelmarin. 


Mesyuarat dua hari itu menyaksikan Pengerusi Ketua Turus Bersama Amerika, Jeneral Martin Dempsey dan panglima tentera Britain, Jeneral Nick Houghton, membentangkan pelan serangan kepada ketua tentera 10 negara.

Persetujuan bersama dicapai bahawa tindakan perlu dilakukan terhadap Syria dan serangan peluru berpandu oleh tentera laut atau jet pejuang adalah cara terbaik, kata pegawai tentera Jordan.

Obama bersetuju

Presiden Amerika, Barack Obama dipercayai sudah bersetuju dengan pendekatan itu selepas berbincang dengan Kabinet Perang beberapa hari lalu. 
Sementara itu, pertentangan juga bakal disaksikan di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selepas Britain memohon kebenaran melancarkan tindakan ketenteraan meskipun ia hampir pasti disusuli veto oleh Russia dan China.

Kumpulan penyiasat senjata kimia PBB sedang menyiasat serangan gas yang membunuh beratus-ratus orang awam di kawasan pemberontak di Damsyik.
Sehubungan itu, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon meminta mereka diberi lebih banyak masa untuk menamatkan misi.

Persalah Bashar

Bagaimanapun, Amerika dan sekutunya di Eropah dan Asia Barat sudah pun menyalahkan Bashar al-Assad dan hampir pasti melancarkan serangan tanpa kebenaran PBB meskipun bila ia akan bermula tidak diketahui.

Kemungkinan Syria diserang meningkatkan ketegangan di antara penyokong Bashar, Iran dengan Israel.

Konflik di Syria sudah menyebabkan lebih 100,000 orang menjadi pelarian masuk ke Turki, Lubnan, Jordan dan Iraq.

Ia juga meningkatkan pertumpahan darah antara mazhab di Lubnan dan Iraq apabila letupan bom membunuh 65 orang.

Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei berkata tindakan Amerika akan membawa bencana kepada rantau itu.

Seperti juga Russia, China tidak suka campur tangan Barat dalam hal ehwal dalaman negara lain.

Akhbar Peoples Daily menyifatkan serangan udara akan menyemarakkan perang saudara di Syria bertujuan menjatuhkan Bashar.

AGENSI sumber

Wednesday, August 28, 2013

MESIR - Revolusi Menyeluruh Jumaat Ini

MESIR: Gabungan Kerjasama Kebangsaan telah menyeru rakyat Mesir untuk kembali turun ke jalan-jalanraya di seluruh negara itu pada Jumaat ini, 30 Ogos bagi meneruskan bantahan mereka terhadap rampasan kuasa berdarah.

Ramai pemerhati menjangkakan jutaan rakyat Mesir bakal membanjiri dataran-dataran dan jalanraya di negara itu sebelum solat Jumaat bagi mendesak dikembalikan hak mereka yang dirampas sejak 3 Julai lalu.

Seorang penulis dan penganalisis politik Mesir, Wael Qandil berkata, 30 Ogos ini bakal dijadikan hari revolusi menyeluruh rakyat bagi mempertahankan prinsip-prinsip asas bagi Revolusi 25 Januari.

Yang utama ialah menggulingkan rejim Mubarak dan meminta dia dibicarakan di mahkamah, penghapusan unit polis jahat bernama "Amn Daulah" dan kebebasan bersuara yang dijanjikan khasnya dalam hak mengadakan himpunan.

Namun, ketiga-tiga natijah Revolusi 25 Januari ini telah mula dicabuli mutakhir ini khasnya apabila Mubarak dibebaskan, kembalinya unit polis "Amn Daulah" melakukan kerja-kerja ganas, tangkapan dan penderaan terhadap rakyat serta tiada lagi jaminan kebebasan dan hak untuk berhimpun secara aman. sumber

Persidangan Tergempar Isu MESIR 30 Ogos



KUALA LUMPUR: Mapim dan jaringan organisasinya menganjurkan Persidangan Tergempar Pembunuhan Massa, Demokrasi dan Hak Rakyat Mesir pada 30 Ogos ini di Dewan Seminar Masjid Al Falah, USJ Seksyen 9, Subang Jaya.

Persidangan itu dianjurkan oleh Komiti Bertindak Bebaskan Mesir (REACT Free Egypt) dengan kerjasama, Mapim, Citizens International, Universal Justice Network dan rakan kerjanya termasuk Abim, Shura, PUM, Ilmuan, Salimah, Teras dan Lujnah Antarabangsa Parti Islam Se-Malaysia.

Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata tema persidangan itu ialah ‘Hentikan Pembunuhan, Pulihkan Demokrasi Mesir’ ekoran tindakan ganas tentera Mesir terhadap kelompok pro Morsi dan anti kudeta yang membunuh dan mencederakan ribuan yang telah mengejutkan dunia.

“Senario ini tidak boleh dibiarkan berterusan tanpa tindakan. Kemungkinan Mesir menjunam kepada perang sivil sangat besar jika keganasan tentera tidak dihentikan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, objektif persidangan itu ialah untuk mendesak pembunuhan massa, penangkapan penunjuk perasaan aman dihentikan dan semua tahanan dibebaskan.

“Pemimpin Ikhwan hendaklah dibebaskan dan mereka yang bertanggungjawab melakukan jenayah pembunuhan massa dihukum,” ujarnya.

Ia jugam katanya untuk melancarkan kempen antarabangsa di kalangan ahli parlimen dan NGO Asean untuk menuntut tentera berhenti dari meneruskan kezaliman terhadap rakyat Mesir selain membincangkan perkembangan terkini pergolakan Mesir dan merumuskan agenda bertindak untuk mengembalikan hak demokrasi  rakyat negara itu.

Persidangan juga, katanya untuk melancarkan kempen peringkat Asean untuk mendesak kerajaan interim Mesir memulihkan demokrasi dan mengembalikan semula kedudukan Morsi sebagai Presiden Mesir.

Menurutnya, 200 peserta di kalangan ahli parlimen Asean, pemimpin politik dan NGO, aktivis sosial, pemikir dan cendikiawan, ahli media dan jurnalis dijangka menyertai persidangan itu. sumber

MESIR - Kumpulan Pejuang Tawar Rundingan

Kaherah: Dua kumpulan pejuang Mesir, menawarkan usaha membatalkan bantahan jalanan jika kerajaan bersetuju mengurangkan tekanan ke atas pertubuhan Ikhwanul Muslimin, lapor media. 

Inisiatif yang dikemukakan kumpulan Gamaa Islamiya dan pergerakan Jihad Islam bermatlamat membawa tentera dan kumpulan Ikhwanul Muslimin ke meja rundingan. Morsi digulingkan pada 3 Julai lalu. 
Cadangan disuarakan selepas tentera menahan beratus-ratus pemimpin dan anggota Ikhawanul Muslimin dalam keganasan paling buruk di negara itu, menyusul tindakan tentera memusnahkan dua khemah penunjuk perasaan pada 14 Ogos lalu. 


Mula rundingan 

Perbicaraan dimulakan terhadap pemimpin tertinggi Ikhwanul Muslimin, Mohammed Badie dan dua tokoh kanan pergerakan itu Ahad lalu, atas dakwaan menyebabkan pembunuhan penunjuk perasaan anti-Morsi pada 30 Jun, ulang tahun pelantikan beliau apabila penduduk Mesir mengadakan demonstrasi yang menuntut peletakan jawatannya. 

Pengkritik berkata, cadangan itu mencerminkan keretakan di dalam pakatan Islam diketuai Ikhwanul Muslimin, dengan ramai pemimpinnya dipenjarakan atau melarikan diri. 

Mereka mahu mengelak tekanan yang dikenakan ke atas kumpulan mereka dan meninggalkan Ikhwanul Muslimin yang semakin lemah. Semua orang mencari jalan keluar tetapi sudah terlalu lewat, kata wartawan veteran dan penganalisis, Makram Mohammed Ahmed. 
Letak tiga syarat 

Penyokong Morsi sebelum ini menegaskan tiga langkah yang perlu dilakukan tentera iaitu mengembalikan kuasa kepada Morsi, menarik balik penggantungan Perlembagaan yang dirangka pergerakan itu dan meneruskan majlis perundangan di bawah kepemimpinan Morsi, sebagai tiga syarat untuk berunding. 

Bagaimanapun, pemimpin Jihad Islam, Mohammed Abu Samra, berkata cadangan gencatan senjata itu belum dimuktamadkan. 

Kami membuka jalan untuk berunding. 

Kami tidak boleh mengadakan rundingan ketika berada di tengah pembunuhan dan kekerasan, katanya sambil menambah kumpulannya menghulurkan tangan untuk mengelakkan konfrontasi berdarah dengan tentera, yang dituduh memfitnah Ikhwanul Muslimin di media dan masjid. 
AP sumber

AS, SYRIA di Ambang Perang

Amerika, Syria di ambang perangPemberontak melancarkan serangan balas terhadap tentera rejim ketika bertempur di Khanasser, kelmarin. - Foto AFP
Amman: Diplomat Amerika dan sekutunya sudah memaklumkan kepada pemberontak Syria bahawa Kuasa Barat boleh menyerang negara itu dalam tempoh beberapa hari saja lagi. 

Beberapa sumber yang menghadiri mesyuarat antara pemimpin pembangkang Syria dengan diplomat dari Washington serta kerajaan negara lain di Istanbul semalam berkata pemberontak diberitahu bahawa mereka boleh menjangka tindakan ketenteraan dan diminta bersedia untuk rundingan damai. 
Pembangkang dimaklumkan bahawa tindakan untuk menghalang rejim Assad daripada terus menggunakan senjata kimia akan dilakukan seawal beberapa hari lagi dan mereka dikehendaki bersedia untuk mengadakan rundingan damai di Geneva, kata sumber itu. 


Sumber itu juga menyatakan Presiden Pakatan Kebangsaan Syria Ahmad Jarba menemui wakil daripada 11 negara yang menyokong pemberontak termasuk duta Amerika ke Syria, Robert Ford di Istanbul. 

Serangan gas beracun 

Pada masa sama, Setiausaha Pertahanan, Chuck Hagel, berkata tentera Amerika di wilayah itu sudah bersedia untuk menjalankan tugas ketika Washington bersama sekutunya di Eropah dan Asia Barat menyediakan rancangan untuk menghukum Presiden Bashar al-Assad didakwa melancarkan serangan gas beracun yang mengorbankan lebih 1,000 orang minggu lalu. 

Pemeriksa dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata mereka menemui bukti bahawa rejim Assad bertanggungjawab dalam serangan senjata kimia membabitkan gas saraf ke atas rakyatnya. 
Bagaimanapun tentangan daripada Russia dan China menyukarkan usaha untuk meyakinkan masyarakat antarabangsa, pemimpin Barat mungkin menangguhkan rancangan itu. 

Perdana Menteri Britain David Cameron memanggil satu mesyuarat tergempar parlimen untuk membincangkan mengenai isu Syria esok. 

Beliau bersama Presiden Amerika, Barack Obama dan Presiden Perancis Francois Hollande berdepan persoalan sukar mengenai sejauh mana batas campur tangan, kemungkinan besar serangan udara akan berakhir dan sama ada mereka bersedia menyerahkan kuasa kepada pemisah Islam yang anti Barat jika Assad digulingkan. 

Pasaran saham merudum 

Sementara itu di Asia, pasaran saham merudum manakala harga minyak meningkat awal semalam disebabkan kebimbangan berlaku satu lagi peningkatan dalam perang di Syria yang sudah menjangkau 29 bulan. 

Bercakap di Washington dan sekutunya bersedia melancarkan serangan peluru berpandu ke atas sasaran Syria, Setiausaha Negara Amerika, John Kerry, menuduh rejim Presiden Bashar al-Assad cuba menyembunyikan sesuatu. 

AFP/REUTERS sumber

Tuesday, August 27, 2013

Beltagy : Tidak Ada Bukti Ikhwan Terlibat Aksi Teroris

Salah satu pemimpin Ikhwanul Muslimin, Dr Muhammad Al-Beltagy menegaskan bahawa para pendemo di Rabi’ah tidaklah membawa senjata, bahkan jika pun membawa senjata maka hal itu lebih utama untuk digunakan dalam membela anak bangsa kita.
Dia mengatakan dalam pernyataan yang disiarkan oleh Al-Jazeera,”para perajurit yang terbunuh di Sinai adalah untuk mengalihkan perhatian dari tahanan Ikhwanul Muslimin yang meninggal pada hari sebelumnya,”katanya, dia menambahkan bahawa pihak berkuasa sampai saat ini belum memberikan satu buktipun tentang keterlibatan Ikhwan dalam aksi teroris yang dituduhkan.
Dia menunjukkan bahawa saat ini jutaan orang telah menyaksikan kudeta militer berdara di Mesir, dan bahwa segala yang kami lakukan adalah berdiri dan berkata dengan mulut-mulut kami bahawa kami menolak kudeta militer ini.”
Pihak Ikhwan menyerukan kepada para pemimpin Ikhwan yang tertangkap untuk menolak menjawab pertanyaan dari penyiasat kerana penangkapan tersebut adalah ilegal dan tidak sah.
Beltagy mengatakan ada lebih dari 3.000 orang meninggal dalam tragedi di Rabi’ah dan di Nahdhoh, dan lebih dari 170 negara di dunia yang tidak mengakui “kudeta militer” ini. (hr/im) sumber

Erdogan Kecewa dengan Syeikhul Azhar

Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan mengatakan bahawa pihak-pihak yang mendukung apa yang disebutnya sebagai kudeta di Mesir sedang mencuba untuk membenarkan  tindakannya tersebut dengan mengatakan ini adalah prosedur demokrasi yang dilakukan oleh tentera Mesir. Selain itu Erdogan juga mengkritik Syeikh Al-Azhar dengan mengatakan dia merasa kecewa ketika melihat syeikh tampil bersama pemimpin kudeta.
Erogan mengatakan dalam sebuah pernyataan,”tidak mungkin ada kudeta terhadap Demokrasi, Kudeta tetaplah kudeta”.
Erdogan menyebut negara-negara dan organisasi yang menolak menyebut apa yang terjadi di Mesir sebagai Kudeta  adalah “pengkhianat terhadap masa lalu dan masa depan”, dan ia menambahkan,”kami sangat  mengutuk Kudeta di Mesir  atas dasar kemanusiaan, nurani dan prinsip-prinsip kami,”d ia menekankan bahwa tidak ada sama sekali dasar hukum atau alasan untuk membenarkan apa yang telah terjadi di Mesir.
Erdogan juga menyinggung sikap syeikh Al-Azhar yang muncul bersama dengan pegawai-pegawai kudeta lainya, termasuk pemimpin angkatan bersenjata saat pengumuman penggulingan Presiden Muhammad Mursi, Erdogan mengatakan,”ketika saya melihat Syeikh Al-azhar bersama pihak kudeta, saya merasa sangat kecewa”. (hr/im) sumber

MESIR - Ikhwan Kembali Bergerak Secara Rahsia

Kaherah: Kumpulan Ikhwanul Muslimin kembali bergerak secara rahsia, selepas kerajaan sementara Mesir mengambil tindakan keras, menyuraikan perhimpunan menyokong Presiden Mohamed Morsi di dua lokasi utama di Kaherah 14 Ogos lalu.

Sejak tentera kembali berkuasa sebagai kerajaan sementara, kebanyak anggota Ikhwanul Muslimin mengelak menggunakan internet atau telefon bimbit manakala sebahagiannya berpindah rumah. 
Kerajaan Mesir menahan ramai pemimpin kumpulan itu dan secara berkesan melumpuhkan pergerakannya dengan menghapuskan struktur kepemimpinannya. 


Sumber keselamatan menyatakan lebih 2,000 anggota Ikhwanul Muslimin sudah ditahan sejak 12 hari lalu, tetapi peguam yang rapat dengan kumpulan itu Ismail Wishahi berkata lebih 8,000 aktivis kini dipenjarakan.

Peguam Ikhwanul Muslimin, Mohammed Gharib berkata, pemimpin kanan kumpulan itu, Mohammed Badie, 70, dibelasah polis ketika ditahan polis selain dimaki hamun. Beliau juga ditumbuk di muka menyebabkan gigi palsunya hancur.

Beliau berkara Badie enggan mengiktiraf kerajaan sementara sokongan tentera selepas Morsi disingkirkan dan tidak mahu menjawab sebarang soalan ketika disoal siasat di penjara minggu lalu.

Ditahan di lokasi rahsia 
Morsi sendiri kini ditahan di sebuah lokasi yang dirahsiakan dan pihak berkuasa mendakwa beliau bersama anggota Ikhwanul Muslimin terbabit dengan kematian penunjuk perasaan.

Keadaan ini memaksa kami kembali kepada cara lama yang tidak lagi diamalkan iaitu bergerak secara rahsia. Kami tidak lagi menggunakan telefon bimbit dan internet kerana ia membolehkan kami dikesan pihak berkuasa, kata aktvis kumpulan itu yang hanya dikenali sebagai Aisha dari Iskandariah.

Beliau berkata, bapanya yang juga seorang anggota Ikhwanul Muslimin kini menyembunyikan diri, berikutan bimbang ditangkap pihak berkuasa selepas polis menyuraikan tunjuk perasaan yang mengorbankan beratus-ratus nyawa.

Keadaan sekarang lebih dahsyat berbanding ketika era Hosni Mubarak, kerana selain keganasan polis, orang ramai juga melayan kami dengan buruk, katanya.
AFP sumber

Monday, August 26, 2013

Majalah The Week Dedahkan Siapa As Sisi




MESIR: Amerika Syarikat akhirnya secara tidak langsung membuat pengakuan terang-terangan bahawa mereka terlibat secara langsung dalam rampasan kuasa tentera terhadap Presiden Mesir Dr Muhammad Morsi.


Pengakuan itu dapat dilihat apabila majalah The Week yang berpengkalan di negara itu meletakkan gambar Jeneral Abdul Fatah Al-Sisi Al-Sisi di muka hadapan dengan tajuk "Our Man in Cairo - Should US cut off aid to Egypt military?".



Sebelum ini, campur tangan Amerika dalam isu rampasan kuasa Mesir dilihat secara jelas melalui kenyataan-kenyataan yang cenderung menyokong tindakan tentera, biarpun tidak mengiktiraf penggulingan Morsi secara rasmi.



Biarpun cuba berselindung disebalik kenyataan yang mendesak Morsi dibebaskan, namun ianya tidak sama sekali memdamkan fakta bahawa kuasa barat itu sememangnya dalang kepada apa yang berlaku di Mesir ketika ini.



Dalam kenyataan terbaru kelmarin, Jurucakap Jabatan Negara AS, Jen Psaki berkata mereka juga menghormati keputusan kerajaan membebaskan Hosni Mubarak.



Umum sudah maklum bahawsa, Amerika Syarikat sebelum ini penyokong kuat rejim Mubarak, sepanjang 30 tahun pemerintahannya sebagai presiden Mesir.



Selepas kebangkitan di rantau Arab, Washington menerima pelantikan Morsi tetapi mengenakan tekanan ke atas presiden itu supaya membawa pembaharuan ekonomi dan sistem demokrasi. sumber

MESIR - As-Sisi Berdarah Yahudi?




Pelbagai rahsia terdedah yang menunjukkan bahawa Israel terlibat lansung dengan rampasan kuasa tentera Mesir yang menggulingkan Presiden Dr. Muhd Mursi lebih sebulan yang lalu.


Rancangan untuk menggulingkan Dr. Mursi ini telah lama dilakukan oleh tentera, walaupun ketuanya – Jeneral Abdel-Fattah As-Sisi – adalah orang yang dilantik oleh Dr. Mursi sendiri sebagai Menteri Pertahanan. As-Sisi berpura-pura menyokong presiden baru itu yang datang dari Ikhwan Muslimin, pada hal sudah ada rancangannya untuk meletakkan tentera sebagai pemegang kuasa mutlak Mesir sama seperti di zaman Hosni Mubarak dulu.



As-Sisi sendiri diberitakan adalah keturunan Yahudi. Ini telah disahkan oleh sebuah laporan oleh Al-Jazeera baru-baru ini. Laporan itu menyebut kenyataan bekas Setiausaha Media Murshidul Am Ikhwan Muslimin, Gamal Nassar, bahawa As-Sisi adalah keturunan Yahudi.



Menurutnya, sangat mengejutkan apabila membaca laporan akhbar Algeria, Al-Watan yang menyebutkan bahawa As-Sisi keturunan Bani Israil di Mesir. Ibunya seorang Yahudi bernama Mulaika Titani dan abang Mulaika adalah anggota Haganah, sebuah pertubuhan militan Yahudi di Israel yang turut bersama memerangi umat Islam di Palestin.



Menurut Al-Watan, dalam perhitungan apapun, nyatalah As-Sisi sedang melaksanakan tugas zionis yang hendak memecahbelahkan Mesir. Selanjutnya, menurut Gamal Nassar, dengan pembunuhan beramai-ramai rakyat Mesir yang dilakukan oleh As-Sisi, nyatalah ia penjenayah paling kejam yang akan menghancurkan Mesir.



Gamal Nassar menambah, As-Sisi berpura-pura konon hendak menyelamatkan Mesir sebagai wira negara itu, tetapi dia sebenarnya hendak memecahbelahkan Mesir supaya negara itu lemah dan tidak akan mengancam Israel.



Sebab itu dilaporkan, seorang diplomat kanan Israel di Mesir,  Yaakov Amitai memberitahu tentera Mesir bahwa “Rakyat Israel menganggap Abdel-Fattah As-Sisi adalah pahlawan nasional Israel kerana tindakannya terhadap Ikhwan Muslimi.”  Selepas ini, kata diplomat kanan itu, Israel dan Mesir akan bekerjasama lebih erat di bidang pertahanan, ekonomi, pertanian dan lain-lain. Ini yang dikehendaki Israel di mana Amerika mengetahui hal ini.



Ada laporan di media dunia Arab mengatakan bahawa beberapa hari sebelum rampasan kuasa oleh tentera itu, As-Sisi telah berkunjung ke Tel Aviv dan mengadakan rundingan dengan pemimpin kanan Israel di mana Israel mendesak As-Sisi segera melumpuhkan kerajaan Ikhwan Muslimin pimpinan Dr. Muhd Mursi. Jika ini tidak dilakukan oleh tentera Mesir, pemimpin Israel menyatakan kebimbangan kerana Ikhwan menjadi ancaman besar kepada Israel.



Rampasan kuasa itu disokong oleh golongan secular, Kristian Koktip, golongan sisialis yang masih memuja bekas presiden Mesir, Gemal Abd Nasser sebagai idola mereka. Rampasan kuasa itu juga disokong oleh golongan Salafi dan kumpulan An-Nur. Tetapi dua kumpulan ini menarik balik sokongan terhadap tentera apabila tentera melakukan pembunuhan beramai-ramai dan membakar masjid baru-baru ini.



Menurut Ummah News, tentera As-Sisi bukan saja akan memerangi Ikhwan, tetapi juga kumpulan Mujahidin yang bergerak di Sinai yang telah menyerang dan membunuh beberapa orang tentera di wilayah itu.



Laporan media di dunia Arab menyebutkan bahawa senjata Israel telah digunakan oleh tentera Mesir untuk menyerang para penyokong Dr. Mursi. 



Menurut laporan itu lagi, kapal terbang kargo Israel dilihat mendarat di lapangan terbang Mesir ketika tentera Mesir menggempur himpunan penyokong Dr. Mursi. 



Wartawan Mi’raj News Agency di Kaherah Dany Novery,   mengesahkan hal ini.
Senjata itu seperti gas beracun pemedih mata, kelonsong gas dan peluru bertulis dalam bahawa Ibrani, kata Dany Novery lagi yang dipetik oleh MINA.



Seorang lagi wartwan Mi’raj News di Kaherah, Amran Hamdani, juga menyebut, ada kenderaan yang datang ke medan Rab’ah Adawiyah membawa peluru bertulis bahasa Ibrani untuk tentera Mesir. Hal itu dilihatnya setelah pemandu kenderaan itu menolak untuk membawa keluar korban yang bergelimpangan.



Ketika Dataran Rabaa Al-Adawiyah, Nadha, Ramsis dan Roxi bermandi darah, Ketua Tentera General Abdel Fattah Al Sisi, memuji tanda sokongan sekutu kuatnya dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) - Arab Saudi, Kuwait, Jordan dan Bahrain.



Demikianlah yang terjadi di Mesir yang selama ini dianggap sebagai hub intelektual dunia Islam yang telah melahirkan sekian ramai ulama. Namun dalam keadaan begini, masih ada ulama di sana yang keliru seperti yang terjadi kepada Sheikh Al-AlAzhar  yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera yang didalangi oleh Israel.



Seperti kata Tuan Guru Nik Abd Aziz, barangkali, Sheikh Al-Azhar sudah berpuas hati dengan pembebasan Hosni Mubarak. Padahal kezaliman Hosni Mubarak selama 30 tahun menduduki takhta presiden, katanya, satu fakta yang tidak boleh dinafikan sama sekali.



Ingatan Tuan Guru kepada para hakim yang membebaskan Mubarak sebagaimana pesan ahli sihir yang beriman kepada Firaun yang bermaksud: “Berhukumlah kamu selagi mana kamu boleh berhukum, sesungguhnya kamu hanya mampu berhukum di dalam kehidupan dunia ini saja,”  – Surah Toha, ayat 72.



Kini selepas lebih sebulan rampasan kuasa tentera Mesir itu berlaku semakin banyak rahsia terdedah yang menunjukkan Israel terlibatsecara  lansung dengan rampasan kuasa itu. Namun masih ada pemimpin sekular negara umat Islam, malah segelintir umat Islam sendiri, yang juga berfikiran sekekular dan keliru melihat episode di Mesir ini dengan penuh keliru, malah ada yang memfitnah Ikhwan Muslimin konon sebagai gerakan Islam yang mendorong kekerasan. Inilah fitnah besar kepada pendukung gerakan Islam dan Islam sendiri diakhir zaman. sumber

Delegasi Tentera MESIR Senyap2 ke MALAYSIA dan INDONESIA

Delegasi pemerintah militer Mesir diketuai Dr Muhamad Sayyid Salim, yang memegang jawatan sebagai Ketua Asian Research Center dan profesor di Universiti Kaherah, melakukan kunjungan rahsia ke Malaysia dan Indonesia yang dimulai pada hari sabtu (24/08).
Pasukan delegasi tersebut dibentuk oleh Menteri Luar Negeri Mesir, Nabil Fahmy, dalam rangka melakukan komunikasi dengan negara-negara luar untuk memberikan gambaran yang terjadi di Mesir.
Selama kunjungannya, Dr Muhammad Salim mengadakan dialog dengan sejumlah pegawai terkait di kedua negara. Selain itu, dia juga melakukan sejumlah wawancara dengan beberapa media menjelaskan realiti situasi di Mesir sejak apa yang disebut oleh pihak militer sebagai 30 Jun.
Sebelumnya, pemerintah militer Mesir telah membuat Roadmap secara sepihak, yang mesti disetujui oleh semua kelompok dan golongan di Mesir. Tercatat, banyak pemimpin politik dan masyarakat menjadi sasaran penangkapan aparat keamanan militer Mesir, kerana menyatakan tidak setuju dengan Roadmap yang dibuat oleh militer Mesir. (Ahram/Zhd) sumber

Sunday, August 25, 2013

MESIR - Mubarak dan Tokoh2 Ikhwan ke Pengadilan

Mantan Presiden Hosni Mubarak  dan pimpinan Ikhwanul Muslimin menuju perbicaraan pada hari Ahad.
Mubarak yang bebaskan dari penjara minggu lalu  dan saat ini menjadi tahanan rumah,  kembali ke pengadilan untuk menghadapi sisa tuduhan atas pembunuhan  penunjuk perasaan selama pemberontakan 2011 yang memaksa dia untuk mengundurkan diri.
Kes ini merupakan satu dari beberapa tuduhan terhadap mantan presiden yang berusia 85 tahun itu.
Sementara itu, pimpinan Ikhwanul Muslimin juga dihadirkan di pengadilan di hari Ahad ini atas tuduhan menghasut kekerasan mematikan selama kerusuhan saat demonstrasi penggulingan  Presiden Mohammad Mursi oleh militer.
Tokoh pimpinan Ikhwan yang akan memasuki pengadilan adalah  Mursyid Aam Mohammad Badie dan dua wakilnya  - Rashad Bayoumi dan Khairat al-Shater..
Mereka dituduh pemerintah kudeta dengan tuduhan menghasut pembunuhan para pendemo (sekuler) yang terbunuh di luar markas Ikhwanul Muslimin  di Kaherah pada malam tanggal 30 Jun, ketika demonstrasi sekular adakan kempen protes anti-Mursi.
Dan tiga anggota Ikhwanul lainnya akan diadili bersama dengan mereka, dengan tuduhan yang sama.
Semua dakwaan tersebut , akan mengakibatkan sanksi hukuman mati jika pengadilan pemerintah kudeta memutuskan bersalah. (Arby/Dz) sumber

MYANMAR - Lagi Rumah dan Kedai Muslim Dibakar

Penganut Buddhis kembali membakar kedai=kedai dan rumah-rumah Kaum Muslimin Rohingya di Myanmar, kata polis tempatan pada Ahad (25/8/2013), seperti yang disiarkan SCMP.
Sekitar 38 rumah, sembilan tempat perniagaan dan sebuah tempat penggilingan padi dibakar para perusuh anti-Muslim pada Sabtu (24/8) malam.
Kebrutalan itu meletus setelah adanya provokasi yang menuduh seorang pemuda Muslim dicurigai telah memperkosa memperkosa seorang wanita Buddha di sebuah desa di Kanbalu di wilayah pusat Sagaing, menurut polis.
“Sekitar 150 orang berkumpul di pejabat polisi tadi malam, meminta mereka untuk menyerahkan tertuduh. Apabila polis, mereka mulai membakar kedia-kedai berdekatan,” kata polis itu.
Kedia-kedai ini diyakini milik orang-orang Muslim, tapi kami masih cuba untuk mengesahkannya. Orang-orang yang menyerang diyakini merupakan penganut Buddha dari dua desa setempat,” tambahnya.
Beberapa episode kerusuhan yang sebagian besar mensasarkan Kaum Muslimin terus terjadi. Kelompok-kelompok HAM menyatakan pihak berkuasa tidak mampu atau tidak mahu membendung kekerasan, yang telah menyebabkan sekitar 250 orang terbunuh dan lebih dari 140.000 lainnya kehilangan tempat tinggal.
sumber

Simbol2 Dajjal pada Sejadah?



Sudah banyak kali kita mendengar cerita ataupun menyaksikan sendiri sejadah-sejadah yang dikatakan memaparkan gambar-gambar yang tidak sepatutnya. Ada gambar yang nampaknya memang sengaja dicetak sedemikian rupa, dan ada pula yang tidak dimaksudkan begitu tetapi mata kita (fikiran kita) yang mereka-reka untuk memandangnya begitu sedangkan pereka corak asalnya tidak memaksudkan begitu. Contohnya dikatakan ada gambar salib, kepala anjing, adegan seks dan sebagainya yang mungkin terjadi secara tidak sengaja kerana corak awan larat, simbol, rupa geometri dan rupa organik yang boleh digambarkan sebagai apa sahaja menurut mata yang memandang. Namun kita tidak nafikan memang ada gambar yang tak boleh tidak, kita yakin memang disengajakan.

Kali ini kita kongsikan corak dan gambar sejadah yang dikatakan terselit simbol-simbol Dajjal yang ditemui di Banjarmasin, Kalimantan, Indonesia. Sejadah ini tersebar luas kerana harganya yang agak murah berbanding sejadah-sejadah lain. Para penjual tentunya tidak ambil kisah dengan corak dan gambar sejadah kerana umumnya mereka tidak ada ilmu pun perihal simbol-simbol berkenaan.




Secara peribadi, saya memandang gambar bulan bintang dan dua menara itu biasa sahaja kerana simbol bulan bintang memang sudah lama digunakan oleh umat Islam dan bukannya dengan tujuan untuk meniru apa-apa simbol yang tidak elok, begitu juga dengan menara masjid. Yang dikatakan gambar zakar di mihrab masjid itu rasanya bukanlah disengajakan. Dan ada perbezaan pula antara gambar pertama dengan gambar kedua. Gambar pertama itu macam sudah diubahsuai. Wallahua'lam.

Gambar simbol jangka lukis Freemason pun nampaknya tidak jelas, lebih kepada corak biasa sahaja. Piramid Mesir pun tak cukup kuat untuk dikaitkan. Piramid Maya... lagilah tak kena. Tentang "mata satu", mungkinlah sesuai untuk dikaitkan, tapi itupun tidaklah kukuh.

Jika mahu ditambah, mata saya pun boleh sahaja mahu mengaitkan dua rupa (seakan-akan burung) di kiri kanan "piramid Maya" itu sebagai sepasang kerub yang kononnya berada di atas tabut, sebagaimana kepercayaan kaum Yahudi.

Kesimpulannya, tidaklah kukuh untuk kita kaitkan gambar-gambar pada sejadah ini dengan simbol-simbol Dajjal. Namun begitu, sekiranya gambar-gambar ini sudah mengundang kontroversi dan ketidaksenangan kepada umat Islam, ada baiknya penyebarannya di tarik balik. Memang ada masjid-masjid yang menutup sejadah ini dengan kain putih apabila dibentangkan.

Secara peribadi, saya lebih suka jika sejadah dibiarkan kosong tanpa gambar. Rasa tidak selesa juga gambar masjid-masjid diletakkan ditapak kaki dan dipijak-pijak orang yang lalu-lalang. Sekadar corak-corak seni tak mengapalah. Wallahua'lam.

Abu Zulfiqar
13 Ogos 2013
7 Syawal 1434
sumber