Monday, September 30, 2013

TUNISIA Desak Mursi Dibebaskan

Pemerintah kudeta Mesir menarik duta besarnya dari Tunisia pada hari Sabtu setelah presiden Tunisia menuntut pembebasan presiden  terguling Mohammed Mursi , televisyen pemerintah Mesir melaporkan.
Kementerian Luar Negeri Mesir memanggil pulang duta besarnya untuk ” konsultasi , ” lapor televisyen pemerintah Mesir .
Presiden Tunisia Moncef Marzouki telah menyerukan penguasa kudeta Mesir untuk melepaskan Mursi  , yang telah ditahan di lokasi rahsia sejak militer mengkudetanya pada 3 Julai lalu.
Uni Emirat Arab , yang sangat mendukung pemerintah militer , sebelumnya memanggil pulang duta besarnya dari Tunisia sebagai protes atas pernyataan Marzouki itu . sumber

PAKISTAN - 37 Maut dalam Bom Kereta

 37 maut, 75 cedera bom kereta meletupPegawai keselamatan Pakistan dan sukarelawan berhimpun di lokasi letupan bom di pasar Qissa Khawani di Peshawar semalam. Gambar kecil, sukarelawan mengangkat mangsa letupan bom untuk dibawa ke hospital.
Peshawar: Sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh manakala 75 lagi cedera dalam letupan bom kereta di Peshawar semalam, kejadian ketiga melanda bandar di barat laut Pakistan itu dalam tempoh seminggu, kata pegawai. 

Pegawai polis Nawaz Khan berkata, kejadian terbaru itu dipercayai daripada bom di dalam sebuah kereta diaktifkan menggunakan alat kawalan jauh. Ia meletup di sebuah pasar yang sibuk berhampiran sebuah masjid dan balai polis. 
Memusnahkan masjid 


“Letupan memusnahkan masjid serta kedai berhampiran manakala banyak kenderaan terbakar,” katanya. 

Pegawai kanan kerajaan di Peshawar, Sahibzada Anees berkata, 37 orang terbunuh, manakala 75 yang lain dikejarkan ke Hospital Lady Reading untuk mendapatkan rawatan. 

Sejak Ahad lalu, letupan bom di Peshawar, ibu negeri wilayah Khyber Pakhtunkhwa sudah mengorbankan 141 nyawa. 

Dalam kejadian pertama dua penyerang bunuh diri meletupkan bom di sebuah gereja menyebabkan 85 orang terbunuh. 
Pada Jumaat pula, 19 orang maut apabila bom yang disembunyikan di dalam sebuah bas membawa kakitangan kerajaan kembali ke rumah pada hujung minggu, meletup di pinggir Peshawar. 

Pemilik kedai buku, Nazar Ali berkata beliau baru membuka kedainya apabila bom tiba-tiba meletup. 

“Letupannya sangat kuat menyebabkan banyak kereta turut terbakar. Asap hitam memenuhi udara dan saya nampak ramai orang bergelimpangan dengan darah di merata-rata tempat,” katanya. 


Bangunan kayu 

Pegawai kanan polis, Shafqat Malik berkata, banyak bangunan di kawasan pasar Qissa Khawani dibina daripada kayu, menyebabkan terbakar dengan mudah apabila bom meletup. 

Seorang lagi saksi, Adnan Hussain berkata, beliau sedang bersarapan apabila bom tiba-tiba meletup. 

“Tiba-tiba saya mendengar letupan kuat, menyebabkan saya terpelanting ke tanah. Sepupu saya Rizan terbunuh dan yang lain parah,” kata ketika ditemui wartawan di hospital. 

Seorang lelaki, Muhammad yang ditemui di hospital berkata, 13 orang daripada sebuah keluarga terbunuh di dalam kejadian itu. - AP sumber

MESIR - Puluhan Ribu Berdemo Walau Ikhwan Diharamkan

Puluhan ribu orang yang mengambil bahagian dalam demonstrasi protes anti-pemerintah di seluruh Mesir, walau beberapa hari sebelumnya pemerintah kudeta mengharamkan  Ikhwanul Muslimin dalam sebuah  pengadilan di Kaherah.
Protes hari Jumaat yang dilakukan  oleh aliansi Anti-Coup, dengan puluhan ribu orang turun ke jalan di Kaherah, Port Said, Assuit, dan di tempat lain.
Para pendemo memegang sepanduk dan slogan meneriakkan penentangan terhadap kudeta militer yang menggulingkan Presiden Mohamed Morsi, anggota Ikhwanul Muslimin. Aliansi menyerukan protes dengan yel yel  ”Kamu adalah pilar revolusi”, yang dimulai Jumaat lalu.
Mahkamah Kaherah pada hari Isnin minggu lalu memerintahkan penyitaan dana Ikhwanul Muslimin. Dua hari kemudian, polisi menyerbu markas media cetak  Ikhwan, disita  dan menutupnya.
Koresponden Al Jazeera di Mesir, mengatakan bahwa demonstrasi protes  tetap dilakukan dengan damai setelah solat Jumaat. (Aljazeera/Dz) sumber

MESIR - Pergaduhan Sesama Mahasiswa

Sesama  kelompok mahasiswa , antaranya bersenjata dan bom molotov , bergaduh  di Mesir pada hari Ahad , media pemerintah dan sumber-sumber keamanan mengatakan  kekerasan itu terkait penggulingan Presiden Mohammad Mursi yang menyebar ke universiti .
Sekurang-kurangnya 29 orang cedera dalam konflik antara kelompok pro dan kontra terhadap Mursiyang terjadi di  tiga kampus , kata laporan itu.
Mesir telah dicengkeram oleh gejolak sejak militer menggulingkan Mursi pada 3 Julai mendorong Ikhwanul Muslimin untuk turun ke jalan .
Tindakan keras pihak keamanan sangat membatasi kegiatan kelompok dan mahasiswa pro – Mursi yang sudah mulai melakukan perarakan di kampus-kampus , institusi yang sebelumnya subur akan kegiatan Islam dan politik.
Hari Minggu ketika kelompok pendukung dan penentang Mursi bergaduh di Kaherah Universiti Ain Shams , sekurang-kurangnyanya 12 cedera , kata sumber-sumber keamanan.
Lima belas orang cedera ketika konflik di Zagazig Universiti, beberapa mahasiswa bersenjata  dan bom molotov , pejabat berita negara mengatakan . (Arby/Dz) sumber

LEBANON - Pertempuran Sunni-Syiah Berlaku

Tentera Lebanon mengambil alih pos pemeriksaan keamanan diawasi oleh Hizbullah Syiah di  Baalbek , sehari setelah berlakunya berbalas tembak antara Syiah – Sunni yang mengorbankan empat orang , kata sumber Hizbullah .
Ini adalah kedua kalinya dalam minggu ini bahawa Hizbullah telah menyerahkan kawalan pos-pos pemeriksaan kepada  tentera , setelah militer Lebanon juga dikerahkan di pinggiran selatan Beirut .
Seorang koresponden AFP di Baalbek mengatakan militan Hizbullah telah berundur  dari pos pemeriksaan , dan bahawa kota itu telah tenang meskipun hari Sabtu berlaku tembak-menembak .
Hizbullah merupakan salah satu kekuatan militer , khususnya di pinggiran selatan Beirut  dan bahagian timur  Lebanon , Hizbullah seperti menjalankan ” negara-dalam -negara ” .
Hizbullah ,  sayap militer yang masuk dalam daftar hitam  oleh Kestauan Eropah pada bulan Juali lalu , ironisnya organisasi militer ini tidak dilucuti pasca akhir perang saudara di Lebanon di tahun  1975-1990 , dengan alasan bahwa organisasi militer itu dapat  diperlukan untuk melindungi Lebanon dari Israel .
Hizbullah didukung oleh Iran dan merupakan pendukung setia rejim  Suriah Bashar al – Assad . sumber

Friday, September 27, 2013

PALESTIN -Hamas Serukan Intifadah ke-3

Warga muslim di kota Jerusalem dan Tebing Barat mulai berdatangan sejak Rabu malam ke komplek Masjid Aqsa untuk menggagalkan langkah pengepungan Yahudi ekstrimis dalam rangka rangkaian peringatan hari raya Sukkot Yahudi.
Di saat yang bersamaan, pemerintah Israel tengah bersiap menempatkan ratusan pasukan keamanan di sekitar pintu masuk masjid untuk berusaha mengosongkan Masjid Aqsa dari aktiviti kaum muslimin.
Di jalur Gaza, pemerintah Palestin yang dimpin oleh Hamas menegaskan dukungannya terhadap kelompok “Koalisi Pemuda Intifadah” yang menyerukan rakyat Palestin di Tebing Barat dan Jalur Gaza untuk turun ke jalan pada hari Jumaat, guna melakukan perlawanan terhadap penjajahan Israel pada peringatan ulang tahun  ke13 Gerakan Intifadah Al-Aqsa.
Jurucakap pemerintah Gaza, Ehab Ghussain, menyatakan “Pemerintah Gaza mendukung semua kegiatan yang akan menolong Al Aqsa dan mengembalikan permasalahn Al Aqsa dalam forum internal Palestin,” Seperti disiarkan pejabat berita Anadaolu Turki.
Pemerintah Gaza merancang menurunkan pasukan keamanan untuk menjaga keselamatan warga yang akan melakukan unjuk rasa mendukung Masjid Aqsa di dekat garis demarkasi dengan tentera Israel. (rassd/Zhd) sumber

NORWAY - Ekstremis Ancam Bakar Semua Masjid

Sebuah kelompok ekstremis yang tak dikenal  telah mengancam untuk membakar semua masjid di seluruh negara Eropah itu , mencetuskan reaksi marah dari Muslim di sana.
” Ini adalah hasil dari sikap yang telah mereka bina dengan waktu yang lama , ” kata Mehtab Afsar , Setiausaha Agung Dewan Islam Norway.
Pemimpin Muslim prihatin tentang ancaman terbaru dari kelompok ekstrimis tersebut untuk membakar semua masjid di seluruh Norway .
Kempen anti – Muslim tersebut disebarkan oleh kelompok teroris tersebut dengan mengirimkan  e – mail ke Masjid Misi Islam dengan ancaman akan membakar semua masjid di seluruh Norway .
” Sebelum tahun 2013 berakhir , semua masjid di Norwy akan dibakar  , ” kata kelompok tersebut.
” Kami adalah sekelompok orang yang telah merancanh hal ini selama tujuh tahun . ”
Khamis lalu , jemaah Muslim menemukan kepala babi terpenggal yang diletakan di luar masjid terbesar di Norway , Central Jamaat-e Ahl – e Sunnah , di Oslo . http://www.eramuslim.com/berita/dunia-islam/kelompok-ekstrimis-ancam-membakar-semua-masjid-di-norwegia.htm#.UkTwNtJXqQA

FILIPINA - Zamboanga Hadapi Krisis Kemanusiaan

Zamboanga hadapi krisis kemanusiaanPenduduk diletakkan di tempat perlindungan sementara di sebuah stadium kerana serangan MNLF disifatkan sebagai satu ‘krisis kemanusiaan’.
Wanita, kanak-kanak paling trauma selepas keganasan meletus

Manila: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa bandar Zamboanga menghadapi krisis kemanusiaan selepas beribu-ribu orang terjejas kerana keganasan berikutan serangan pemisah Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF). 

Beratus-ratus askar dan polis terbabit dalam pertempuran selepas pemisah MNLF memasuki bandar itu dan mengambil tebusan yang memaksa pihak berkuasa bertindak balas. 
15 askar, polis terbunuh 


Seramai 15 askar dan polis terbunuh manakala 104 pemisah terbabit maut, kata jurucakap polis. 

Berpuluh-puluh pemisah MNLF juga ditahan atau menyerah diri tetapi masih ada yang lain terus bebas dan menjadikan orang awam sebagai perisai manusia. 

Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) menganggarkan 158,000 terjejas kerana keganasan itu dan lebih 10,000 kediaman musnah. 

Lebih 109,000 orang kini kehilangan tempat tinggal di Zamboanga dan hampir 19,000 lagi di Basilan. 
“Kami semakin bimbang dengan keadaan ini dan semakin ramai yang terperangkap dalam keganasan,” kata Wakil dan Penyelaras Kemanusiaan PBB di Filipina, Luiza Carvalho. 

“Kami amat bimbang dengan golongan paling lemah iaitu wanita dan kanak-kanak,” katanya dengan menyifatkan mereka paling trauma dan sukar menjalani kehidupan seperti biasa. 

Kira-kira 70,000 berlindung di sebuah stadium sukan utama di Zamboanga dalam keadaan sesak dan kotor. 

OCHA memberi amaran, wujud risiko penyakit berjangkit tersebar. Mereka juga memerlukan makanan, air minuman, khidmat kesihatan, peralatan memasak, khemah dan keperluan lain. 

“Kami paling gusar bekalan keperluan tidak diagihkan dengan baik dengan mereka yang berada di luar pusat perlindungan tidak dilupakan,” kata Carvalho. - AFP

GLOBAL - Interpol Buru White Widow

Interpol lancar operasi buru 'White Widow'   INILAH gambar yang disiarkan Interpol sebagai ‘orang yang dikehendaki’ iaitu Samantha Lewthwaite, 29, atau digelar ‘White Widow’, seorang warga Britain. - Foto REUTERS/Interpol
LONDON: Seorang wanita warga British yang digelar “White Widow” kini menjadi buruan selepas Interpol mengeluarkan waran penahanan antarabangsa ke atas suspek yang dipercayai ada kaitan dengan serangan pusat beli-belah di Kenya.

Samantha Lewthwaite, berusia 29 tahun yang memeluk Islam, dikatakan berkahwin dengan Germaine Lindsay, salah seorang daripada empat suspek pengebom nekad yang menyerang rangkaian pengangkutan awam London pada 7 Julai 2005 sehingga mengorbankan 52 orang. 
'Notis merah' Interpol itu dikeluarkan susulan permintaan pihak keselamatan Kenya bahawa ibu kepada tiha anak itu adalah suspek yang amat dikehendaki olehj Kenya. 


Lewthwaite dikatakan terbabit dalam memiliki bahan letupan dan merancang beberapa serangan bom di Kenya mulai Disember 2011.


Bagaimanapun notis Interpol itu tidak menyebut secara spesifik kemungkinan Lewthwaite turut terbabit dalam kejadian menawan sebuah pasar raya di Nairobi selama empat hari oleh pergerakan Al-Shebab yang menjadi rangkaian al-Qaeda di Somalia.


Menteri Luar Kenya berkata, wanita British itu adalah antara penyerang Westgate Mall namun President Uhuru Kenyatta kemudian menjelaskan laporan berkenaan tidak dapat disahkan lagi. 
Interpol mengeluarkan empat keping gambar berwarna Lewthwaite bersama notis waran tangkap.

Salah satu gambar menunjukkan wajah dengan rambut panjang hitam sambil mencebik bibir ke arah kamera manakala gambar lain beliau memakai tudung kepala. - AFP sumber

Thursday, September 26, 2013

Lagi Pertemuan Rahsia Tentera MESIR dan Israel

Delegasi pemerintah Israel telah melakukan pertemuan rahsia dengan pegawai keamanan Mesir pada hari Selasa semalam di lapangan terbang Kaherah.
Seperti yang disiarkan pejabat berita Anadolu, Turki, delegasi keamanan Israel tiba di Kaherah dan langsung mengadakan pertemuan dengan pegawai Mesir bagi membicarakan operasi militer Mesir di wilayah Semenanjung Sinai, serta melakukan pertukaran informasi dan koordinasi antara kedua belah pihak guna mengamankan perbatasan Mesir-Israel di sepanjang wilayah timur Semenanjung Sinai.
Menurut informasi yang di dapat pejabat berita Anadolu, utusan Israel tersebut tiba di Kaherah pada Selasa pagi (24/09), dia ditemani dengan dua pengiringnya menggunakan pesawat jet peribadi yang terbang langsung dari Tel Aviv. Kedua belah pihak melakukan pembicaraan serius selama beberapa jam, dan kemudian delegasi Israel tersebut langsung terbang kembali ke Tel Aviv.
Ini adalah kunjungan ketiga kalinya delegasi Israel ke Kaherah dalam dua minggu terakhir, sebelumnya pada  tanggal 11 dan 17 bulan September ini, delegasi Israel telah melakukan sejumlah pertemuan dengan pegawai di dinas keamanan Mesir untuk membahas perkembangan politik di Mesir, dan keamanan di Sinai. (Aljazeera/Zhd) sumber

MALAYSIA - Agong dan Permaisuri Ziarah Jenazah Azizan

ALOR SETAR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah menziarah jenazah bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang meninggal dunia hari ini, di Masjid Nurul Ihsan, Jalan Langgar dekat sini. 

Seri Paduka berdua tiba di masjid itu jam 3.50 petang dan turut serta, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah. 
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong turut berjumpa dengan keluarga Allahyarham di masjid itu untuk mengucapkan takziah. 


Azizan, 69, yang menjadi menteri besar Kedah sejak Mac 2008 hingga pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Mei lalu, disahkan meninggal dunia jam 11.05 pagi, berikutan jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai, selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius. 

- BERNAMA sumber

AUSTRIA - Ramai Muslim di Vienna


VIENNA: Berbeza berbanding bandar besar lain di Eropah Timur, di sini pula boleh ditemui dengan mudah orang Islam.

Malah banyak juga terdapat kios kebab dimiliki penduduk Muslim. Perkataan halal juga ada dipamerkan bagi mengelakkan timbul rasa was-was kalangan pelanggan Muslim.

Bagi pelancong Muslim, inilah yang mereka cari-cari ketika berada di negara non Muslim. Penduduk Muslim boleh ditemui di Shopping Karutner Street.

Di situ boleh dilihat manusia pelbagai bangsa dan warna kulit. Suasana itu sukar dirasakan ketika berada di bandar raya Brastilava, Budapest dan Prague.

Penduduk Muslim berjalan bersama keluarga. Dan sebahagian besar merupakan golongan pelajar. Mereka merupakan imigran dari Turki dan negara Arab lain.

Kelainan juga ditemui apabila terdapat deretan kedai milik peniaga Cina, Jepun dan Korea. Ada kedai milik mereka yang tertera tulisan Asia Shop, Lili Markt dan banyak lagi.

Kawasan itu juga dikenali sebagai China Town. Ditemui juga café Vietnam.

Vienna merupakan ibu negara Austria. Sama juga dengan bandar-bandar lain di Eropah Timur, mengekalkan senibina lama.

Namun kelebihan ketara di setiap bangunan pastinya ada patung tanpa pakaian dipamerkan. Ia seolah-olah menggambarkan keaslian seni bagi masyarakat Vienna.

Di mana sahaja ditemui patung-patung tanpa menutup aurat. Inilah wajah sebenar Vienna yang terkenal dengan kegiatan seni tersohor di dunia.

Di sini lahirlah pengubah lagu, pengukir dan penggiat seni yang cukup terkenal.

Mereka yang didapati berjasa diabadikan pada patung mirip tokoh terbabit antaranya Zehar, seorang pengubah lagu terkenal di Austria.

Austria didominasi Roman Katolik. Berdasar bancian penduduk pada 2001 sebanyak 49.2 peratus penduduk Vienna penganut Roman Katolik.

Manakala 25.7 peratus tidak beragama, 7.8 peratus (Muslim) dan 6.0 peratus penganut mazhab Ortodoks.

Sebahagian lain ialah penganut Protestan, Yahudi, dan tiada agama.

Maka tidak hairanlah di Vienna banyak terdapat gereja Roman Katolik di tengah-tengah lautan bandar seni tersebut.

Gereja-gereja Katolik Roman termasuk Katedral St Stephen (Stephansdom), Karlskirche (Gereja St Charles) dan Votivkirche menjadi tarikan pelancong.

Bagaimanapun penganut Roman Katolik menurun mendadak dalam tempoh 50 tahun iaitu daripada 90 peratus pada 1961 kepada 39.8 peratus (2010).

Austria menggabungkan sembilan wilayah di mana Vienna merupakan bandar utama mempunyai penduduk lebi 1.8 juta. Vienna juga disenaraikan dalam kelompok tujuh bandar tujuh terbesar di Kesatuan Eropah.

Vienna juga menempatkan banyak organisasi antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan OPEC.

Bandar seni tersebut terletak di bahagian timur Austria dan berhampiran sempadan Republik Czech, Slovakia dan Hungary.

Pada 2001, pusat bandar Vienna diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia (UNESCO).

Mozart Square, The Horse Fountain dan Cathedral Square antara disenaraikan Unesco. Semuanya itu memperlihatkan unsur-unsur Kristian.

Pelancong yang datang ke sini disajikan detik-detik lama sejarah pada monumen yang membayangkan betapa besar empayar Rom. sumber

PAKISTAN - Gempa Wujudkan Pulau Baru


Foto
Sebuah pulau kecil muncul berhampiran Pelabuhan Gwadar di Laut Arab selepas gempa bumi melanda Awaran, Baluchistan, kelmarin. - Foto AFP
Quetta: Pasukan mencari dan menyelamat Pakistan bertungkus-lumus menyelamatkan ribuan penduduk yang cedera dan kehilangan tempat tinggal selepas rumah mereka ranap dalam gempa bumi kuat, di barat laut negara itu ketika angka kematian meningkat kepada 327 orang, kata pihak berkuasa.

Gempa dengan magnitud 7.7 menggegarkan daerah terpencil Awaran di wilayah Baluchistan, tengah hari kelmarin.. Ia dirasai sejauh New Delhi, ibu kota India yang terletak 1,200 kilometer, namun tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan di sana. 
Seorang pegawai wilayah, Setiausaha Dalam Negeri Tambahan Baluchistan, Zahid Maqsood meletakkan angka kematian kepada 210 orang dan 375 cedera, sementara seorang jurucakap kerajaan wilayah, Jan Mohammad Bulaidi, meletakkan angka kematian kepada 216 orang. 


Pada masa sama pihak berkuasa Pakistan menyiasat sama ada gempa bumi kuat mewujudkan sebuah pulau baru di luar pantai selatan negara itu.

Ketua pengarah Jabatan Meteorologi Pakistan, Arif Mahmood, berkata saksi melaporkan sebuah pulau kecil muncul berhampiran Pelabuhan Gwadar di Laut Arab dan boleh dilihat dari pantai.

“Gempa mungkin menyebabkan bumi di bawah laut naik, namun pihak berkuasa perlu menyiasat perkara itu,” katanya.

Penduduk ketakutan 
Bandar di Pakistan seperti Karachi di sepanjang Laut Arab dan Quetta, ibu kota wilayah Baluchistan, menyaksikan penduduk yang ketakutan berlari ke jalan raya dan berdoa untuk keselamatan mereka.

Tentera Pakistan berkata, mereka menghantar anggota dan helikopter ke Awaran dan kawasan berhampiran di Khuzdar.

Pihak berkuasa tempatan turut menghantar doktor, makanan dan 1,000 khemah untuk mangsa ketika gempa susulan kuat terus menggegarkan rantau itu. Kebanyakan mangsa terbunuh dihempap runtuhan rumah.
AP

Wednesday, September 25, 2013

PAKISTAN - 208 Maut dalam Gempa Bumi

Sekurang-kurangnya 208 orang terbunuh akibat gempa berkekuatan 7.7 pada skala Richter yang melanda sebelah barat daya Pakistan.Dalam pemberitaan yang disiarkan di jaringan televisyen Pakistan, kelihatan rumah-rumah penduduk rata dengan tanah.
Pemerintah Pakistan telah mengirim sekitar 200 askar mereka ke daerah Oran dan Khuzdar, 2 daerah yang terletak sekitar 100 kilometer sebelah utara wilayah Oran.
Tahun lalu, gempa dengan kekuatan besar juga pernah melanda Pakistan, lebih dari 500 orang meninggal akibat gempa di tahun 2012. Pakistan merupakan salah satu negara miskin di benua Asia yang didiami sekitar 180 juta jiwa. SUMBER

HUNGARY - Masjid Zaman Uthmaniyyah Jadi Gereja



BUDAPEST: Dahulunya pernah dijadikan tempat ibadat bagi orang Islam, namun sekarang bertukar menjadi gereja. Ia lokasi utama pelancong ke Hungary.

Senibina cukup mengkagumkan. Puncak menara menerjah ke awam dengan lambang salib. Gereja Matthias sekarang menjadi lokasi warisan sejarah di bawah Unesco. Ia terletak di puncak Matthias.

Masjid muncul ketika tentera Turki daripada kerajaan Uthmaniah menduduki bandar utama di Hungary pada 11 September 1526. Sultan Suleiman yang mengetuai tentera membawa pulang patung-patung gangsa ke Constantinople.

Tiga tahun selepas itu tentera Uthmaniah menduduki Budapest dan pada 1541 Budapest dijajah empayar Uthmaniah.

Tentera Islam juga menduduki Byzantine, Greece dan Bulgaria. Uthmaniah meluaskan empayar sehingga ke Algeria dan Tunisia.

Bagaimanapun selepas satu setengah abad berkuasa kerajaan Uthmaniah mulai goyang. Usaha menawan Vienna pada 1683 menemui kegagalan.

Kerajaan Uthmaniah juga menghadapi Persekutuan Austria, Poland, Venice dan Paus dan Rusia.

Akhirnya pada 1699 empayar Uthmaniah menemui kekalahan sehingga terpaksa menandatangani perjanjian damai Karlovitz dan menyerah wilayah-wilayahnya kepada Austria, Vennice dan Poland.

Pada abad ke-19, kerajaan Uthmaniah semakin kehilangan sebahagian besar wilayah apabila Greece memperolehi kemerdekaan pada 1829.

Malangnya Turki semasa di bawah Mustafa Kamal Ataturk menghapuskan nama kerajaan Uthmaniah pada 1922 dan diganti dengan Republik Turki.

Berdasar kepada perkembangan itu tidak hairanlah Hungary yang kaya dengan senibina berunsur Kristian pernah diwarnai elemen-elemen Islam.

Setidak-tidaknya kelihatan tiga kubah besar termasuk berwarna hijau kelihatan dari puncak Citadella, lokasi yang menempatkan kubu benteng pertahanan Hungary. sumber

FILIPINA - Pemisah Serang Satu Lagi Bandar

Manila: Askar Filipina bertempur lagi dengan anggota kumpulan Pejuang Pembebasan Islam Bangsamoro (BIFF) di Tulunan, Cotabato Utara awal semalam. 

Pegawai Operasi Sivil Tentera Batalion Tentera Darat ke-57, Lt Nasrullah Sema, berkata pertempuran belum tamat di perkampungan Dungos, daerah Del Monte. 
Sekumpulan askar kerajaan sudah dihantar untuk menamatkan ancaman 200 pemisah BIFF selepas pertempuran meletus jam 7 pagi waktu tempatan.


4 guru, 1 budak sempat lari 

Lewat kelmarin, empat guru dan seorang kanak-kanak sempat lari daripada ditahan anggota BIFF. 

Datuk Bandar Romeo Arana berkata, mereka sedang menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital. 

Guru dan kanak-kanak itu dijadikan perisai manusia BIFF ketika kumpulan itu menyerang Midsayap apabila sembilan orang maut. BIFF adalah serpihan kepada pergerakan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF). 
BIFF menentang rundingan damai dengan kerajaan dengan MILF yang mempunyai 12,000 anggota. 

Jurucakap Divisyen Infantri ke-6, Kol Dickson Hermoso, mengesahkan anggota BIFF itu masuk dari Maguindanao dan menyerang Tulunan. 

“Kumpulan ini berbeza. Penyerang di Midsayap jauh dari Tulunan. Tulunan terletak tidak jauh dari pantai Liguasan dekat bandar SK Pendatun di Maguindanao,” katanya. 

Hermoso mengakui pihak berkuasa terkejut dengan serangan itu kerana insiden lalu hanya membabitkan pergaduhan antara anggota keluarga mengenai tanah. 
Bagaimanapun, pertempuran di Barangay Dungos adalah jauh dari pusat bandar. 

Baki tebusan dibebaskan 

Sementara itu, baki tebusan BIFF di Midsayap sudah dibebaskan, menurut laporan. 
Sembilan guru dibebaskan mulai 5.30 pagi di Sitio Payugan, Sambulawan sebelum rundingan diadakan. 

Dalam laporan lain, empat pegawai majlis perbandaran dan seorang setiausaha juga dibebaskan. 

Serangan itu menyebabkan 2,000 keluarga hilang tempat tinggal dan kini dipindahkan ke enam pusat pemindahan sementara. 
AGENSI sumber

Monday, September 23, 2013

MESIR - Semester Baru Dimulakan dengan Demonstrasi

Demonstrasi protes menandakan bermulanya tahun pengajaran baru di Mesir kerana  beberapa mahasiswa ditangkap melakukan demonstrasi melawan pemerintah kudeta yang didukung militer .
Demo hari Ahad diadakan untuk memprotes pembatasan politik serta kebebasan kampus , dan juga  kembalinya pemerintahan militer .
Pemerintah yang didukung militer telah berkuasa sejak 3 Julai kudeta yang menggulingkan Presiden Mohamed Morsi .
” Turun ! pemerintahan militer  Turun , ”  teriakan ribuan mahasiswa di kampus Universiti Kaherah .
Koresponden Al Jazeera di Kaherah , menyatakan potes itu juga terjadi di  terusan Suez , Alexandria , Fayyom , dan di beberapa universiti di Kaherah dan Giza.
” Kejadian ini penting kerana pertama kalinya kampus universiti digunakan sebagai tempat untuk protes  anti – kudeta , ” Sumber Aljazeera mengatakan.
Universiti Mesir merupakan pusat  sejarah kehadiran Ikhwanul Muslimin sebagai garis terdepan gerakan revolusioner itu sejak mantan Presiden Hosni Mubarak digulingkan pada 2011.
Lebih dari 2.000-an aktivis , sebagian besar dari Ikhwanul Muslimin , telah ditangkap di dua bulan terakhir. (Aljazeera/KH) sumber

PALESTIN - Askar Israel Terbunuh

Situasi tegang yang belum pernah terjadi sebelumnya menyelimuti kota Hebron, setelah penjajah Zionis mengumumkan seorang askarnya dibunuh oleh senjata pihak penentang di Palestina berhampiran Majid Ibrahimi. Pos-pos tentera di mana-mana di mana-mana  dengan penyerbuan-penyerbuan dan konfrontasi terus mewarnai kota Hebron.
Pasukan penjajah Zionis mendirikan sejumlah pos militer di gerbang-gerbang, di tengah dan di selatan Hebron. Mereka menggeledah kereta-kereta dan warga Palestin yang melintas. Sementara itu pasukan penjajah Zionis juga melakukan serangkaian penyerbuan dan penggeledahan di sejumlah wilayah di Hebron. Sejumlah warga menjadi mangsa penangkapan pasukan Zionis. sumber

FILIPINA : Nur Misuari Makin Tertekan

Manila: Polis Filipina mula mengemukakan pendakwaan jenayah dan pemberontakan terhadap lebih 200 pemisah Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) kerana menyerang Zamboanga serta mengambil tebusan lebih dua minggu lalu. 

Serangan itu memaksa pihak berkuasa menghantar beribu-ribu askar ke Zamboanga bagi menamatkan ketegangan, kata pendakwa di sini semalam. 
Kumpulan pertama pemisah yang didakwa ialah pemimpin bersenjata tertingginya, Habier Malik dan tiga lagi yang masih bebas, kata pendakwa kanan, Aristotle Reyes said. 


Sebanyak 25 aduan lagi dikenakan ke atas mereka yang sudah ditahan atau menyerah diri. 

Dakwaan seterusnya akan dikemukakan ke atas pemimpin MNLF, Nur Misuari (gambar) kerana bersubahat dan menawan kawasan penduduk serta menjadikan mereka tebusan sekali gus melanggar undang-undang menekankan kepada menghormati prinsip kemanusiaan. 

Terlepas kepungan 

Di Zamboanga, panglima MNLF, Habier Malik yang mengetuai serangan di sini mungkin terlepas kepungan tentera dan sudah berada di Sulu. 
Malik adalah orang kanan Nur Misuari dan mengetuai anggota MNLF masuk ke Zamboanga pada 9 September lalu. 

Dia dilaporkan berjaya lari daripada ditahan askar Filipina dengan menggunakan bot laju, meninggalkan anggota MNLF lain yang masih berada di sini, lapor sumber perisikan kepada Manila Times. 

Tidak dapat dipastikan sama ada Malik yang menghadapi tuduhan memberontak sudah ada di Sulu atau berlindung di Basilan, tidak jauh dari sini. 

Ada juga laporan lain mengatakan Malik masih terperangkap di Santa Catalina. 
Malik pernah menahan lebih sedozen tebusan termasuk Jeneral Benjamin Dolorfino di Sulu pada 2007. 

Anggota pemisah dibawah Malik dan Khaid Ajibun menahan Dolorfino dan Setiausaha Rendah Pertahanan, Ramon Santos dan 23 askar dan petugas penasihat damai, Jesus Dureza ketika menuntut pembebasan Misuari yang ditahan di Manila atas dakwaan memberontak. 

Misuari menandatangani perjanjian damai dengan Manila pada September 1996, menamatkan pemberontakan lebih 20 tahun di Mindanao. 

Kurang bekalan makanan 

Pertempuran masih berlaku sekali sekala di Zamboanga dengan pihak berkuasa berkata, pemisah kini semakin kekurangan bekalan makanan dan peluru selepas tentera menawan semula beberapa kedudukan strategik di sebuah perkampungan Santa Barbara daripada pemberontak MNLF. 

Tentera berkata, sekurang-kurangnya 78 pemisah sudah terbunuh dan lebih 130 lagi sama ada ditahan atau menyerah diri. 

Seramai 15 anggota tentera dan polis juga terkorban dalam pertempuran manakala 126 lagi cedera. 
AGENSI sumber

Saturday, September 21, 2013

MESIR - Banduan Dilarang Solat di Masjid Penjara

Beberapa akhbar Mesir menyatakan adanya sekitar 300 tahanan dari gerakan Islam Mesir menyatakan mogok makan di dalam penjara “Tora” disebabkan larangan dari pihak penjara untuk melaksanakan solat di masjid penjara.
Ali Jamal, orang tua dari salah satu tahanan mengatakan bahawa anaknya menyampaikan kepadanya bahawa hampir 300 tahanan di Tora telah melakukan aksi mogok makan, hal tersebut disebabkan perlakuan buruk dan adanya penyeksaan terhadap beberapa tahanan, dan selain itu pihak penjara juga melarang mereka melaksanakan solat di sebuah masjid di penjara selama dua hari atas alasan keamanan.
Dia menambahkan bahawa para tahanan sering “bergaduh” dengan para pemimpin penjara sejak keputusan melarang solat di masjid penjara, sebagaimana menurut pihak yang bertanggung jawab di penjara bahwa hal tersebut dilakukan dengan alasan keamanan. (hr/Im) sumber

MESIR - Arahan Tangkap Qardhawi

Ketua Pendakwaraya Pemerintahan Kudeta Mesir  mengeluarkan surat perintah penangkapan  atas  ulama Sheikh Yusuf al-Qaradawi.
Mesir menuduh  ulama tersebut menghasut untuk melakukan pembunuhan pasukan keamanan Mesir dan ikut campur dalam urusan negara Mesir.
Qaradawi telah menjadi pengkritik tajam atas militer di negara itu setelah penggulingan  Presiden terpilih pertama Mesir, Mohamed Morsi, pada bulan Juali lalu.
Sementara itu, gabungan Anti-Kudeta ,  telah meminta rakyat Mesir untuk mengadakan demonstrasi anti-pemerintah militer selama seminggu mulai Jumaat lalu di seluruh negara. (PtV/KH) sumber

Friday, September 20, 2013

IRAN Tidak Benci Yahudi

Seorang Yahudi  anggota Parlimen Iran akan menemani Presiden Hassan Rouhani  melakukan perjalanan ke New York minggu depan untuk menghadiri sidang umum PBB .
Siamak Moreh Sedgh , yang mewakili komuniti Yahudi Iran di dalam  parlimen negara itu , akan mencuba untuk membantu Rouhani merubah citra republik Islam di panggung dunia setelah lapan tahun sebelumnya dibawah Presiden Mahmoud Ahmadinejad , yang mengeluarkan pernyataan kontroversial tentang Holocaust .
Langkah ini dilakukan setelah Rouhani berjanji untuk bekerja untuk meningkatkan hak-hak rakyat bagi minoritas Iran-Yahudi dan memberikan peranan yang lebih besar bagi mereka di pemerintahan ketika dia dilantik  pada bulan Juni .
Sedgh , adalah satu-satunya anggota parlimen yang bepergian dengan Rouhani untuk PBB .  Setelah revolusi konstitusional , yang berlangsung antara 1905-1907 , Yahudi Iran diberikan kerusi di parlemen. .
Setelah penggantian Ahmadinejad dari kekuasaan , Rouhani tampaknya  berinisiatif untuk memberitahu dunia bahwa Iran , tidak membenci Yahudi . Bahkan akaun Twitter Rouhani baru-baru ini mengejutkan banyak pihak dengan posting menyatakan selamat atas tahun baru Yahudi . dan kemudian Menteri Luar Negeri Iran , Mohammad Javad Zarif , mengikuti jejak Rouhani untuk mengucapkan selamat atas acara tahun baru  Yahudi tersebut.
” Bangsa Yahudi adalah minoriti yang diakui di Iran dan memiliki perwakilan yang aktif di parlimen , ” kata Zarif dalam tweet-nya pada awal September , menurut Teheran Times.
” Kami tidak pernah melawan orang-orang Yahudi . Kami menentang Zionis yang merupakan  kelompok kecil di Bangsa Yahudi , ” katanya . ” Kami tidak mengizinkan kaum Zionis untuk menyatakan  Iran sebagai negara anti – Semit dalam propaganda mereka sehingga mereka dapat menutupi jenayah mereka terhadap rakyat Palestin dan Lebanon . ”
Iran diyakini memiliki populasi Yahudi terbesar di Timur Tengah setelah Israel . Populasi Yahudi di negara itu menurun setelah revolusi Syiah 1979 karena banyak anggotanya beremigrasi ke Israel atau negara-negara lain di seluruh dunia .
Yahudi rasmi yang diakui agama minoriti yang terwakili dalam parlimen Iran . Seperti Yahudi, Zoroastrianisme juga memiliki kerusi di parlemen, begitu juga Kristian , terutama karena populasi mereka lebih besar . (Guardan/Dz) sumber

LIBYA - Anak Gaddafi Dengar Dakwaan

Tripoli: Proses untuk membicarakan anak bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, Seif al-Islam bermula semalam, apabila dia dihadapkan di depan hakim atas tuduhan mengancam keselamatan negara. 

Seif yang dilaporkan akan dibawa dari bandar Zintan ke ibu negara kemudian mendengar hakim memutuskan untuk menangguhkan perbicaraan sehingga 12 Disember depan. 
Sesi di Zintan berasingan daripada prosiding lain kerana membabitkan tuduhan membunuh dan jenayah lain ketika perang lapan bulan pada 2011. 


Sesi pendakwaan 

Prosiding lain akan dilangsungkan di ibu negara dan akan membabitkan pendakwaan terhadap 37 lagi bekas anggota pentadbiran Gaddafi. 

Ketua pendakwa raya, Abdulqader Radwan memberitahu wartawan bahawa sesi di Zintan hanya membabitkan sesi mengemukakan dakwaan dan bukannya permulaan perbicaraan. 

Antara yang bakal didakwa, termasuk bekas ketua perisikan, Abdullah al-Senussi yang dituduh melakukan jenayah ketika pemberontakan berlangsung. 
Orang lain, termasuk bekas Perdana Menteri, Baghdadi al-Mahmudi dan Mansur Daw yang mengetuai Pengawal Rakyat. 

“Kami sudah hantar arahan pemindahan orang yang didakwa dalam kes nombor 630, termasuk Seif,” kata Radwan. - AFP sumber

FILIPINA - 8 Anggota MNLF Terbunuh

Zamboanga: Askar Filipina membunuh lapan pemisah Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) semalam ketika meneruskan operasi memburu anggota kumpulan itu yang dipercayai masih memiliki 25 tebusan. 

Seorang askar juga maut, menjadikan angka kematian selepas 11 hari pertempuran meningkat kepada 114, kata tentera. 
Seramai 15 anggota MNLF dilaporkan media tempatan menyerah diri semalam. Korban baru itu dilaporkan ketika pemerhati hak asasi manusia melaporkan kedua-dua pihak memcabul hak asasi dengan pemberontak menggunakan penduduk Kristian sebagai perisai manusia. 



“Kedua-dua belah pihak perlu ambil langkah mengelak korban baru,” kata pengarah Human Rights Watch Asia, Brad Adams. 

Beratus-ratus anggota MNLF masuk Zamboanga pada 9 September lalu untuk mengisytiharkan kemerdekaan dan memusnahkan rundingan damai antara Manila dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).  sumber

Thursday, September 19, 2013

Tentera Laur MESIR Tembak Kapal Pelarian SYRIA dan PALESTIN

Tentera laut Mesir menembak sebuah kapal yang membawa ratusan imigran pelarian Syria dan Palestin di Laut Mediteranian dalam perjalanan menuju pantai Itali pada hari Selasa (17/09) malam.
Seorang wanita dan seorang lelaki asal Palestin dilaporkan terbunuhsetelah perutnya tertembus timah panas Angkatan Laut Mesir, sementara yang lain ditahan pihak berkuasa Mesir di pelabuhan Alexandria.
Menurut kata saksi kepada Al Jazeera, bahawa “mereka naik perahu dari pantai Mesir ke arah pesisir Itali di Laut Mediteranian, tapi sebelum mereka meninggalkan wilayah perairan mereka dikejar oleh Angkatan Laut Mesir, dan langsung menembak badan kapal, akibatnya dua orang terbunuh dan beberapa orang lainnya cedera.”

Dia menambahkan bahwa “negosiasi dengan pihak tentera untuk melepaskan mereka dan mengembalikan Paspor tidak menghasilkan apa-apa.”
Sebanyak 200 imigran pelarian Palestin dan Syria berusaha lari dari Syria menuju Itali, sebahagian besar penumpang kapal terdiri dari anak-anak. Mereka terpaksa keluar dari Syria akibat konflik berdarah yang telah berlangsung 2 tahun lebih.  sumber