Tuesday, November 26, 2013

AM - Kanak2 8 Tahun Jadi Janda Termuda

Lucknow: Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun menjadi janda paling muda di India selepas ibu bapanya memfailkan permohonan cerai bagi pihaknya sekali gus mencetuskan perdebatan antara perkahwinan terlarang dan gesaan kerajaan supaya satu siasatan dijalankan ke atasnya.

Akhbar Daily Mail melaporkan, kanak-kanak perempuan itu dikahwinkan ketika berusia empat tahun dengan seorang budak lelaki berusia 10 tahun dari perkampungan yang sama di Uttar Pradesh. 

Bagaimanapun, minggu lalu, empat tahun selepas perkahwinan dilangsungkan, suami kanak-kanak itu yang sudah berusia 14 tahun datang ke rumah keluarga mentuanya untuk membawa isterinya yang kini berusia lapan tahun, pulang ke rumah keluarganya. 


Timbul kemarahan

“Ketika itu, ibu bapa kanak-kanak perempuan terbabit mula menyedari bahawa anak mereka terlalu muda dan meminta suaminya menunggu sehingga dia berusia 18 tahun, sebelum boleh ke rumah keluarga mentuanya.

“Permintaan ibu bapa kanak-kanak itu menimbulkan kemarahan kepada keluarga pihak lelaki menyebabkan berlaku pergaduhan dan membuatkan bapa kanak-kanak perempuan itu memfailkan tuntutan cerai bagi pihak anaknya,” lapor akhbar itu.

Sementara itu, Suruhanjaya Kebangsaan Bagi Hak Wanita India kini mengambil alih kes itu. AGENSI

sumber

Rakyat MALAYSIA Jadi Hamba di BRITAIN Mungkin Siti Aisyah

Wanita misteri warga Malaysia berumur 69 tahun yang dijadikan hamba selama 30 tahun di London berkemungkinan bernama Siti Aishah Abdul Wahab, kata bekas aktivis mahasiswa, Hishamuddin Rais (gambar).
Wanita itu merupakan salah seorang daripada tiga wanita yang dibebaskan pada 25 Oktober di London selepas salah seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan. Dua lagi wanita adalah warga Ireland berumur 57 tahun dan warga Britian berumur 30 tahun.
Polis Britian masih belum mendedahkan identiti ketiga-tiga wanita tersebut  tetapi memaklumkan bahawa sepasang suami isteri ditahan berkait dengan kes itu.
Hishamuddin yang hidup dalam buangan di London pada lewat 1970-an berkata, Siti Aishah aktif dengan kumpulan mahasiswa Malaysia berhaluan kiri yang menggelarkan diri mereka "New Malayan Youth" di ibu kota Britian pada ketika itu.
"Abang dia ada cari saya pada 1991 minta tolong carikan Aishah yang dikatakan hilang kerana kami berasal dari daerah sama," katanyaa kepada The Malaysian Insider ketika ditemui awal pagi ini.
"Saya juga menetap di Brixton, London, di mana lokasi wanita itu ditemui," kata bekas aktivis mahasiswa yang menggendalikan blog “TukarTiub” itu.
Hishamuddin berkata, Siti Aishah merupakan pengikut kepada fahaman Marxist-Leninist dan pemikiran bekas pemimpin besar China Mao Tse Tung.
Difahamkan, "New Malayan Youth" adalah pertubuhan mahasiswa yang menggabungkan pelajar berhaluan kiri dari Malaysia dan Singapura pada 1970-an.
Hishamuddin yang pulang ke Malaysia pada 1994 selepas bertahun-tahun hidup dalam buangan berkata, Siti Aishah merupakan bekas penuntut Kolej Tunku Kursiah (TKC), Seremban dan kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang Juruukur Bahan (QS) di London di bawah biasiswa "Colombo Plan".
Bekas aktivis mahasiswa itu mendakwa, beliau berasal dari daerah yang sama dengan Siti Aishah iaitu di Jelebu, Negeri Sembilan dan kakak kepada wanita itu adalah gurunya di sekolah menengah.
Polis Britain berkawal di depan hartanah di Lambeth, selatan London, rumah dipercayai lokasi perhambaan tiga wanita termasuk seorang rakyat Malaysia. Gambar Reuters.Hishamuddin menetap di London selama 15 tahun dan menuntut ilmu Asas Seni di Brixton College sebelum melanjutkan pelajaran Ijazah Sarjana Muda Kajian Filem dan Video di University of Westminster, London.  Alamat terakhir beliau di London adalah di Coldhabour Lane, Brixton.
Akhbar Britian melaporkan pasangan yang ditahan ialah Aravindan Balakrishnan, juga dikenali sebagai “Comrade Bala” dan isterinya Chanda dari Tanzania, tetapi Hishamuddin berkata, lelaki itu turut dikenali sebagai “Chairman Ara” dan berasal dari Singapura.
Polis Britian mengesahkan pasangan itu pernah ditahan pada 1970-an tetapi tidak menyatakan sebabnya.
Polis juga enggan mengesahkan identiti pasangan itu yang dibebaskan dengan ikat jamin sehingga tarikh perbicaraan pada Januari depan tetapi mengatakan ketiga-tiga wanita itu tidak kelihatan seperti didera secara seksual.
Polis tidak menolak dakwaan wanita itu dipukul.
Turut difahamkan, wanita Malaysia itu berada dalam keadaan yang 'sangat trauma' dan ditempatkan di satu lokasi selamat tetapi alamat rumah lokasi di mana jenayah tersebut berlaku tidak didedahkan.
Menurut kenyataan polis, kedua-dua suspek bukan warganegara Britain.
Ketiga-tiga mangsa bebas daripada “perhambaan” selepas salah seorang daripada mereka menghubungi badan kebajikan Freedom Charity pada 18 Oktober.
Menurut laporan media Britain, Pengasas Freedom Charity, Aneeta Prem bertemu dengan ketiga-tiga wanita berkenaan Khamis lalu.
Laporan media juga menyebut mangsa didera secara fizikal dan dikawal emosi dalam kes perhambaan yang disifatkan sebagai "rumit dan menyayat hati".
Polis dipetik sebagai berkata, mereka masih menyiasat apakah "gari tidak nampak" yang digunakan untuk memanipulasi ketiga-tiga mangsa.
Polis menghabiskan masa 12 jam untuk mencari lokasi perhambaan berkenaan dan mengumpul 55 beg bahan bukti dan 2,500 eksibit. -26 November, 2013. sumber

TAMAN SYURGA - 28-30 Nov, Stadium Sultan Abdul Halim


Friday, November 22, 2013

PALESTIN - Israel Bimbang Teknologi Terkini Hamas

Tentera Israel menyatakan kekhuatiran atas perkembangan teknologi yang dicapai Brigaed Izzuddin Al Qassam, dalam aksi intelejen terhadap pergerakan tentera Israel.
Kekhuatiran ini diungkapkan oleh salah seorang pegawai tinggi tentera Israel di wilayah selatan yang mencakup Jalur Gaza, di salah satu laman internet ‘walla.co.il’.
Dalam keterangannya dia mengatakan bahawa “ada kekhuatiran mendalam tentera Israel mengenai program baru Al Qassam yang mengumpulkan informasi tentang pergerakan tentera melalui penggunaan kamera balon.”
Dia menambahkan “Hamas kini sedang mempersiapkan untuk memulai pelaksanaan program baru untuk mengumpulkan informasi tentang pergerakan tentera Israel di sepanjang tanah dan perbatasan di Jalur Gaza. Dan nantinya program tersebut dapat mengumpulkan informasi dari dalam wilayah Palestin.”
Laman ini juga menunjukkan salah satu aktiviti balon dengan gas helium akan dipasang kamera pengintai untuk mengambil gambar lokasi militer di Israel .
Menurutnya Hamas bukan hanya berusaha mengembangkan kemampuan militernya melalui teknologi roket dan memiliki berbagai jenis senjata, akan tetapi mereka juga mengembangkan departemen khusus untuk mengumpulkan intelijen mengenai tentera Israel dan warganya. sumber

IRAQ - Bom Kereta, 32 Maut

Baquba: Bom kereta yang meletup di tengah pasar makanan sesak di utara Baghdad mengorbankan 32 orang semalam, ketika angka kematian tahun ini melepasi 5,800 di tengah peningkatan keganasan di seluruh negara. 

Baghdad merayu bantuan antarabangsa menangani pertumpahan darah paling buruk di negara itu sejak 2008, beberapa bulan sebelum pilihan raya umum Iraq pertama dalam masa empat tahun. 

Pegawai meluahkan kebimbangan berhubung kebangkitan semula al-Qaeda berikutan perang saudara di Syria yang menyediakan rangkaian kumpulan jihad dengan peningkatan ruang merancang dan melancarkan serangan di Iraq. 


Serangan semalam berlaku sehari selepas siri serangan, kebanyakannya bom kereta menyasarkan penempatan Syiah di Baghdad, mengorbankan 59 orang dan mencederakan lebih 100 dalam angka kematian tertinggi bulan ini di negara itu. 

Sasar kawasan awam 

Pengeboman terbaru itu berlaku pada waktu tengah hari berhampiran sebuah kafe di pasar makanan di bandar Saadiyah, di wilayah Diyala yang penduduknya pelbagai etnik di timur laut Baghdad. 

Sekurang-kurangnya 32 maut dan 40 cedera dalam letupan, kata pegawai polis dan doktor. 
Kebanyakan penduduk Saadiyah berketurunan Faylis, atau Syiah Kurdis, dan terletak di wilayah yang dikehendaki pemimpin Kurdis digabungkan dengan kawasan autonomi di utara berhubung tentangan kerajaan pusat. 

Militan kerap mengeksploitasi komunikasi teruk antara puak Kurdis dan tentera kerajaan pusat untuk melancarkan serangan. - AFP sumber

INDONESIA - Gempa Bumi di Sulawesi

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter melanda Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada 1.37 tengah hari tadi. 

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berpusat di 79 kilometer barat daya Gorontalo di Indonesia dan 715 kilometer tenggara Semporna, Sabah.  sumber

BRITAIN - Wanita MALAYSIA Jadi Hamba 30 Tahun

Wanita Malaysia antara 3 dibebaskan 30 tahun jadi hamba di LondonKETUA Unit Pemerdagangan Manusia Polis Metropolitan London, Kevin Hyland, berkata kepada media mengenai penahanan dua orang - seorang lelaki dan seorang wanita, masing-masing berusia 67 tahun - ditahan awal pagi semalam, kerana disyaki menggunakan buruh paksa. - Foto AP
LONDON: Tiga wanita, termasuk seorang warga negara Malaysia (*tak dimaklumkan agama apa) diselamatkan selepas menghabiskan masa lebih 30 tahun ditahan di dalam rumah di selatan London, termasuk seorang dipercayai menjadi hamba sepanjang usianya.

Polis Metropolitan London mengumumkan kejayaan operasi menyelamat itu selepas dua orang - seorang lelaki dan seorang wanita, masing-masing berusia 67 tahun -ditahan awal pagi semalam, kerana disyaki menggunakan buruh paksa. 

Kedua-dua suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan. 


Penahanan itu adalah sebahagian daripada penyiasatan membabitkan penggunakan hamba selepas seorang wanita menghubungi badan amal mendakwa dia ditahan bersama dua yang lain.

Badan kebajikan itu kemudian membuat laporan polis dan wanita berkenaan, warga negara Malaysia berusia 69 tahun dan seorang wanita warga Ireland berusia 57 tahun dan wanita Britain berusia 30 tahun - dibebaskan pada 25 Oktober lalu.

Ketua Unit Pemerdagangan Manusia Polis Metropolitan London, Kevin Hyland, berkata wanita berkenaan kini dalam keadaan 'amat trauma' dan tidak pernah terdedah di dunia luar yang sebenar sejak 30 tahun lalu.

“Untuk cuba mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku sejak tiga dekad lalu tentunya akan mengambil masa," katanya. 
Polis setakat ini tidak mendedahkan warga negara suspek terbabit dan sama ada suspek adalah pasangan suami isteri.

Namun persoalan berkisar bagaimana semua wanita ini boleh terperangkap dan dalam tempoh yang sangat lama. 

Apakah yang membawa mereka ke London? Apakah jiran pernah melihat mereka? Adakah mereka cuba untuk melarikan diri?

Haylan berkata, nama semua wanita terbabit bagaimanapun tidak didedahkan dan mereka kini dalam keadaan selamat di satu lokasi di Britain. - AP sumber

Thursday, November 21, 2013

MACEDONIA - Muslim Bantah Salib Raksasa



Giant Cross Angers Macedonia Muslims
Sebuah keputusan oleh pemerintah kota Aerodrom untuk mendirikan sebuah salib Kristian setinggi 33 meter  di ibukota Macedonia , agar dapat  dilihat oleh  majoriti Muslim di Skopje , telah mencetuskan  kecaman dari  Muslim dan bahkan non – Muslim sebagai mengabaikan keperluan mereka .
” Sudah banyak gereja dan masjid , ” ujar Adem Ahmet , seorang warga etnik Albania lansia di kota  Skopje mengatakan kepada BIRN ( Balkan Investigative Reporting Network ) pada hari Isnin, 11 November.
” Tidak ada perlunya  untuk monumen tersebut , ” tambahnya .
Rencana untuk membangun salib tinggi di kotamadya Aerodrom di ibukota Macedonia diumumkan baru-baru ini .
Salib, dengan 33 meter yang melambangkan usia Yesus , akan dibangun dalam waktu satu tahun dan akan dibiayai oleh sumbangan .
Menurut inisiator proyek , organisasi non -profit pan – Macedonia, Macedonia World Congress , salib akan terlihat di bahagian mayoritas Muslim Albania Skopje . sumber
.

SWEDEN - Masjid Dilempar Babi

Swedens Azan Mosque Vandalized
STOCKHOLM –  serangan atas masjid yang belum pernah terjadi sebelumnya di  Sweden , sebongkah bangkai babi telah dilemparkan ke bahagian  masjid Stockholm setelah penyerang menghancurkan tingkap pada pintu utamanya .
” Sesaat sebelum pukul 11.00 kami menerima telepon dari masjid di Fittja , pelapor tersebut baru saja tiba dan menemui bangkai  babi telah berada di dalam Masjid , ” kata pejabat polis Ulf Lindgren kepada Agence France Presse ( AFP ) pada hari Isnin, 18 November.
Insiden ini diklasifikasikan sebagai tindakan ‘ vandalisme ‘ dengan dasar  jenayah kebencian , menurut laporan polis .
Saat ini pihak kepolisian menanyakan beberapa  saksi di sekitar lokasi , polisi mengatakan belum ada suspek yang telah diidentifikasi sebagai pelaku. Kesannya , situasi  keamanan telah diintensifkan di sekitar Masjid Fittja untuk mencari petunjuk atas insiden rasial tersebut .
Masjid Fittja  dibangun di daerah Fitjja Stockholm pada tahun 2007 . Masjid ini adalah satu-satunya di negeri Sweden yang boleh melaungkan  azan dengan pembesar suara, Setiap Jumaat Masjid ini dihadiri oleh lebih dari 1.500 jemaah .
(OI.net/KH) sumber

INDONESIA - Polis Wanita Dibenarkan Bertudung

Polis wanita boleh  berhijabSeorang anggota polis wanita di daerah Malang mengenakan tudung ketika menjalankan tugas.
Jakarta: Polis Republik Indonesia memberi kebenaran kepada anggota wanitanya memakai hijab atau tudung kepala, selepas menerima permohonan mereka.

“Ia adalah hak. Saya sudah tegaskan perkara ini kepada semua kakitangan. Jika polis wanita mahu memakai tudung, mereka boleh lakukannya tetapi kami tiada bajet khas untuk pakaian itu,” kata Ketua Polis Negara Jeneral Sutarman ketika diminta mengulas mengenai perkara itu, semalam. 
Mula berhijab 

MUI terus menerima laporan daripada polis wanita yang mendakwa tidak dibenarkan menjalani sesi latihan kerana mereka memakai tudung’” Tengku Zulkarnain, Setiausaha Agung MUI

Beliau berkata, terdapat sebilangan anggota polis wanita di Aceh, mula memakai hijab ketika menjalankan tugas.

Jabatan Polis Indonesia sebelum ini mengeluarkan peraturan pemakaian seragam anggota polis pada 2005 yang melarang anggota wanitanya memakai tudung kepala ketika bertugas.

Bagaimanapun, jurucakapnya Komander Kanan, Agus Rianto, menafikan perkara berkenaan dan menegaskan tidak ada sebarang fasal khusus yang melarang polis wanita daripada memakai tudung ketika mereka menjalankan tugas.

Beliau berkata, kod etika berpakaian itu mengecualikan polis wanita di Aceh, kerana wilayah itu ditadbir oleh undang-undang syariah. 
Cetuskan bantahan

Larangan berkenaan bagaimanapun mencetuskan bantahan beberapa pertubuhan Islam termasuk Majlis Ulama Indonesia (MUI) apabila Timbalan Setiausaha Agungnya, Tengku Zulkarnain, berkata polis wanita perlu dibenarkan memakai tudung ketika bertugas.

“Tiada alasan untuk larangan itu. Ramai polis wanita yang menyatakan mereka lebih suka dan selesa memakai tudung ketika bertugas,” katanya.

Tengku Zulkarnain berkata, di sebalik pemansuhan larangan itu MUI terus menerima laporan daripada polis wanita yang mendakwa tidak dibenarkan menjalani sesi latihan kerana mereka memakai tudung.

Beliau berkata, kebenaran memakai tudung akan memulihkan imej polis yang tercalar akibat beberapa skandal termasuk seks dan gambar tidak senonoh anggotanya. - AGENSI sumber

BURMA - Cubaan Bom Masjid Digagalkan

YANGON: Polis Myanmar berkata pihaknya menahan tiga orang disyaki merancang serangan bom terhadap masjid, ketika negara itu berhadapan dengan ketegangan agama selepas kebangkitan anti Islam. 

Semua suspek adalah lelaki Buddha dari negeri barat Rakhine, yang dilanda dua rusuhan tahun lalu menyaksikan berpuluh maut dan 140,000 hilang tempat tinggal, kebanyakan mereka adalah penduduk Islam Rohingya. 

“Mereka merancang untuk memasang bom di masjid selepas menghadiri latihan di negeri sempadan Karen,” kata seorang pegawai polis di Yangon kepada AFP, merujuk kepada sempadan timur negara itu. 


Beliau berkata pihak berkuasa meneruskan siasatan terhadap kes berkenaan. Myanmar terus dilanda ketegangan selepas tercetusnya konflik agama yang membunuh kira-kira 250 penduduk. 

Satu laporan dalam New Light of Myanmar semalam berkata satu serbuan di sebuah rumah tumpangan di kawasan Yangon mendapati seorang lelaki berusia 34 tahun sedang membuat bom menggunakan serbuk bahan letupan dan bahan berkaitan pada 13 November. 

Katanya siasatan lanjut membawa polis kepada penahanan dua lagi suspek berusia 31 dan 28 tahun pada awal Sabtu. – AFP sumber

SYRIA - Senjaya Kimia Mungkin Dimusnah di Laut


Foto
Warga Syria yang melarikan diri daripada keganasan terbaru di wilayah Qalamoun, berbaris untuk didaftarkan Suruhanjaya Bagi Orang Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) di Arsal, Lembah Bekaa, semalam. - Foto AFP
OPCW masih kaji usaha hapuskan sisa toksik

Geneva: Senjata kimia Syria mungkin diproses dan dimusnahkan di laut, kata sumber yang biasa dengan perbincangan badan antarabangsa yang bertanggungjawab menghapuskan senjata toksik. 

Empat hari selepas Albania menolak permintaan Amerika Syarikat menjadi hos loji penghapusan senjata, diplomat Barat dan pegawai Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) di The Hague berkata ia mengkaji sama ada akan meneruskan usaha itu di laut, di atas kapal atau pantai luar pesisir. 


Pegawai OPCW yang mengesahkan perbincangan itu berkata belum ada keputusan dibuat setakat ini.

“Satu-satunya perkara diketahui ketika ini adalah ia dilaksanakan secara teknikal,” katanya.

Tak pernah dilakukan

Walaupun negara lain, terutama Jepun, menghapuskan senjata kimia di laut, operasi besar-besaran dan kompleks untuk memusnahkan senjata kimia Syria di laut tidak pernah dilakukan sebelum ini. 
Pakar bebas berkata, disebabkan cabaran besar untuk meneutralkan lebih 1,000 tan bahan kimia dan keengganan kerajaan seperti Albania menjadi lokasi untuk pemusnahan senjata terbabit, kaedah pemusnahan di laut terus dipertimbangkan.

“Ada perbincangan mengenai kemungkinan memusnahkan senjata terbabit di atas kapal,” kata pegawai Amerika.

Presiden Bashar al-Assad bersetuju menyertai larangan global ke atas senjata kimia selepas Washington mengancam melancarkan serangan udara berikutan serangan gas sarin ke atas wilayah dikuasai pejuang pemisah Ogos lalu, yang didakwa kerajaan dilakukan musuh.

Hantar ke luar negara

Pemeriksa OPCW memeriksa perisytiharan Syria mengenai 1,300 tan sarin, gas mustard dan ejen kimia lain, memutuskan minggu lalu kebanyakan bahan bahaya perlu dihantar ke luar negara menjelang akhir tahun dan dimusnahkan pada pertengahan 2014.

Walaupun pertempuran mengawal laluan dari ibu negara ke pelabuhan Latakia menimbulkan persoalan berhubung pemindahan kimia ke pantai, keengganan Albania Jumaat lalu mengejutkan perunding, kata sumber. - REUTERS sumber

MESIR - 11 Askar Maut di Sinai

KAHERAH: Sebelas askar Mesir terbunuh apabila sebuah bom kereta meledak di Sinai dalam siri serangan terbaru susulan penggulingan Presiden Mohamed Morsi. 

Semua mangsa maut di tempat kejadian apabila kereta berkenaan meletup ketika bas yang membawa askar berkenaan melalui Bandar El-Arish, ibu negeri Sinai.  sumber

Wednesday, November 20, 2013

PALESTIN - Askar Zionis Tangkap 8 Pemuda




Pasukan Zionis menangkap 8 warga Palestin dalam serbuan yang dibuat di kota Ya’bud, Jenin Selatan. Serbuan ini diiringi dengan tembakan intensif dan bom suara serta perusakan harta benda milik warga Palestin.

Sumber tempatan menyatakan, puluhan askar Zionis menyerbu kota pada tengah malam dan terus berada di kawasan sampai Rabu pagi (20/11), mereka memecah masuk ke sejumlah rumah, dan menangkap 8 orang dari mereka, sehingga selama sebulan ini jumlah yang ditangkap bertambah menjadi 20 orang.

Menurut sumber, lapan orang tersebut berusia antara 16 sampai 23 tahun. Pasukan zionis memeriksa rumah mereka menggunakan anjing pengesan, dan melarang keluar masuk warga untuk beberapa jam, sebelum kemudian mereka berambus dari kawasan tersebut.

Kepada koresponden kami, sumber menyatakan, penangkapan merupakan sanksi kolektif sejak sebulan lalu, yang dilandasi serangan terhadap bis zionis dekat kawasan Ya’bud. (qm)

PALESTIN - Tahanan Dipindahkan ke Penjara Berbeza


s

Pusat Peneliti Urusan Tawanan Palestin melaporkan, pihak penjara zionis beberapa hari lalu memindahkan sejumlah pimpinan tawanan Hamas ke sejumlah penjara berbeza secara paksa.

Pegawai Biro Media Pusat Peneliti di Tebing Barat, Aminah Thawil menjelaskan, pihak penjara zionis memindahkan secara paksa sekjen gerakan tawanan Hamas, di penjara Negev, Ibrahim Muhammad Abbasi ke ke penjara Jalbu, beliau ditawan sejak 15 tahun lalu, dan divonis 18 tahun. Tindakan serupa menimpa Mutasim Taisir, anggota lembaga pimpinan tinggi tawanan Hamas, dari penjara Negev ke penjara Ofer, beliau ditawan sejak 13 tahun lalu dan divonis 15 tahun. Sementara Muhammad Naji Sabha, Sekjen Tawanan Hamas dari penjara Ofer ke penjara Magdo, beliau ditawan sejak 13 tahun lalu, dan divonis 15 tahun penjara.

Hal serupa dialami Rafat Nashef, tawanan administratif, dipindahkan paksa dari penjara Negev ke penjara Magdo, setelah diisolasi lebih dari 3 minggu secara berturut-turut.

Thawil menyebutkan, penjajah zionis menggunakan langkah pemindahan paksa terhadap para pimpinan tawanana, untuk melemahkan kekuatan para tawanan. Thawil menuntut segenap media untuk menyoroti persoalan tawanan Palestin di penjara zionis, dan mendukung perjuangan mereka. sumber

PALESTIN - Jet Israel Tembak 7 Roket ke Gaza

Pesawat tempur Israel menembakkan 7 roket pada Selasa (19/11) malam ke pelbagai wilayah di Jalur Gaza.
Seperti disiarkan Sky News Arabia dari seorang sumber pihak keamanan Palestin mengatakan bahawa “serangan tersebut tidak menyebabkansebarang kematian atau kecederaan.”
Dia menambahkan baahwa “sebanyak 3 roket Israel disasarkan mengenai tempat pelancar roket milik Briged Al-Quds, sayap militer dari gerakan Jihad Islam di Jalur Gaza utara, sementara  3 roket jatuh di kawasan pertanian kosong dan satu buah roket lainnya jatuh di pertenakan ayam sebelah timur Khan Younis. sumber

PALESTIN - Pendatang Yahudi Ceroboh Al-Aqsa

Puluhan pemukim “Israel” menyerbu kompleks Masjid Al-Aqsa di kota Al – Quds ( Jerusalem Timur ) pada Selasa (19/11/2013) dalam pencerobohan terbaru terhadap laman suci ketiga umat Islam.
Menurut Yayasan Aqsa untuk Wakaf dan Warisan, 166 orang pemukim Israel dan mahasiswa menyerbu kompleks  pada Selasa pagi, sebagaiman disiarkan oleh WordBulletin, Rabu (20/11).
“Para penyusup menyerbu Masjid Al-Aqsha, disertai dengan beberapa rabi,” kata yayasan itu dalam sebuah pernyataan.
Penjaga Masjid, Naser Qoues, mengatakan bahawa polis “Israel” telah menolak akses terhadap empat mahasisa Palestin yang akan ke tempat suci tersebut.
SUMBER

LEBANON - Bom, 23 Maut Berhampiran Kedutaan IRAN

23 maut  kena bomKeadaan di sekitar Kedutaan Iran di Beirut selepas dua letupan berlaku. Gambar kecil seorang anggota pertahanan awam memeriksa mayat mangsa serangan. - Foto AFP/Reuters]
Dua letupan berlaku di luar Kedutaan Iran 

Beirut: Dua letupan bom di luar Kedutaan Iran di ibu kota Lubnan membunuh 23 orang, mencederakan 146 lagi dan menyebabkan kemusnahan besar di kawasan yang menjadi kubu kuat pergerakan Hizbullah. 
Kementerian Kesihatan Lubnan memberi angka korban dan cedera itu. Antara yang maut termasuk pegawai penasihat kebudayaan kedutaan, Sheikh Ibrahim Ansari. “Beliau masuk ke dalam kedutaan apabila letupan berlaku. Beliau cedera parah dan menghembuskan nafas terakhir di hospital,” kata sumber. 



Letupan kuat itu berlaku bertentangan kedutaan sembilan tingkat di selatan Beirut yang mencetuskan keadaan kelam kabut selain menyebabkan kerosakan di bangunan berdekatan dan menyebabkan kenderaan terbakar. 

Satu lagi sumber mengesahkan dua letupan menjadi punca semua itu. 

Keadaan mengerikan 
“Maklumat yang kami perolehi ialah sebuah motosikal meletup diikuti letupan sebuah kereta 30 meter dari situ menyebabkan sekurang-kurangnya 15 kematian,” kata sumber itu yang menganggap kedutaan Iran ‘mungkin’ sasarannya. 

Duta Iran, Ghazanfar Rokn-Abadi, berkata petugas dalam kedutaan selamat.

Media Lubnan menyiarkan keadaan mengerikan di kawasan kejadian dengan mayat rentung, ada yang masih terbakar dengan kenderaan terbakar di sepanjang jalan penuh dengan sisa letupan. 

Kereta dan pokok juga hangus dan sekumpulan lelaki berusaha membawa mangsa yang cedera keluar dari situ menggunakan pengusung. 

Tentera dan anggota keselamatan Lubnan sudah berada di kawasan kejadian manakala penduduk dilihat mundar mandir dalam keadaan masih terkejut. 

Di hospital Rasul Aazem berdekatan, yang menerima tujuh mayat korban serangan, ramai yang menunggu untuk mendengar berita, ada yang menitiskan air mata. 
Tehran menuduh Israel melancarkan dua serangan bom itu. - AFP sumber

Tuesday, November 19, 2013

AUSTRALIA Intip Perbualan Susilo

Sydney: Agensi perisikan Australia cuba mencuri dengar perbualan telefon Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono (gambar), isteri serta barisan menteri kanan republik itu menyebabkan Jakarta memanggil pulang dutanya ke Canberra.


Dokumen rahsia mengenainya dibocorkan kontraktor perisikan Amerika Syarikat Edward Snowden dan disiarkan Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) dan akhbar The Guardian.Ia menamakan SBY dan sembilan individu rapat dengan beliau sebagai sasaran pengintipan. 

Kerajaan Australia perlu memberi penjelasan segera bagi mengelak kesan buruk lebih lanjut” Teuku Faizasyah, Jurucakap Pejabat Susilo


Pendedahan memalukan

Pendedahan memalukan itu disiarkan ketika hubungan dua negara sudah tegang berhubung dakwaan pengintipan sebelumnya dan bagaimana menguruskan orang hanyut menghala ke Australia menerusi Indonesia.

Dokumen itu menunjukkan bahawa agensi perisikan elektronik Australia mengesan aktiviti Susilo dalam telefon bimbit selama 15 hari pada Ogos 2009, apabila Kevin Rudd dari parti Buruh menjadi Perdana Menteri.
Beberapa minggu sebelumnya, letupan serentak di hotel mewah di ibu kota Indonesia, JW Marriott dan Ritz-Carlton - mengorbankan tujuh orang, termasuk tiga warga Australia.

Pintas panggilan telefon

Agensi perisikan itu dilaporkan memintas sekurang-kurangnya satu panggilan.

Satu senarai sasaran turut termasuk isteri Susilo, Ani; Naib Presiden Boediono yang berada di Australia minggu lalu, bekas Naib Presiden, Jusuf Kalla, jurucakap Kementerian Luar, Menteri Keselamatan dan Menteri Penerangan, kata laporan.

Pejabat Susilo menuntut penjelasan Canberra.

“Kerajaan Australia memerlukan penjelasan segera untuk menjelaskan berita ini bagi mengelak kesan buruk lebih lanjut,” kata jurucakap, Teuku Faizasyah.

Satu lagi nama dalam senarai, bekas Menteri Usahawan Tempatan dan Komunikasi, Sofyan Djalil memberitahu: “Kami tidak gembira.” - AFP sumber

Pelarian SYRIA Banjiri LUBNAN

Pelarian Syria banjiri LubnanKanak-kanak Syria menunggu giliran untuk disuntik vaksin polio di bandar pelabuhan Sidon, Lubnan ketika laporan menyatakan ramai lagi menjadi pelarian di negara jiran berkenaan. - Foto AP
10,000 penduduk lari dari zon perang ke Arsal

Beirut: Beribu-ribu penduduk Syria dekat sempadan meredah kawasan berbukit untuk lari ke Lubnan bagi mengelak pertempuran sengit yang meledak di kawasan tengah negara itu, menurut pendedahan saksi dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin. 

Mereka memenuhi dewan perkahwinan dan mendirikan pondok sementara selepas llari daripada pertempuran yang bermula Jumaat lalu, kata bekas Datuk Bandar Arsal, Bassel Hojeiri. 

Tentera gegar pergunungan Qalamoun dan mengetatkan cengkaman ke atas pengganas di Qara” Akhbar Al-Watan

Arsal yang terletak di Lubnan kini menjadi lokasi utama ramai pelarian Syria.

Tentera Syria menyerang kawasan bukit Qalamoun dari Damsyik ke Lubnan, bertujuan menghalang penghantaran bekalan ke kawasan dikuasai pemberontak di sekitar ibu negara, Damsyik.

Makanan berkurangan

Aktivis dan penganalisis berkata, pemberontak dijangka tidak akan dapat bertahan dalam pertempuran di situ kerana bekalan makanan berkurangan dan kalah beberapa kubu kuat kebelakangan ini. 
Hojeiri menganggarkan kira-kira 10,000 orang melarikan diri ke Arsal, berkata kebanjiran ramai rakyat Syria sejak konflik tiga tahun itu menyebabkan penduduk di bandar itu meningkat hampir dua kali ganda.

Jurucakap Suruhanjaya Tinggi Pelarian PBB, Dana Sleiman, meletakkan angka keseluruhan ketibaan pelarian hujung minggu lalu kira-kira 1,000 keluarga.

Katanya, ramai tidak berdaftar dengan PBB dan mereka tidak dapat memberi angka tepat.

Sleiman berkata, pelarian tidak sampai ke lintasan sempadan rasmi kerana pertempuran, yang bermula Jumaat lalu.

Ada sebahagian keluarga tergesa-tergesa sehingga tidak dapat membawa barangan sebelum melarikan diri hingga tinggal sehelai sepinggang.

PBB mengedarkan selimut, tilam, makanan, lampin pakai buang dan peralatan kebersihan kepada pelarian. Beliau berkata, sebahagiannya tinggal dalam pondok setinggan di Lembah Bekaa di timur Lubnan, dan diberikan plastik tebal untuk mengukuhkan kediaman mereka bagi menahan sejuk.

800,000 pelarian berdaftar 

Pelarian Syria membanjiri Lubnan sejak kebangkitan tiga tahun lalu. Pegawai Lubnan menganggarkan kira-kira 1.4 juta rakyat Syria di negara itu, termasuk 800,000 pelarian berdaftar.

Pertempuran di Qalamoun dijangka selama beberapa minggu dengan kedua-dua pihak mengukuhkan kedudukan mereka di kawasan masing-masing menjelang musim sejuk apabila kebanyakan kawasan diselaputi salji. - AGENSI sumber

PALESTIN - Israel Kembalikan Organ2 Manusia yg Mereka Curi

Israel telah sepakat untuk mengembalikan organ jenazah  Palestin yang dicuri  oleh patolog forensik selama autopsi , Menteri Palestin Urusan Sipil  Hussein al – Sheikh mengatakan kepada pejabat berita Ma’an , Rabu .
Ketua lembaga forensik  Israel , Jehuda Hiss , telah mengaku mengambil organ mayat Palestin tanpa izin dari keluarga mereka .
” Kami memang mengambil bahagian organ mata, kornea … Apapun yang kami lakukan adalah sangat informal. Tidak ada izin yang diminta dari keluarga mayat , ” kata Hiss dalam sebuah wawancara dengan seorang ahli akademik Amerika pada tahun 2000 . Wawancara ini disiarkan pada tahun 2010 dan  disiarkan juga oleh Saluran 2 TV Israel .
Channel 2  mengatakan juga ahli forensik mengambil organ tulang , kornea mata , katup jantung dan kulit dari jenazah  warga Palestin ,  bahkan pekerja asing.
Tentera Israel mengaku pengambilan organ tersebut tetapi mereka mengatakan praktek itu tidak lagi mereka lakukan . ” Kegiatan ini telah  berakhir satu dekad lalu dan tidak terjadi lagi , ” kata pegawai militer Israel kepada Channel 2 .
Dalam wawancara , Hiss menggambarkan bagaimana cara doktor  melakukan penutupan bekas pengambilan kornea mata dari jasad . ” Kami memakai  lem untuk menutup kelopak mata , ” katanya . ” Kami tidak akan mengambil kornea mata dari suatu keluarga yang kami tahu mereka akan membuka kelopak mata si jenazah , ” lapornya kepada Associated Press .
Pegawai Palestin mengatakan, pihak Israel akan ” segera mengembalikan beberapa organ , ” lapor pejabat berita Ma’an . (Arby/Dz) sumber

ENGLAND - Muslim Jadi Sherif di Lincolnshire


UK Queen Hires Muslim As High Sheriff
Ratu Ienggeris Elizabeth II telah memilih seorang Muslim  sebagai  Sheriff  tertinggi  untuk Lincolnshire , lapor Telegraph.  
Lelaki itu adalah Charles ‘ Abd al – Mateen ‘ John Pelham , yang bergelar Earl of Yarborough 8 . Dia menambahkan  nama tambahan ‘Abdul  al – Mateen’ setelah dia memeluk  Islam, lelaki Muslim tersebut akan ditugaskan sebagai sheriff tertinggi untuk Lincolnshire untuk tahun depan .
Dia menyandang gelaran Pasca Sarjananya dari  Eton College dan  master dari Brocklesby Hunt, dia juga menjadi  Presiden Brocklesby Cricket Club .
Sejak bapanya meninggal pada tahun 1991 ,d ia mewarisi sebahagian besar warisan yang bernilai £ 68.000.000  , yang mencakup taman Brocklesby  di Lincolnshire , juga 27.500 hektar ladangn pertanian , dan salah satu kolektor seni terbaik di Britaian .
Britain adalah rumah bagi komuniti Muslim sekitar  2.7 juta orang .
Satu kajian yang dilakukan pada tahun 2004 oleh Sunday Times , menyimpulkan  bahawa sekitar 14.000 warga Britaian kulit putih (kebanyakan dari masyarakat  elitnya)  telah memeluk Islam .
Kajian tersebut menunjukkan fenomena  bahawa beberapa warga Britaian yang berasal dari pemilik tanah kelas atas , selebriti, hingga keturunan tokoh-tokoh tinggi Inggeris  telah memeluk agama Islam. (OI.Net/KH) sumber