Thursday, January 30, 2014

FILIPINA - Aquino Tekad Hapuskan BIFF

Manila: Presiden Filipina Benigno Aquino semalam berikrar untuk menghapuskan militan yang menentang perjanjian yang sudah termete-rai bertujuan menamatkan pemberontakan pemisah Islam sejak berdekad lamanya, ketika angka kematian akibat serangan tentera terhadap mereka meningkat kepada 38 orang.

Kerajaan merumuskan perbincangan damai dengan kumpulan pemisah Islam terbesar negara itu pada Sabtu, dan segera menghantar tentera menentang serpihan yang dipanggil Pejuang Pembebasan Islam Bangsamoro (BIFF).


“Pasukan tentera bersenjata meneruskan operasi untuk menghalang aktiviti melanggar undang-undang daripada menjejaskan penduduk dan secara serius mengurangkan keupayaan mereka menentang perjanjian damai ini,” kata Aquino kepada pemberita di Manila.

Kumpulan pemisah utama, Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) sejak 1970-an berjuang untuk kuasa autonomi bebas di pulau selatan dengan majoriti penduduk beragama Islam.

Kira-kira 150,000 orang terbunuh dalam konflik terbabit.

Di bawah rancangan damai yang dirancang, MILF akan mengawal wilayah Islam di selatan Filipina. Aquino mensasarkan rancangan damai itu menjadi kenyataan sebelum beliau meletak jawatan pada pertengahan 2016.
BIFF adalah kumpulan serpihan daripada beberapa ratus militan yang dipercayai daripada MILF yang mempunyai 12,000 anggota. Mereka menjalankan serangan maut sejak beberapa tahun untuk cuba menggagalkan usaha damai.

Jurucakap tentera tempatan, Kolonel Dickson Hermoso berkata askar menemui 37 mayat ahli BIFF yang dibunuh dalam masa tiga hari ketika bertempur dalam dan sekitar perkampungan di selatan. - AFP sumber

No comments: