Tuesday, January 14, 2014

GLOBAL - Ariel Sharon Dikebumikan

Baitulmaqdis: Israel semalam mengebumikan bekas Perdana Menteri, Ariel Sharon, salah seorang pemimpin politik dan tentera paling mahir tetapi sentiasa diburu kontroversi. 

Sharon meninggal dunia Sabtu lalu selepas lapan tahun koma apabila diserang angin ahmar pada kemuncak kerjayanya yang menyaksikan beliau dipuji sebagai wira dan negarawan tetapi turut dilabel penjenayah perang. Beliau berusia 85 tahun. 

Dikebumi di kediaman keluarga 

Beliau dikebumikan dalam upacara di kediaman keluarganya di selatan Negev, yang terletak beberapa kilometer dari sempadan utara dengan Semenanjung Gaza. 

Pada majlis peringatan yang diadakan di luar Parlimen di Baitulmaqdis yang dipenuhi pemimpin Israel dan diplomat asing, Sharon diingat kerana kedegilan dan sikap ganas yang membuatkan beliau diberi gelaran ‘Jentolak’.

“Anda tidak pernah berehat daripada berkhidmat untuk rakyat, apabila mempertahankan tanah air dan menjadikan ia makmur. Tanah ini akan menyambut anda dengan tangan mesra sejarah negara yang anda turut lakarkan sesuatu yang tidak dapat dilupakan,” kata Presiden Shimon Peres yang berdiri di depan Plaza Knesset, lokasi keranda Sharon diletakkan. - AFP sumber

No comments: