Wednesday, January 22, 2014

GLOBAL - PBB Larang IRAN Sertai Sidang Damai SYRIA

New York: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) secara mengejut, kelmarin melarang Iran daripada menyertai persidangan damai Syria minggu ini selepas ia enggan menyokong gesaan bagi pembentukan kerajaan peralihan ke arah menamatkan perang di negara itu. 


Tak jadi pulau Tindakan diplomatik itu membuatkan pembangkang Syria tidak jadi memulaukan persidangan terbabit yang dijadual diadakan di bandar Montreux, Switzerland esok. 



Bagaimanapun kumpulan utama dalam pakatan pembangkang menarik diri sebagai membantah cadangan perbincangan dengan wakil Presiden Bashar al-Assad. 

Selain perpecahan di dalam kumpulan pembangkang itu, rundingan berdepan halangan besar untuk menamatkan perang saudara itu yang sudah mengorbankan lebih 100,000 orang. Dalam temubual dengan AFP yang diterbitkan kelmarin, Assad menolak sebarang perkongsian kuasa. 

Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon menarik balik jemputannya kepada Iran, penyokong kuat Assad, kurang 24 jam selepas mengumumkannya. 

Enggan sokong 

Meskipun ditawar untuk menyertai rundingan itu, Iran enggan menyokong pernyataan yang dihasilkan pada mesyuarat antarabangsa di Syria pada Jun 2012 yang meminta supaya diwujudkan kerajaan peralihan di Damsyik. 

Pemimpin PBB itu berkata Menteri Luar Iran, Javad Zarif sudah berulang kali memberi jaminan kepadanya bahawa dia ‘memahami dan menyokong’ matlamat persidangan damai itu untuk membentuk kerajaan sementara. 

“Setiausaha agung begitu kecewa dengan kenyataan Iran hari ini yang tidak konsisten dengan komitmen yang dinyatakan itu,” kata jurucakap PBB Martin Nesirky. - AFP sumber

No comments: