Jakarta: Dua kejadian tanah runtuh disebabkan hujan lebat mengorbankan sekurang-kurangnya 19 orang manakala 10 lagi masih hilang di Jawa, kata pegawai kerajaan semalam.

Lima rumah tertimbus apabila lumpur melungsur turun daripada bukit di sekitarnya selepas tengah malam di kampung Mekarsari di daerah Jombang Jawa Timur, kata jurucakap Agensi Mitigasi Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho.
Beliau berkata, pasukan penyelamat mengeluarkan tujuh mayat daripada timbunan lumpur dan masih mencari 10 yang dilaporkan hilang. “Kekurangan peralatan menyukarkan usaha menyelamatkan mereka yang masih hilang dan dikhuatiri mati,” katanya.



Pihak berkuasa bergelut mendapatkan traktor dan jentolak. Rakaman televisyen menunjukkan beratus-ratus polis, anggota tentera dan penduduk menggali runtuhan dengan tangan, penyodok dan cangkul.

Bencana semalam adalah kejadian tanah runtuh kedua membawa maut dalam tempoh beberapa hari di Pulau Jawa. - AP sumber