Wednesday, January 22, 2014

IRAQ Hukum Mati 26 Penentang

Kementerian Undang-undang mengumumkan pada hari Selasa bahawa Iraq akan menghukum mati 26 orang dengan tuduhan teroris.
Demikian disampaikan oleh Menteri Kehakiman , Hassan Ash-Shamri dalam sebuah pernyataannya di laman Kementerian, dan di antara mereka yang akan dihukum mati adalah Adil Masyhadani.
Adil Masyhadani adalah salah seorang pemimpin gerakan kebangkitan, dan para aktivis Iraq mengatakan bahawa semua yang akan dihukum mati adalah dari kalangan Sunni. Dan hukuman adakan dijalankan di Penjara Kadzimin.
Sedangkan menurut Human Rights watch dalam laporan tahunan yang diterbitkan pada hari selasa menyebutkan bahawa Iraq telah mengeksekusi sekurang-kurangnya 151 orang pada tahun 2013 dibandingkan pada tahun 2012 yang mencapai 129 orang, dan 68 orang pada tahun 2011. sumber

No comments: