Thursday, January 9, 2014

JERMAN - Agama Islam Diajarkan di Sekolah

Akhbar berbahasa Ibrani Haaretz israel melalui laman webnya menyatakan pentadbiran negara bahagian Jerman, Hesse, kini sedang mengembangkan kurikulum agama Islam yang akan diajarkan di sekolah-sekolah rendah Jerman.
Nantinya siswa sekolah rendah dapat memilih untuk mempelajari agama Islam dalam pelajaran mereka dengan di jelaskan oleh guru khusus agama.
Akhbar Haaretz menyiarkan bahawa langkah tersebut merupakan inisiatif baru untuk mengekang pandangan ekstremis dan radikal terhadap agama Islam dan minoriti kaum Muslim di negara tersebut.
Islam menjadi agama yang paling cepat berkembang di benua Eropah dalam kurun waktu sepuluh tahun terakhir, sejumlah negara Eropah seperti, Perancis, Britain dan negara Skandinavia mengalami pertambahan jumlah penduduk Muslim.
Akan tetapi tentangan terhadap pandangan keliru dan ekstrimis tentang Islam menjadi permasalahan tersendiri yang dihadapi Eropah di tengah penyebaran pesat agama yang menjadi rahmat bagi semesta alam tersebut. (Dostor/RAM) sumber

No comments: