Thursday, January 30, 2014

LIBYA - TPM Terselamat Cubaan Bunuh

Tripoli: Timbalan Perdana Menteri Libya, Sadiq Abdulkarim (gambar) terselamat daripada cubaan membunuhnya di Tripoli semalam, demikian menurut pejabat perdana menteri.


Penembak melepaskan tembakan ketika Abdulkarim mahu memasuki Kemen-terian Dalam Negeri yang diketuainya, kata pegawai pejabat Perdana Menteri tanpa mengulas lanjut. Pegawai Kementerian Dalam Negeri pula berkata identiti penembak tidak jelas.



Libya berdepan tentangan daripada berpuluh militan yang membantu menggulingkan Muammar Gaddafi pada 2011, yang kini sering kali mencabar pihak berkuasa kerajaan yang baru.

Sebahagian daripada negara itu dikuasai militan dan kumpulan puak bersenjata. - REUTERS sumber

No comments: