Thursday, January 2, 2014

MALAYSIA - Bantuan Persekolahan RM100

Bukit Mertajam: Lebih lima juta pelajar sekolah di seluruh negara akan menerima bantuan awal persekolahan sebanyak RM100 bermula 15 Januari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan, berkata bantuan berkenaan akan diserahkan kepada pelajar atau ibu bapa mereka sendiri sebelum 15 Januari bagi mengurangkan beban yang ditanggung. 
Beliau berkata, bantuan ini tidak akan diserahkan kepada orang tengah atau wakil ibu bapa dan pelajar bagi mengelak ia disalahguna atau tidak sampai kepada golongan sasar. 


"Kita akan memberi bantuan awal persekolahan ini selewat-lewatnya 15 Januari dan ia akan mengurangkan beban kepada ibu bapa terutama mereka yang mempunyai ramai anak bersekolah," katanya. sumber

No comments: