Thursday, January 16, 2014

MAURITANIA Bertegas Sebagai Republik Islam


mauritaniaPresiden Mauritania, Muhammad Ould Abdul Aziz, berjanji akan melakukan sisatan rapi terhadap seorang pemuda yang dituduh telah menghina nabi umat Islam, yang saat ini sedang menggemparkan rakyat di negara tersebut. Beliau menegaskan bahawa negaranya adalah negara Islam dan bukanlah sekular. Beliau juga bersumpah untuk bertindak keras ke atas sesiapapun yang menghina Nabi Muhammad SAW atau tempat suci Islam.
Dalam ucapannya ketika memperingati Maulid Nabi SAW pada hari Selasa lalu, Presiden mengatakan,” Kelahiran Nabi Muhammad SAW adalah merupakan titik mula besar bagi sejarah umat manusia,” dan beliau menekankan bahawa umat Islam tidak membezakan warna kulit, ras, atau bahasa, dan setiap amal adalah untuk menjaga nilai-nilai dan makna yang luhur dari segala gangguan dan kekerasan.
Ould Abdul Aziz mengatakan,”Di tempat ini saya ingin mengingatkan kepada mereka yang mencuba menodai kesucian Islam bahawa Mauritania adalah sebuah Republik Islam dan bukan sekular, dan tidak pernah ingin menjadi sekular, dan jika beberapa orang bangga dengan mereka menjadi sekular maka kita bangga dengan menjadi Republik Islam dengan berpegang kepada agama Islam yang hanif,” seperti yang laporkan pejabat berita CNN.
Pihak berkuasa Mauritania beberapa hari lalu telah menangkap seorang pemuda yang membuat artikel yang menghina Nabi, dan menyebabkan gelombang protes untuk menuntut mengadili pemuda tersebut. Disebutkan bahawa jika pemuda itu tidak bertaubat maka dia akan dijatuhi hukuman mati oleh pengadilan Mauritania. (hr/im) sumber

No comments: