Tuesday, January 28, 2014

MESIR - Militan Letupkan Saluran Gas ke Sinai

KAHERAH: Kumpulan militan Mesir meletupkan saluran paip gas di Sinai yang membawa gas ke Jordan lewat semalam dalam serangan ketiga seumpama itu dalam tempoh kurang sebulan, kata pegawai keselamatan.

Mereka berkata, tiada laporan segera berhubung kecederaan tetapi saksi menyatakan api besar menjulang ke udara di tempat di mana saluran paip itu diletupkan.

Pegawai keselamatan Mesir berkata, saluran paip gas itu diletupkan di kawasan yang dikenali sebagai Muqtadiba, selatan Al-Arish. - AFP sumber

No comments: