Thursday, January 2, 2014

MESIR - Wartawan Dituduh Ahli Ikhwanul Muslimin

Kaherah: Mesir menuduh wartawan yang ditahan dari rangkaian televisyen Al-Jazeera berpusat di Qatar milik sebuah kumpulan ‘pengganas,’ mengatakan mereka mempunyai hubungan dengan Ikhwanul Muslimin yang disenarai hitam, kata pendakwa raya kelmarin. 

“Pendakwaan menuduh suspek milik sebuah kumpulan pengganas,” kata pendakwa raya. 
Tidak jelas jika semua wartawan yang ditahan termasuk warga Australia Peter Greste, berdepan tuduhan sama. 



Anggotai Ikhwanul Muslimin 

Seorang daripada peguam untuk Mohamed Adel Fahmy, ketua biro Kanada dan Mesir untuk Jazeera English di sini, berkata anak guamnya dituduh menjadi anggota Ikhwanul Muslimin, yang diisytiharkannya sebagai kumpulan pengganas minggu lalu. 

Polis menahan wartawan terbabit Ahad lalu dan pendakwa raya mengarahkan mereka ditahan kelmarin selama dua minggu untuk disoal siasat. 
Kerajaan mengenakan tindakan keras ke atas pergerakan presiden disingkir Mohamed Morsi sejak digulingkan Julai lalu. 

Tindakan keras itu dilanjutkan ke atas media yang menganggapnya sebagai berat sebelah yang memihak kepada puak Islam. - AFP sumber

No comments: