Wednesday, January 29, 2014

MYANMAR - 18 Wanita Muslim Diculik Pengganas Buddha


rohingya
Segerombolan penganut Buddha sejak seminggu ini, telah menculik 18 wanita muslimah dari Arakan, mereka dipindahkan dari satu tempat ke tempat lain secara rahsia, dan masih belum diketahui bagaimana nasib mereka saat ini.

Menurut pejabat berita Arakan, pemerintah Myanmar tidak memperdulikan keluhan yang disampaikan oleh para ibu bapa mangsa, sementara itu mereka menghadapi ancaman dari tentera Myanmar apabila mereka mencuba menghubungi pasukan pemerhati antarabangsa.

Dalam konteks yang sama, sekelompok penganut Buddha juga menjadi ancaman bagi Muslim rohingya. Salah satunya adalah Nur haq, salah satu pemandu kereta, dia mengatakan bahawa seorang lelaki Buddha telah menusuknya dengan pisau, setelah tejadi pertengkaran di antara mereka berdua keranalelaki itu tidak mau membayar wang yang sesuai dengan tarif.

Nur mengaku bahawa lelaki itu telah bersetuju dengan tarif yang akan dibayar sebelum dia naik kenderaan miliknya. Namun ketika telah sampai di tempat tujuan ternyata lelaki tersebut tidak membayarnya.

Nur juga telah melaporkan kejadian tersebut kepada polis terdekat , namun polis tersebut menyuruhnya untuk pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan berjanji akan memburu pelakunya. Tapi Nur tidak melakukan apa – apa kerana hospital tidak menerimanya meskipun lukanya sangat berbahaya.
Seperti yang telah diketahui bahwa hospital di Arakan tidak menerima sama sekali pesakit Rohingya tidak kira bagaimanapun keadaan si sakit.

Dan perlu disebutkan, bahawa sebuah pasukan pemerhati antarbangsa baru – baru ini melakukan siasatan di sebuah desa di Arakan, untuk menyelidiki adanya pelanggaran kemanusiaan terhadap penduduk Muslim di sana. (hr/im) sumber

No comments: