Thursday, January 16, 2014

NIGERIA - 10 Maut dalam Letupan di Pasar

MAIDUGURI: Polis hari ini mengesahkan 19 orang terbunuh dalam satu serangan bom kereta yang meledak di tengah kesibukan sebuah pasar harian di Maiduguri, timur laut Nigeria semalam. 

Sementara itu, saksi memberitahu, lima orang lagi maut dalam serangan berasingan yang dipercayai dilakukan kumpulan militant Boko Haram, beberapa jam selepas serangan di pasar berkenaan. 
“Selepas mengumpulkan maklumat, angka korban adalah 19 orang," kata Komisioner Polis Negeri Borno, Lawan Tanko. 


Tentera Nigeria berkata, letupan yang berlaku pada cuti umum apabila kebanyakan penduduk beragama Islam di badar berkenana menyambut Maulidur Rasul. 

Beberapa laporan sebelum ini berkata, lebih 30 maut dalam letupan itu namun polis menafikannya. - AFP  sumber

No comments: