Thursday, January 23, 2014

PALESTIN Berdemo untuk SYRIA

Ratusan penunjuk perasaan yang terdiri dari kaum wanita dan kanak-kanak berdemo pada Kamis (16/01) mengutuk pengepungan tentera rejim Bashar Al Assad terhadap kem pelarian Palestin di Yarmouk, wilayah Damsyik.

Aksi demo yang dicetuskan oleh gerakan wanita Hamas di depan markas besar Suruhanjaya Tinggi untuk Hak Asasi Manusia di Gaza City. Dalam aksinya mereka meminta masyarakatantarabangsa  untuk segera campur tangan membantu saudara mereka yang terperangkap dalam konflik bersenjata Syria.

Dikatakan lebih dari 50 warga Palestin meninggal dunia akibat kelaparan setelah dikepung selama 190 hari oleh tentera pemerintah Syria, jumlah ini belum termasuk kematian akibat terkena serangan bom dan roket milik tentera Syria. sumber

No comments: